Pages

Monday, October 4

SK Titom

Tahniah kepada Encik Ramli bin Mokhtar, Penyelia Sukan PPD Lipis kerana telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titom mulai 1 September 2010. Beliau menggantikan Encik Roslan bin Abd Rahim yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Gintong, Jerantut. Semoga dengan segala pengalaman yang ditimba semasa bertugas sebagai Penyelia Sukan di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Encik Ramli dapat membangunkan SK Titom ke tahap yang boleh dibanggakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, bertugas di sekolah pedalaman mempunyai cabaran dan dugaan yang sangat besar. Perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut pun sudah menjerihkan apatah lagi terpaksa mengajar murid-murid asli yang berbeza bahasa komunikasinya. Untuk berjaya di sekolah-sekolah seperti ini, kita bukan sahaja perlu ada iltizam yang tinggi malah daya tahan diri yang kuat. Harapan kita, Encik Ramli adalah calon terbaik untuk membawa perubahan kepada sekolah tersebut.

Pada tahun 2008 saya ke SK Titom dengan menaiki helikopter untuk majlis penyerahan kunci asrama sekolah tersebut. Perjalanan dari bandar Kuala Lipis ke SK Titom cuma 45 minit sahaja.

Pada tahun 2009 saya bersama rombongan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Fuad Zakarshi ke SK Titom dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Kalau dengan heli cuma 45 minit, naik kenderaan darat ni, mahu 3 jam baru sampai. Duduk kat belakang memang teruk la..mana nak balance body lagi, nak mengelak dahan pokok la. Bila sampai rambut dah bertukar jadi 'brownish' dan rasa macam nak patah pinggang. Harap-harap abang Ramli kita boleh tahan semua ni.

2 comments:

Anonymous said...

EN. FAZLI, SY KENA GI KE SK TITOM HUJUNG MAC NI. UTK PROGRAM SISC. ORG PPD LIPIS BOLEH HANTAR KE SANA KE? TQ

MOHD FAZLI BIN ABD HAMID said...

Salam Nor Ashikin, terima kasih kerana melayari blog saya. Saya tak pasti boleh atau tidak, cuba buat permohonan rasmi kepada Pegawai Pelajaran Daerah Lipis untuk mohon pertolongan menggunakan kenderaan pejabat.
Kalau nak sewa kenderaan pacuan 4 roda tu agak mahal kosnya, biasanya mereka akan ambil RM400 untuk perjalanan sehala, kalau pergi balik tu RM800 la