Semalam (13 Oktober, 3.30 petang) saya menghadiri majlis meraikan persaraan dan pertukaran pengetua-pengetua daerah Lipis yang dianjurkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Daerah Lipis. Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan Datin Hajah Ragayah binti Haji Omar, Pengetua SMK Clifford yang bersara wajib pada 9 Oktober 2010. Selain itu, majlis ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran 3 orang pengetua, iaitu En. Halim bin Salleh (Pengetua SMK Sungai Koyan yang bertukar menjadi Timbalan PPD Raub), Puan Rahana binti Abdul Malik (Pengetua SMK Setiawangsa yang bertukar menjadi Pengetua SMK Sungai Retang Jerantut) dan Encik Haidzir bin Hussin (Pengetua SM Teknik Kuala Lipis yang bertukar menjadi Pengetua SMV Setapak Kuala Lumpur). Majlis yang diadakan di Hezbolah Food, Rumah Rehat Bukit Residen ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Basirun bin Abdullah Hasim, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis.
Wednesday, October 13
Monday, October 11
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way
Lagu : Maher Zain - Insya AllahYou feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insha Allah
Insya Allah we’ll find the way
Sunday, October 10
'Angka Tidak Akan Berbohong'
'Angka tidak akan berbohong', itulah ungkapan yang diucapkan oleh YB Dato' Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Pahang semasa menyampaikan ucapan penutupan Kursus Bina Negara guru-guru sekolah asli daerah Lipis. Kursus yang berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober 2010 itu diadakan di Kem Bina Semangat Kuala Lipis. Kursus tersebut dihadiri oleh 70 orang guru dari 6 buah sekolah asli di daerah Lipis iaitu SK Senderut, SK Betau, SK Lanai, SK Lenjang, SK Titom dan SK Kuala Koyan. Turut hadir menyertai kursus tersebut ialah Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah terbabit. Kursus yang ditaja oleh pihak BTN ini bermatlamat untuk mempertingkatkan jati diri serta semangat cintakan negara dalam kalangan guru-guru. Walaupun terpaksa bertugas jauh di pedalaman dengan pelbagai kesukaran dan dugaan, mereka diharapkan tidak mudah kalah dan hilang fokus. ' Tugas dan tanggungjawab sebagai guru hendaklah dilaksanakan, walaupun terpaksa mendepani pelbagai halangan kerana kita telah memilih untuk menjadi guru dan telah ditentukan bahawa rezeki kita di situ', kata Tuan Haji Basirun (PPD Lipis) dalam ucapan beliau.Dato' Haji Wan Rosdy dalam ucapan beliau menekankan tentang peningkatan kualiti. Bagi beliau, angka akan membuktikan sama ada seseorang itu telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sebaik mungkin. Jika keputusan peperiksaan meningkat dari setahun ke setahun, itu membuktikan bahawa guru-guru di sesuatu sekolah itu telah berusaha bersungguh-sungguh melaksankan tugas mereka. Sebaliknya, jika keputusan peperiksaan sesebuah sekolah itu tidak berubah atau semakin jatuh, maka secara tidak langsungnya ia menggambarkan bahawa guru-guru tidak cukup berusaha untuk memastikan anak-anak muridnya mencapai keputusan yang lebih baik pada setiap tahun. Untuk mengetahui kemajuan atau kemunduran sesebuah sekolah, kita tidak perlu bertanya sesiapa, cukuplah dengan meneliti analisis keputusan peperiksaannya. Ini demikian kerana, 'angka tidak akan berbohong' (cuma kadang-kadang, orang yang berbohong tentang angka).
Majlis penyampaian sijil penyertaan dan cenderahatiWednesday, October 6
Beraya di SK Kuala Kenong
Semalam (6 Oktober) saya menemani PPD, Tuan Haji Basirun ke Majlis Sambutan Hari Raya SK Kuala Kenong. Seronok juga bertemu dan beramah mesra dengan guru-guru serta ibu bapa di sekolah tersebut. Mereka agak terkejut dan teruja apabila PPD sendiri yang hadir pada majlis tersebut. SK Kuala Kenong merupakan sekolah kategori SKM (muridnya cuma 15 orang sahaja). Kedudukan sekolah tersebut di perkampungan tradisional menyebabkan jumlah muridnya semakin berkurang. Jika keadaan ini berterusan, besar kemungkinan sekolah ini terpaksa ditutup suatu hari nanti.
Banyak juga menu orang Kuala Kenong ni...Monday, October 4
SK Titom
Tahniah kepada Encik Ramli bin Mokhtar, Penyelia Sukan PPD Lipis kerana telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titom mulai 1 September 2010. Beliau menggantikan Encik Roslan bin Abd Rahim yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Gintong, Jerantut. Semoga dengan segala pengalaman yang ditimba semasa bertugas sebagai Penyelia Sukan di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Encik Ramli dapat membangunkan SK Titom ke tahap yang boleh dibanggakan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, bertugas di sekolah pedalaman mempunyai cabaran dan dugaan yang sangat besar. Perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut pun sudah menjerihkan apatah lagi terpaksa mengajar murid-murid asli yang berbeza bahasa komunikasinya. Untuk berjaya di sekolah-sekolah seperti ini, kita bukan sahaja perlu ada iltizam yang tinggi malah daya tahan diri yang kuat. Harapan kita, Encik Ramli adalah calon terbaik untuk membawa perubahan kepada sekolah tersebut. 
Pada tahun 2008 saya ke SK Titom dengan menaiki helikopter untuk majlis penyerahan kunci asrama sekolah tersebut. Perjalanan dari bandar Kuala Lipis ke SK Titom cuma 45 minit sahaja.
Pada tahun 2009 saya bersama rombongan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Fuad Zakarshi ke SK Titom dengan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Kalau dengan heli cuma 45 minit, naik kenderaan darat ni, mahu 3 jam baru sampai. Duduk kat belakang memang teruk la..mana nak balance body lagi, nak mengelak dahan pokok la. Bila sampai rambut dah bertukar jadi 'brownish' dan rasa macam nak patah pinggang. Harap-harap abang Ramli kita boleh tahan semua ni.
Rezeki lagi...
Selagi tak habis bulan Syahwal, memang jenuhlah kita menikmati juadah-juadah seperti lemang, nasi impit, sate dan macam-macam lagi. Banyak pihak termasuk jabatan-jabatan dan individu-individu tertentu mengadakan rumah terbuka. Tidak ketinggalan, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis juga mengadakan rumah terbuka pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Majlis yang diberi nama Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Warga Pelajaran Daerah Lipis itu dikelolakan oleh Kelab Staf PPD dan beberapa buah sekolah. Seperti tahun-tahun yang lalu, juadah-juadah untuk disajikan kepada para tetamu disumbangkan oleh sekolah-sekolah menengah di daerah Lipis.
Tetamu VIP yang hadir, Dato' Abu Jamal (Pegawai Daerah Lipis), Dato' Abdul Rahman bin Mohamad (ADUN Padang Tengku) dan beberapa orang wakil jabatan.
Pengetua SMK Kerambit, Tuan Haji Syed Mohamad, Pengetua SMK Padang Tengku, Pn. Rozita dan Pengetua SMK Orang Kaya Haji, Hajah Rosidah bersama beberapa orang tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan
En. Hussaini Hj. Ibrahim (Setiausaha Kelab Staf) merupakan orang kuat yang berusaha memastikan sambutan hari raya tahun ini berjalan dengan lancar. Bagi pihak AJK Kelab staf, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau.Di kesempatan ini, saya selaku Pengerusi Kelab Staf PPD Lipis, ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam bentuk kuih-muih, peralatan dan tenaga serta wang ringgit dalam menjayakan majlis ini. Semoga budi baik tuan / puan hanya Allah SWT sahaja membalasnya.
Sunday, October 3
Kursus oh kursus & indahnya tasik Kenyir
Dari 27 hingga 30 September 2010, saya dan En. Zainal Kamarudin (Penyelia Pembangunan PPD Lipis) telah menghadiri Kursus Perundangan Tanah Zon Timur di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang. Kursus selama 4 hari ini memberi fokus kepada langkah-langkah pengambilan balik tanah dan penjagaan tanah-tanah yang dimiliki oleh PTP (Pesuruhjaya Tanah Persekutuan). Kursus ini amat bermakna kepada saya sebagai Pegawai Aset. Saya berharap kursus-kursus sebegini akan diadakan dari masa ke semasa.
Dalam perjalanan ke Marang (menggunakan jalan Felda Aring - Kuala Berang) kami singgah di Pengkalan Gawi, tasik Kenyir untuk makan tengah hari. Banyak juga kedai-kedai makan di sini. Jalan Felda Aring agak teruk kerana berlubang-lubang akibat lori-lori balak dan bijih besi yang terlebih muatan. Namun jalan baru dalam proses pembinaan. Semoga dengan siapnya jalan baru itu nanti perjalanan dari Kuala Lipis ke Terengganu akan lebih cepat.
Rumah bot yang terdapat di Tasik Kenyir. Bot-bot ini boleh disewa untuk memancing di sekitar tasik. Untuk mengetahui kadar sewaannya bolehlah bertanya saudara Kamarul (019-9846012). Kalau nak ringankan kos, bolehlah berkongsi sehingga maksima 15 orang. Jamuan Raya Kelab Staf PPD Lipis
Pada malam 25 September 2010 (Sabtu), jamuan raya Kelab Staf PPD Lipis telah diadakan di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang, Penjom. Kedudukan yang agak jauh dari jalan utama menyebabkan ramai ahli kelab tidak dapat hadir. Walau bagaimana pun kemeriahan tetap dirasai dengan riuh rendah anak-anak staf yang hadir. Menu special pada malam tersebut ialah kambing bakar, lemang dan nasi impit. Majlis ini tentu lebih menyeronokkan jika semua ahli dapat menghadirkan diri. Semoga pada masa-masa akan datang, kita akan mendapat komitmen yang lebih daripada semua ahli.
Subscribe to:
Posts (Atom)









