Pages

Saturday, July 5

Selamat bertugas wahai pendidik muda...

Salam untuk semua,
Pagi tadi teman menghadiri Seminar Intergriti Warga Pendidik Daerah Lipis yang diadakan di SMK Kerambit. Seminar ini diadakan di lima lokasi serentak. Selain di SMK Kerambit, lokasi lain ialah di SMK (F) Sungai Koyan, SMK Padang Tengku, SMK Setia Wangsa dan SMK Benta. Teman dah beberapa kali mengikuti seminar intergriti ini, namun sebagai support kepada program daerah, teman menghadirkan diri juga. Daripada laporan yang diterima, tak kurang 20 atau 30 orang tidak hadir di setiap lokasi, kenapa ya?

Penceramah jemputan untuk seminar intergriti ini ialah Ustaz Haji Darussalam bin Taib dari SMK Jengka 16. Salah satu perkara penting disebut oleh beliau yang hinggap di minda teman ialah 'guru tidak boleh meletakkan apa-apa syarat untuk mendidik seseorang murid'. Teringat teman kepada sesetengah Pengetua dan Guru Besar yang melahirkan rasa kecewa apabila teman meluluskan pertukaran pelajar yang kurang cemerlang atau ada masalah disiplin ke sekolah mereka. Pada pandangan teman, masalah yang perlu kita risaukan ialah pelajar yang tidak ingin bersekolah. Mereka ini akan menjadi liabiliti kepada negara jika terjerumus ke dalam aktiviti-aktiviti tidak sihat. Justeru itu berilah mereka peluang, walaupun kurang cemerlang atau bermasalah disiplin.

Pada 2 hingga 4 Julai yang lalu, teman terlibat dalam Bengkel Pembinaan Permohonan Atas Talian Sekolah Rancangan Khas (SRK) yang diadakan di Hotel Ancasa Express Puduraya. Tujuan bengkel ini ialah untuk memurnikan sistem permohonan online pelajar tahun enam ke SRK.

Berbuka puasa di hotel, banyaklah menunya. Emm...tapi kena beringat, tak boleh ikut nafsu sangat. BP kena control, takut nanti kena tambah dos Amlodipine pulak.

Sehari sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, teman berada di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh untuk menerima 15 orang guru baharu yang ditempatkan di daerah Lipis.

Tuan Haji Wan Abdul Hamid, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah menyampaikan surat penempatan kepada 124 orang guru baharu yang di tempatkan di sekolah-sekolah menengah negeri Pahang. Selamat bertugas wahai pendidik muda.

Pada 16 hingga 18 Jun 2014, bertempat di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands telah diadakan Taklimat Pembangunan dan Pemantapan Profesionalisme Guru Baharu Kohort 1/2014. Pengarah Pendidikan Pahang, Encik Rusdi bin Ismail turut hadir memberi taklimat berkaitan halatuju pendidikan negara serta PPPM.

Tujuan taklimat diadakan ialah untuk mendapat feedback daripada guru-guru ini setelah hampir dua bulan lebih mereka memulakan career sebagai seorang guru (berbaris untuk bersalam dengan Tuan Pengarah Pendidikan Pahang)

Syabas kepada Cikgu Norfarra Shima dari SMK Merapoh. Dalam sesi perkongsian pengalaman, beliau tidak sekadar menceritakan masalah yang menimpa dirinya TETAPI beliau memilih untuk menceritakan juga bagaimana masalah-masalah itu berjaya diatasi oleh beliau. Teman harap beliau akan kekal lama berkhidmat untuk daerah Lipis.

Selamat bersara Encik Jamaluddin Othman, mantan Guru Besar SK Clifford. Semoga berbahagia di samping isteri dan keluarga tercinta dalam melewati usia persaraan. Teman doakan En. Jamal sentiasa sihat dan diberi umur panjang oleh Allah SWT.

Majlis meraikan Encik Lukman Yatimi, Pengetua SMK Benta yang akan bertukar ke SMK Tengku Kudin, Raub. Terima kasih di atas sumbangan tuan kepada pendidikan daerah Lipis. 

No comments: