

En. Mat Nor Wagino (GB SK Tanjung Gahai) dah surrender tapi En. Rani (GB SK Kuala Telang) masih tekun gayenya tu.

En. Mat Nor Wagino (GB SK Tanjung Gahai) dah surrender tapi En. Rani (GB SK Kuala Telang) masih tekun gayenya tu.
Department Heads waiting for the Royal landing.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bersalaman dengan orang ramai sejurus mendarat dengan helikopter di padang kawad RAMD Kuala Lipis.
Tengku Muda sedang menikmati juadah yang disediakan.
Saya ingat nak balik awal sedikit malam tu, sebab anak-anak kat rumah tak ada orang jaga (isteri pergi kursus di Genting), namun salah pilih lokasi pula, duduk meja depan sekali dengan Tuan Ketua Polis Daerah dan Tuan Jurutera Daerah. Nak tak nak kenalah tunggu sampai majlis tamat. Dapatlah juga saya nengok Rossa menyanyi.
Pagi tadi (18 Sept) KRT Sri Tempoyang-Permai, di mana saya adalah salah seorang committee membersnya mengadakan jamuan hari raya. Dah lama saya tak involve dalam aktiviti masyarakat ni. Bukan tak suka nak join tetapi akhir-akhir ni agak sibuk sedikit dan selalu out station. Bila ada kelampangan tu, memang tak nak lepas peluang bersosial dengan jiran-jiran setaman. Hidup bermasyarakat ni kenalah juga ambil tau hal-hal yang berlaku di sekeliling kita tidak la jadi 'frog under the coconut shell'. Sampai jiran sakit demam pun tak tahu. Anyway, saya nak minta maaf juga la kepada semua ahli jawatankuasa KRT kerana tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun ini. Semoga di bawah kepimpinan Dato' Haji Mohd Baharin dan Haji Mat Saman, KRT Sri Tempoyang-Permai akan lebih menyerlah pada masa-masa akan datang.
Hari ini saya menemani Tuan Timbalan PPD, memenuhi undangan sambutan hari raya di dua lokasi. Satu di SK Wan Ibrahim dan satu lagi di SK Tanjung Besar. Sambutan hari raya di SK Wan Ibrahim dibuat dua dalam satu iaitu sambutan hari raya dan program RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan). Selain SK Wan Ibrahim dua sekolah lagi turut terlibat iaitu SJK (Tamil) Lipis dan SJK (Cina) Chung Hwa. Yang bestnya tentang majlis ini ialah semua guru dan murid memakai pakaian tradisional masing-masing. Semoga melalui program seumpama ini, perhubungan antara kaum di Malaysia akan dapat dipertingkatkan.
Setiap sekolah menyediakan kuih-muih tradisional kaum masing-masing. Kalau rasa nak makan makanan kaum India, bolehlah pekena thosai dengan kari ayam atau kalau teringin nak test masakan kaum Cina, bolehlah makan kuih bulan (moon cake). Teman ingat bila dah lepas raya ni, nak kurangkanlah makan makanan yang berlemak ni. Hem...nampaknya tak dapat nak elaklah. Kalau dah dijemput, tak makan...rasa tak patut pula.
Comel betul tengok murid-murid memakai pakaian tradisional nie. Dah macam Kareena Kapor pula yang seorang tu...
Balik daripada SK Wan Ibrahim, kami terus ke SK Tanjung Besar pula. Guru Besar baharu sekolah ini, En. Abdul Manaf bin Mat adalah bekas Penyelia HEM Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Tu yang kena pergi juga tu. Nak bagi sokongan moral sikit agar beliau lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di SK Tanjung Besar ini. Harap-harap ramai la dapat 5A tahun nie.
Steady juga jamuan raya kat SK Tanjung Besar ni. Siap ada sate lagi. Anyway...tahniah kepada semua guru dan kakitangan di atas usaha keras bagi menjayakan majlis ini. Kome datang makan je la...
Pagi tadi (8 Sept) telah berlangsung acara ringkas penyerahan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Lipis yang terletak di belakang SMK Setiawangsa. Penyerahan replika kunci oleh Jurutera Daerah kepada Timbalan PPD Lipis menjadi tanda rasmi proses penyerahan tersebut. Bermula pada tarikh hari ini, maka keseluruhan bangunan ini menjadi tanggungjawab PPD Lipis untuk menguruskannya.
Encik Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Lipis menerima replika kunci daripada Y.M. Tengku Nizam bin Tengku Ismail, Jurutera Daerah Lipis.
Kedudukan di atas bukit yang dapat dilihat dari dua jalan iaitu jalan ke bandar Lipis dan jalan bypass ke Padang Tengku, memberi gambaran tentang keutamaan dan peranan besar yang bakal dimainkan oleh PPD Lipis bagi menjulang kecemerlangan pendidikan di daerah ini. Bagi warga pendidikan daerah Lipis, berbanggalah dengan mercu tanda baru ini. Ia milik kita semua, marilah kita sama-sama menggembling khudrat bagi merealisasikan visi dan misi yang telah kita tetapkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung laman blog ini. Walaupun saya tidak mengenali anda semua, namun kehadiran anda semua sebetulnya telah memberi sokongan kepada saya untuk terus menulis di laman ini. Memang tidak dapat dinafikan, jawatan baru yang telah diamanahkan kepada saya ini benar-benar memenatkan. Saya semakin kesuntukan masa untuk menulis di ruangan ini. Namun, bila melihat jumlah pelawat semakin meningkat, timbul rasa tanggungjawab di dalam diri saya untuk sentiasa mengemaskinikan laman blog ini.
Isteri saya bergambar bersama emak, kakak dan adik-adiknya. Seorang lagi kakah ipar saya tiada dalam gambar ini. Beliau beraya bersama suaminya di Raub.

Ruzaini Imran dan Ikhwan Hariz bersama-sama sepupu mereka. ( kepada arwah Zaman...sepupu mereka yang telah kembali kerahmatullah pada minggu pertama Ramadan, semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat tuhan )
Keesokan harinya, saya mengambil peluang mengunjungi perhimpunan hari raya keluarga besar Ismail & Hawa ( itu nama Tok dan Tok Wan saya sebelah ayah ). Perhimpunan ini diadakan atas inisiatif Datuk Dr. Azmi Hashim ( sepupu saya, sekarang dia bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ). Perhimpunan ini telah diadakan pada setiap tahun iaitu pada hari raya kedua. Tahun ini lokasinya di rumah Wa saya, tahun depan rasa-rasanya di rumah ayah sayalah pula.
Yang bagusnya dalam perjumpaan ini ialah semua bapa dan emak saudara turut hadir. Wa, Pak Ngah, Mak Tam, Mak Teh, Pak Cik, Mak Dak dan Pak Su semua hadir. Seorang sahaja yang tak pernah hadir, iaitu ayah saya. Sepupu-sepupu saya panggilnya Pak Lang. Selepas diserang 'stroke' sejurus pulang daripada mengerjakan ibadah haji pada tahun 2002, tingkah laku ayah saya telah berubah. Dia tidak lagi suka bersosial sebaliknya lebih suka menyendiri. Dunianya hanya sawah dan rumah sahaja. Atas sebab itulah, maka hati saya begitu teruntun untuk pulang beraya di kampung. Kepada isteriku...terima kasih kerana memahami.