Pages

Wednesday, January 14

SK Pagar Sasak : A new challenge begins

Salam buat semua,
Sila kunjungi laman blog SK Pagar Sasak

Office lama di PPD Lipis. Banyak kenangan suka duka yang tercipta di sini. Airmata dan emosi kemarahan silih berganti. Ada harapan tertunai dan tak kurang juga yang tertangguh entah sampai bila. Pada hati yang kecewa, hanya kemaafan mampu teman ucapkan. Semoga cahaya kegembiraan bakal muncul di hujung lorong. Harapan teman, pengalaman yang dikutip sepanjang berada di posisi ini dapat menjadi panduan dalam melaksanakan tanggungjawab baru nanti.

Pejabat baru...cabaran dan dugaan baru bakal mendatang. Tuhanku, tingkatlah kekuatan dan kesabaranku agar dapat kuhadapi semua ini dengan hati yang cekal dan minda yang tenang.

Program pendaftaran dan orientasi murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah pada 29 Disember 2014. En. Aminuddin, GPK HEM sedang menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan hal ehwal murid kepada ibu bapa serta penjaga.

Pada 8 Januari 2015, atas persetujuan guru-guru telah diadakan LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Guru-guru yang telah mengikuti kursus DSKP bagi Tahun 5 diminta berkongsi maklumat yang telah diperolehi dengan guru-guru yang lain.

Penyampaian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada penjaga pada 9 Januari 2015, hari Jumaat. Semoga dengan bantuan ini dapat meringan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Perhimpunan hari pertama persekolahan pada 12 Januari 2015. Terpaksa buat di dalam dewan kerana hujan agak lebat. Ucapan sulung teman berkisar tentang peranan pelajar untuk menuntut ilmu dan menjaga disiplin diri.

Sedikit kekok masuk mengajar di Tahun Dua untuk subjek DSV. Maklumlah hari pertama persekolahan, peralatan untuk melukis langsung tak ready. Budak-budak kecil ni kalau tak buat aktiviti hands on, mulalah nak bising.

Dah 6 tahun tak tulis buku ni. Format penulisan pun dah berubah. Emm...kena belajar baliklah cara-cara menulis lesson plan ni.

Alhamdulillah...terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan kerana telah bertungkus lumus menyiapkan jadual waktu dan buku perancangan sekolah 2015. Semoga tahun ini menjanji kejayaan yang lebih cemerlang buat sekolah kita.


Friday, December 26

Memori akhir bersama staf PPD Lipis

Pada 22 hingga 24 Disember 2014 saya terlibat dengan Mesyuarat Pengurusan PPD Lipis di BTPN Kuantan. Saya dijemput menyertai mesyuarat ini barangkali disebabkan masih belum ada pengganti bagi jawatan Penolong PPD Menengah dan sebab kedua ialah majlis meraikan pertukaran saya akan diadakan di sini.

Tugas terakhir selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah. Harap selepas ini, anak-anak buah boleh takeover tugas-tugas yang saya tinggalkan sementara menunggu pelantikan Ketua Unit yang baharu.

Hai, sempat lagi posing tu!

Serius Tuan Timbalan PPD, En. Hassan Basri menerangkan sesuatu kepada Encik Mokhzani (Pegawai SISC+)

Pada malam 22 Disember diadakan pertandingan bowling sebagai sebahagian daripada Program Team Building

Juara yang tewas, serba tak menjadi malam ni (Sokmo-sokmo tak menjadi..hahaha). Tahniah kepada Encik Khairul Azli dan Puan Zarina Manja kerana berjaya menjadi Juara.

Pada malam 23 Disember telah diadakan majlis 'Simfoni Kasih Gamitan Rindu' sempena meraikan pertukaran saya dan En. Shawaludin bin Abu, Penolong PPD Kokurikulum yang dilantik sebagai Guru Besar SK Kampung Raja, Cameron Highlands.

Majlis hebat ini diadakan di Hotel MS Garden Kuantan. Membelek apa tu Encik Rosli Nabor?

Mak dara dengan anak dara...pantang dihalakan lensa kamera, mulalah posing ayu. Apa-apa pun anda semua terbaek malam ini.

Apa yang abang Pudin cari tu? Tahniah kepada En. Rokeman, Ketua Unit Pengurusan Akademik yang telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Sultanah Kalsom, Kuantan.

Ucapan perpisahan...terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat di PPD Lipis. Saya juga ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapat salah dan silap saya dalam membuat keputusan dan tindakan selama menerajui Unit Pengurusan Sekolah.

Menerima hadiah kenang-kenangan daripada Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Terima kasih tuan di atas tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan kepada saya terutama dalam menghadapi temuduga pelantikan Guru Besar pada 20 Ogos yang lalu.

Terima kasih kepada yang telah memberi hadiah kepada saya. Sesunggguhnya budi baik anda semua akan saya kenang hingga akhir hayat.

Malam ini amat bermakna kepada saya. Terima kasih Kelab Staf PPD Lipis kerana berusaha mengadakan majlis yang meriah ini.

Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

gunung bintan lekuk di tengah 
sayang penyengat kubunya tiga
hancur badan dikandung tanah
budi kusanjung kuingat juga

Wednesday, December 24

Banjir di Kuala Lipis

Salam untuk semua,

Banjir kali ini agak teruk berbanding pada tahun 1988. Mungkin sama teruk dengan banjir tahun 1971. Setakat pukul 8.00 pagi tadi seramai 2340 orang telah ditempatkan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir.

Air sungai Jelai telah melimpah hingga ke atas jalan.

Simpang tiga Petronas

Padang Majlis Daerah Lipis

Pintu masuk ke SMK Clifford

SMK Clifford dan padang Majlis Daerah Lipis

Bandar Lipis

Jalan di hadapan TNB Lipis

SK Wan Ibrahim di Jalan Pekeliling

Jalan di hadapan SMK Orang Kaya Haji dan Balai Bomba Lipis

Simpang Taman Permai...rumah teman. Terperangkap dah dua hari, tak dapat nak ke mana-mana. Harap-harap banjir cepat surut.


Saturday, December 13

Mencari kelainan pengalaman...

Akhirnya...14 tahun selepas mengikuti kursus National Professional Qualification For Headship Diploma Programme (NPQH) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands selama setahun dan kemudian mengikuti pula Program Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim selama 2 tahun setengah, hasrat menjadi pemimpin sekolah akan tercapai. Tahkala tempoh perkhidmatan masih berbaki 10 tahun lagi, teman memberanikan diri untuk menyahut cabaran baru ini. Tanggungjawab dan beban tugas, barangkali hampir sama sahaja dengan jawatan yang teman pegang sekarang. Namun, lain padang tentu lain belalangnya.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) melalui Anjakan 5 iaitu 'Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah' yang mensyaratkan semua calon yang akan dipertimbangkan untuk jawatan Pengetua dan Guru Besar mempunyai sijil NPQH atau NPQEL telah membangkit semula keinginan teman untuk mencuba nasib sebagai pemimpin sekolah. Walaupun semangatnya tak sehebat 14 tahun yang lalu, namun dorongan serta galakan rakan-rakan mengheret teman berhadapan panel penemuduga pada 20 Ogos yang lalu.
Gambar : Berkongsi debaran bersama saudara Shawaludin Abu dan saudara Borhan Long, saat menunggu giliran untuk ditemuduga di BTPN Pahang.

Alhamdulillah...3 bulan selepas ditemuduga, kami bertiga termasuk dalam senarai yang lulus. Ketika dihubungi oleh pegawai dari Unit Naik Pangkat JPN Pahang untuk meminta kami datang ke JPN pada 2 Disember 2014, teman dapat merasakan bahawa masanya sudah tiba.
Gambar : Berkongsi debaran sekali lagi, saat menunggu giliran nama dipanggil untuk menerima surat penempatan. Teman pasrah di mana sahaja...

Menerima surat pelantikan daripada En. Rosdi Ismail (Dato'), Pengarah Pendidikan Pahang. Terima kasih Tuan Pengarah, Tuan Ketua Sektor, Tuan Ketua Penolong Pengarah dan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah JPN Pahang...budi baik tuan-tuan semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih juga buat Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis yang telah memberi tunjuk ajar sebagai panduan kepada kami ketika berhadapan dengan panel penemuduga dahulu. Tahniah teman ucapkan kepada sahabat teman saudara Shawaludin Abu yang dilantik sebagai Guru Besar SK Kampung Raja dan saudara Borhan Long sebagai Guru Besar SK Jeram Landak.

Teman pula telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak. 39 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Kalau memandu laju barangkali 30 minit boleh sampai. Sepanjang berhidmat sebagai Penolong PPD Menengah, hanya 2 kali teman ke sekolah ini. Satu untuk majlis jamuan hari raya dan yang keduanya ketika menyertai pertandingan woodball persahabatan antara staf PPD dengan SK Pagar Sasak. Mengikut data, sekolah ini mempunyai 18 orang guru, 5 orang kakitangan sokongan dan 159 orang murid. Semoga teman dapat melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberi ini dengan cemerlang. Pengetahuan yang diperolehi 14 tahun yang lalu, barangkali tidak sepadan lagi dengan perkembangan pendidikan masakini. Teman mesti belajar dengan cepat agar mampu menggalas tanggungjawab sebagai agen transformasi pendidikan. Sesungguhnya...teman bukanlah yang terbaik tetapi teman ingin menjadi antara yang terbaik...bantulah teman untuk merealisasikan hasrat ini.

15 Disember 2014, teman memulakan tugas di SK Pagar Sasak. Semoga mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mantan Guru Besar, Tuan Haji Ishak Mohamad yang bertukar ke SK Relong.

Di sini...cabaran baru bermula.


TUGAS-TUGAS AKHIR SEBAGAI PENOLONG PPD MENENGAH

Menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data eOperasi Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang bersama sahabat teman saudara Arif Umar di Capitol Hotel, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 November 2014.

Di hotel yang sama pada 7 hingga 10 Disember 2014, teman bersama Pegawai ICT PPD Lipis, saudara Khairul Azli menghadiri Mesyuarat Pemilihan Murid-Murid Sekolah Rancangan Khas.

Wednesday, November 19

Selamat bersara tuan Pengetua

Salam buat semua,
Pada 13 November 2014, bertempat di Hotel Centrepoint, Kuala Lipis telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 warga pendidikan daerah Lipis. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato' Mustafa Long, ADUN kawasan Padang Tengku.

Seramai 141 orang penerima anugerah telah hadir. Terima kasih kepada guru-guru yang telah bersara kerana turut hadir. Kepada semua penerima APC, semoga kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang tahun 2013 akan diteruskan ke tahun-tahun mendatang.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk memastikan masjlis ini berjalan dengan lancar. Simple tetapi tetap meriah.

Pada 13 November 2014, teman telah dijemput ke SK Lanai untuk sama-sama memeriahkan Majlis Graduasi Kelas Dewasa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP)

Tetamu khas Dato' Jaafar, Pengarah IPGM Tengku Ampuan Afzan menyampaikan ucapan serta merasmikan majlis ini. Tahniah kepada SK Lanai kerana berjaya menganjurkan majlis yang julung-julung kali diadakan ini. Harap-harap sekolah lain yang ada kelas KEDAP bolehlah mencontohi SK Lanai.

Best betul persembahan nasyid oleh murid-murid SK Lanai ni. Dengar kata dia orang ni dapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat daerah. Kalau diasah bakat dia orang ni, boleh jadi johan tahun hadapan.

Pada malam 11 November 2014 berlangsung Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi sempena persaraan Tuan Haji Syed Mohamed bin Syed Agil, Pengetua SMK Orang Kaya Haji di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.

Terima kasih kerana sudi menjemput kami daripada Pejabat Pendidikan Daerah Lipis.

Tuan Haji Misnan, Pegawai Pendidikan Daerah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan Haji Syed Mohamed. Selamat bersara tuan haji, semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga.

Pada  petang 11 November 2014, PPD Lipis telah menerima kunjungan rombongan daripada PPD Gombak.

Pn. Zarina Manja, Pegawai Kualiti PPD Lipis sedang menyampaikan taklimat berkaitan EKSA. Sebelum itu, Tuan Haji Misnan telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan PrOD di daerah Lipis.

Tuan Haji Misnan menyampaikan cenderamata kepada Pn. Dayang Fatimah, Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Ada ruang nanti kita berkunjung ke PPD Gombak pula ya...

Bergambar bersama YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II sempena Majlis Sambutan Bulan Bahasa yang diadakan di IPGM TAA Kuala Lipis pada 27 Oktober yang lalu.

Bersalam dengan Tuan KPPM dan Timbalan KPPM. Emm...bukan senang nak dapat bersalam dengan orang-orang besar KPM.