Pages

Friday, December 26

Memori akhir bersama staf PPD Lipis

Pada 22 hingga 24 Disember 2014 saya terlibat dengan Mesyuarat Pengurusan PPD Lipis di BTPN Kuantan. Saya dijemput menyertai mesyuarat ini barangkali disebabkan masih belum ada pengganti bagi jawatan Penolong PPD Menengah dan sebab kedua ialah majlis meraikan pertukaran saya akan diadakan di sini.

Tugas terakhir selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah. Harap selepas ini, anak-anak buah boleh takeover tugas-tugas yang saya tinggalkan sementara menunggu pelantikan Ketua Unit yang baharu.

Hai, sempat lagi posing tu!

Serius Tuan Timbalan PPD, En. Hassan Basri menerangkan sesuatu kepada Encik Mokhzani (Pegawai SISC+)

Pada malam 22 Disember diadakan pertandingan bowling sebagai sebahagian daripada Program Team Building

Juara yang tewas, serba tak menjadi malam ni (Sokmo-sokmo tak menjadi..hahaha). Tahniah kepada Encik Khairul Azli dan Puan Zarina Manja kerana berjaya menjadi Juara.

Pada malam 23 Disember telah diadakan majlis 'Simfoni Kasih Gamitan Rindu' sempena meraikan pertukaran saya dan En. Shawaludin bin Abu, Penolong PPD Kokurikulum yang dilantik sebagai Guru Besar SK Kampung Raja, Cameron Highlands.

Majlis hebat ini diadakan di Hotel MS Garden Kuantan. Membelek apa tu Encik Rosli Nabor?

Mak dara dengan anak dara...pantang dihalakan lensa kamera, mulalah posing ayu. Apa-apa pun anda semua terbaek malam ini.

Apa yang abang Pudin cari tu? Tahniah kepada En. Rokeman, Ketua Unit Pengurusan Akademik yang telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Sultanah Kalsom, Kuantan.

Ucapan perpisahan...terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat di PPD Lipis. Saya juga ingin memohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapat salah dan silap saya dalam membuat keputusan dan tindakan selama menerajui Unit Pengurusan Sekolah.

Menerima hadiah kenang-kenangan daripada Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Terima kasih tuan di atas tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan kepada saya terutama dalam menghadapi temuduga pelantikan Guru Besar pada 20 Ogos yang lalu.

Terima kasih kepada yang telah memberi hadiah kepada saya. Sesunggguhnya budi baik anda semua akan saya kenang hingga akhir hayat.

Malam ini amat bermakna kepada saya. Terima kasih Kelab Staf PPD Lipis kerana berusaha mengadakan majlis yang meriah ini.

Semoga persahabatan kita kekal selamanya.

gunung bintan lekuk di tengah 
sayang penyengat kubunya tiga
hancur badan dikandung tanah
budi kusanjung kuingat juga

No comments: