Pages

Wednesday, January 14

SK Pagar Sasak : A new challenge begins

Salam buat semua,
Sila kunjungi laman blog SK Pagar Sasak

Office lama di PPD Lipis. Banyak kenangan suka duka yang tercipta di sini. Airmata dan emosi kemarahan silih berganti. Ada harapan tertunai dan tak kurang juga yang tertangguh entah sampai bila. Pada hati yang kecewa, hanya kemaafan mampu teman ucapkan. Semoga cahaya kegembiraan bakal muncul di hujung lorong. Harapan teman, pengalaman yang dikutip sepanjang berada di posisi ini dapat menjadi panduan dalam melaksanakan tanggungjawab baru nanti.

Pejabat baru...cabaran dan dugaan baru bakal mendatang. Tuhanku, tingkatlah kekuatan dan kesabaranku agar dapat kuhadapi semua ini dengan hati yang cekal dan minda yang tenang.

Program pendaftaran dan orientasi murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah pada 29 Disember 2014. En. Aminuddin, GPK HEM sedang menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan hal ehwal murid kepada ibu bapa serta penjaga.

Pada 8 Januari 2015, atas persetujuan guru-guru telah diadakan LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Guru-guru yang telah mengikuti kursus DSKP bagi Tahun 5 diminta berkongsi maklumat yang telah diperolehi dengan guru-guru yang lain.

Penyampaian wang bantuan awal persekolahan RM100 kepada penjaga pada 9 Januari 2015, hari Jumaat. Semoga dengan bantuan ini dapat meringan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Perhimpunan hari pertama persekolahan pada 12 Januari 2015. Terpaksa buat di dalam dewan kerana hujan agak lebat. Ucapan sulung teman berkisar tentang peranan pelajar untuk menuntut ilmu dan menjaga disiplin diri.

Sedikit kekok masuk mengajar di Tahun Dua untuk subjek DSV. Maklumlah hari pertama persekolahan, peralatan untuk melukis langsung tak ready. Budak-budak kecil ni kalau tak buat aktiviti hands on, mulalah nak bising.

Dah 6 tahun tak tulis buku ni. Format penulisan pun dah berubah. Emm...kena belajar baliklah cara-cara menulis lesson plan ni.

Alhamdulillah...terima kasih kepada semua Guru Penolong Kanan kerana telah bertungkus lumus menyiapkan jadual waktu dan buku perancangan sekolah 2015. Semoga tahun ini menjanji kejayaan yang lebih cemerlang buat sekolah kita.


No comments: