Pages

Friday, January 30

Program perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 6 SK Pagar Sasak

Salam buat semua,

Pada 30 Januari 2015, hari Jumaat baru-baru ini, SK Pagar Sasak telah menganjurkan Program Perjumpaan Bersama Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 6.

Layari laman Blog SK Pagar Sasak : http://skpslipis.blogspot.com

Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk memaklumkan kepada ibu bapa serta murid-murid program-program kecemerlangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini. Sokongan kewangan daripada ibu bapa juga sangat-sangat diharapkan bagi melaksanakan semua program yang telah dirancang ini.

Tiga entiti yang ditemukan di Dewan Pasak Bicara ini iaitu Guru, Murid dan Ibu Bapa mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan harapan mencipta sejarah pada tahun ini. Walaupun bermula dengan TOV yang agak rendah, namun teman percaya target yang ditetapkan oleh PPD tidak mustahil untuk dicapai.

Memberi taklimat tentang Program Kecemerlangan UPSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini. 

Murid-murid Tahun 6 melafazkan ikrar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.

Ibu bapa / penjaga menyematkan lencana 'Kami Yakin Boleh' di baju anak masing-masing.

Simbolik kepada ikrar pelajar untuk mencapai kecemerlangan ialah menandatangani banner 'Kami Yakin Boleh' yang memaparkan gambar semua calon UPSR 2015.

Penetapan target pelajar

Padamu anak-anak PASAK....harapan kami berkumpul.

No comments: