Pages

Tuesday, June 3

Cikgu Bob Aziz dalam kenangan

Salam untuk semua...

Sambutan Hari Guru peringkat PPD Lipis...sederhana tetapi bermakna. Bersemangat rasanya bila menyanyikan lagu 'Guru Malaysia'.

Emm...bab kena buat persembahan spontan camni yang teman lemah ni. Nasib baiklah ada juga sekali-sekala menonton rancangan 'superspontan' kat televisyen.

Ini gurindam ke...deklamasi sajak? Confused penonton.

Acara bertukar-tukar hadiah. Kalau kat sekolah dapat hadiah daripada murid-murid, kat PPD ni kita bertukar-tukar hadiah sesama kita jelah.

Kumpulan nasyid atau marhaban ni? Cantik staf sokongan kita berpakaian sedondon...awesome gitu.

Updated on May 28

Selamat bersara Tuan Haji Molok bin Derani, Guru Besar SK Kerambit mulai 10 Jun 2014. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

26 hingga 28 Mei 2014 bertempat di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur berlangsung Mesyuarat Pertukaran eGTukar Negeri Pahang Sesi Jun. Walaupun permohonan pertukaran sesi Jun ini tidak sebanyak sesi Januari, namun tekanan tetap ada. Banyak call dan message diterima untuk minta dipertimbangkan permohonan. Insyaallah, pertimbangan terbaik dengan mengambil kira semua faktor akan dibuat. Namun, percayalah...semua ini ketentuan Allah SWT. Terimalah keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka.

Dalam sibuk-sibuk menguruskan pertukaran guru, dapat jugalah beriadah di Ibowl Bowling Centre, Brem Mall Kepong. Bolehlah redakan stress sikit.

Selesai mesyuarat di Crystal Crown Kuala Lumpur, teman terus bergerak ke Kuantan kerana esoknya teman terpaksa menghadiri Program Sehari Bersama SPRM di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Insaf teman mendengar taklimat nie.

Cuti hujung minggu, tiada program rasmi. Bolehlah luangkan masa menghadiri program tak rasmi. Kenduri kahwin anak Ustaz Ismail bin Yahya, Penyelia Kanan Agama Islam PPD Lipis.

Tahniah kepada Tuan Haji Misnan (PPD Lipis), Ustaz Abd Kadir (Pengetua SMA Al-Ittihadiah Relai), Puan Devi Masran (Guru Besar SK Lubuk Kulit) dan Puan Norizan Yusuf (Guru Besar SK Tempoyang) di atas pemilihan sebagai pembentang kertas kerja Program Perkongsian Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan hasil pengisian PrOD di IAB Genting Highlands. Sesungguhnya...Lipis itu hebat.

Updated on June 7

Tahniah kepada pasukan kriket SMK Clifford yang mewakili Pahang di atas kejayaan merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan mengalahkan wakil Johor, Parit Jawa. Semoga pasukan ini akan melangkah lebih jauh lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

Cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin. Hari ni teman sekeluarga menghadiri kenduri kahwin anak Pn. Supiah Ramlan (PT PPD Lipis) di Taman Kenari, Kuala Lipis. Teman dan Ustaz Ismail Yahya, Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Lipis antara yang terawal sampai. Tahniah Kak Su...dapat menantu.

Updated on June 12

Mewakili PPD Lipis untuk Kursus Perkhidmatan Pembantu Operasi Bagi Daerah Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands di Dewan UMNO Kuala Lipis pada 10 Jun 2014. Walaupun Pembantu Operasi merupakan subordinate paling bawah dalam organisasi pendidikan, namun tidak bermakna tugas dan peranan mereka tidak penting. Selaku ahli dalam organisasi mereka juga tertakhluk dalam konsep kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan teras kejayaan...sebutir pasir tidak akan menjadi pantai dan setitik air tidak akan menjadi laut.

Pergi tak kembali...Allahyarham Abdul Aziz bin Mohd Zin (Cikgu Bob), Guru Besar SK Batu Yon menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Jun 2014 di IJN Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tempoyang, Kuala Lipis. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

No comments: