Pages

Monday, September 24

Looking from another angle

Pada 18 hingga 20 September 2012 yang lalu, bertempat di Hotel Megaview Kuantan telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Lipis. Mesyuarat yang dilaksanakan secara pakej ini telah dihadiri oleh 14 orang GPK dan 10 orang Pegawai dari PPD Lipis. Mesyuarat kali ini bertujuan memberi peluang kepada semua GPK untuk melihat tugas-tugas yang mereka laksanakan di sekolah dari sudut pandangan yang lain. Umpama seorang pelukis, selepas menyapu warna beberapa kali pada kanvas, dia akan berundur selangkah dua untuk melihat hasil kerjanya dari jarak yang lain. Ketika melaksanakan tugas di lokasi, kita jarang punya masa untuk menilai sendiri hasil kerja kita. Pada sangkaan kita mungkin semuanya baik belaka tetapi benarkah begitu? Bagaimana pandangan orang lain terhadap kita? Nah...inilah masanya beberapa hari yang lega untuk kita menilai semua itu.

Semua GPK Pentadbiran hadir kecuali GPK Pentadbiran SMK Clifford dan SMK Panglima Garang Abdul Samad yang tidak dapat hadir kerana terpaksa hadir ke mesyuarat yang lain. Walau bagaimanapun mereka telah diganti oleh GPK HEM sekolah masing-masing.

Terima kasih kepada En. Hazimin dan En. Firdaus kerana mengambil bahagian dalam pembentangan sempena Mesyuarat Pengurusan GPK Pentadbiran ini.

Tension...banyak sangat imput yang hendak diserap, moh la kita makan.

Ketika saya bertanya En. Wan Hamid, KS Pengurusan Sekolah ketika bertemu beliau seminggu yang lalu, beliau memaklumkan tidak dapat hadir ke mesyuarat ini kerana terpaksa ke Genting Highlands untuk Program Refleksi Guru Baru. Namun, pada malam akhir di Megaview itu saya menerima panggilan daripada Tuan KS bahawa beliau ingin hadir untuk bertemu dengan GPK Pentadbiran sekolah-sekolah menengah daerah Lipis ini. Banyak perkara yang ingin beliau kongsi dengan mereka.

Riadah petang...bermain bowling di Berjaya Megamall. Hai En. Aziz, tak muat ke jari tu? Carilah bola yang besar sikit.

Ini warming up ke atau berlatih untuk celebrate kemenangan? 

Steady Tuan PPD, dapat juga strike 3 kali. Emm...malu kita yang muda-muda nie.

Walaupun jari terlekat dalam lubang dan bola terlepas ke belakang, namun Cikgu Pie berjaya juga mengalahkan semua GPK. Emm...tahniah Cikgu Pie. Lepas nie jenuh la urut jari tu ye.

Dr. Haji Tajuddin Mohd Yunus, KPP Sektor Pengurusan Sekolah menerima cenderahati daripada Tuan Haji Misnan, PPD Lipis. Topik intergriti yang disampaikan oleh beliau amat menarik sekali untuk dihayati dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Ceramah yang disampaikan oleh Tuan KS sarat dengan idea-idea yang boleh dijadikan panduan oleh semua GPK Pentadbiran. Walaupun hanya 2 slide, namun tuan KS berjaya describe hampir 1 jam setengah.

Terima kasih kepada Unit Akademik ( En. Rokeman, En. Hazimin dan En. Hassan Basri) yang telah mengisi 3 slot bagi mesyuarat kali ini. Setinggi penghargaan juga buat En. Shawaludin Abu, Penolong PPD Kokurikulum yang telah bertindak cemerlang sebagai Urusetia.

Terima kasih kepada Cik Norhaidayu dan Puan Supiah di atas segala pertolongan yang anda berdua berikan kepada Unit Pengurusan Sekolah. Bukan hanya untuk mesyuarat ini, malah pertolongan-pertolongan lain terutama dalam memastikan Pengurusan Sekolah selesa berhadapan audit ISO dan SIRIM (walaupun kita tidak diaudit baru-baru nie, namun saya percaya kita telah cukup bersedia untuk itu). Semoga anda berdua akan terus berkhidmat dengan komitmen yang tinggi kepada kami di Unit Pengurusan Sekolah.

"Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal"

Tuesday, September 18

Lawatan PPD Segamat

Pada 18 September 2012 (Selasa), kami menerima kunjungan rombongan daripada PPD Segamat yang dalam rangka lawatan ke daerah Lipis dan Cameron Highlands. Rombongan yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPD dan guru-guru sekolah itu sampai di PPD Lipis pada jam 7.45 pagi. Sejurus sampai mereka dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum dibawa masuk ke dalam dewan Wacana Minda untuk mendengar taklimat ringkas tentang pengurusan pendidikan di daerah Lipis. Selepas berada hampir 2 jam di PPD Lipis, mereka bergerak ke SK Penjom sebelum mengadakan lawatan ke Pusat Pedagogi Peribumi di IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. 

Tuan Haji Misnan, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis sedang menyampaikan taklimat.

Bertukar-tukar cenderamata.

Bergambar beramai-ramai sebelum mereka bertolak ke SK Penjom.

Friday, September 14

Sambutan Merdeka Raya 2012

Pada 14 September 2012 (Jumaat), Warga Pendidikan Daerah Lipis telah menganjurkan Majlis Sambutan Merdeka Raya. Majlis dua dalam satu ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga pendidikan, jabatan-jabatan dan masyarakat sekeliling. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Semoga penganjuran majlis ini memberi impak yang besar kepada keharmonian dan keikhlasan hubungan sesama kita

Terima kasih kepada tetamu-tetamu VIP yang sudi hadir, Dato' Abdul Rahman Mohamad (ADUN Padang Tengku), Tuan Razak (Ketua Polis Daerah),  ADO Azhar, Penghulu dan lain-lain lagi.

Pelbagai menu disediakan di beberapa lokasi. Mr. Kumar, Guru Besar SJKT Ladang Selborne bertanya saya, where  he should start? Saya kata, first he has to walk around and then select the menu to be enjoyed. Waktu bersalam dengan saya ketika ingin pulang, saya tanya beliau, does he eat all menu? Mr. Kumar asked me to look at his stomach. Emm...seems no more space to be filled.

Macam ada perbincangan yang serius je tu. Isu apa agaknya ye? Apa-apa pun makanlah dulu.

Tauke sup gearbox, Ustaz Ismail Yahya nampaknya berpuashati dengan sambutan yang diberi terhadap sup yang dimasak oleh beliau itu. Tahun lepas habis, tahun nie pun habis juga. Nampaknya menu sup gearbox nie perlu dikekalkan dalam sambutan hari raya pada tahun depan.

Mula-mula nampak macam tak laku je Rojak Malabar nie. Emm...bila dah pekena sekali. Perg! sedap weh. Belum pukul 5 petang dah habis. Yang tapau bawa balik rumah pun ada. Kalau sape-sape nak booking Rojak Malabar nie boleh la call En. Hamzah di talian 019-9331248.

Bukan budak-budak je gemar makan ais cream, orang dewasa pun suka juga. Bagi anak tu dulu abang.

Pasal apa tak nak hidup pula api nie. Tadi molek sangat. Tak masaklah roti boom keh nie.

Encik Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis sedang menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Hai, En. Hamdan...takkan letak duit dalam gulung samping kut?

Tuan Haji Misnan, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis sedang menyampaikan hamper kepada pemenang cabutan nombor bertuah. Nampaknya timbul tanda tanya dalam kalangan pengunjung Sambutan Merdeka Raya nie, bagaimana cabutan nombor bertuah ini dibuat, sedangkan mereka tidak diberikan apa-apa nombor pun. Emm...biarlah ia kekal menjadi suatu misteri.

Friday, September 7

Jemputan Hari Raya

Semalam, saya cuba memenuhi semua jemputan ke Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekolah-sekolah. Ada 4 jemputan yang saya terima. Jemputan ke SMK Kerambit, SK Limau Purut, SK Tanjung Besar dan SK Kuala Telang. Kalau nak diikutkan kenyang, memang dah kenyang. Padan pergi satu sekolah sahaja. Namun, oleh kerana Pengetua dan Guru Besar sendiri yang telefon untuk jemput hadir ke sekolah mereka, maka saya usahakan juga hadir ke sekolah-sekolah tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah menjemput saya. Kepada sekolah-sekolah yang saya tidak dapat hadir, jutaan kemaafan saya pohon. Pada tarikh-tarikh jemputan tersebut saya terpaksa menghadiri mesyuarat di JPN Pahang.

Emm...banyak betul menu yang disediakan di SMK Kerambit nie. Rambang mata nak pilih mana satu. Dato' Mustafa Long, Pegawai Khas Menteri Besar juga turut hadir bersama. 

Program dua dalam satu di SK Limau Purut. Gotong-royong PIBG dan Jamuan Hari Raya. Tahniah kepada Guru Besar baharu, Puan Zaini binti Taibi kerana berjaya mengumpul ahli-ahli PIBG untuk melaksanakan kedua-dua program ini.

Ustaz Ahmad Saifulzaman, Penyelia Kanan Agama Islam sedang berbual-bual dengan murid-murid asli yang bersekolah di SK Limau Purut. Baik betul budak-budak nie, tertib je ketika makan.

Walaupun dah agak lewat ketika sampai di SK Tanjung Besar, namun rezeki masih ada. Lemang, sate dan nasi impit masih banyak di atas meja. Cuma perut sahaja yang sudah agak kekenyangan. Apa-apa pun terima kasih kepada En. Abdul Manaf bin Mat, Guru Besar SK Tanjung Besar kerana dua kali menelefon saya agar tidak lupa tentang program di sekolah beliau itu.

Jamuan Hari Raya di SK Kuala Telang diadakan sebelah malam. Walaupun dibuat pada waktu malam, namun sambutan tetap meriah. Ramai orang kampung turut hadir. Tetamu istimewa pada malam ini ialah YB Dato' Abdul Rahman bin Haji Mohamed, ADUN Padang Tengku.

Bagi menggalakkan murid-murid hadir dengan pakaian yang menarik, pertandingan pakaian tercantik telah diadakan. Patut la waktu saya sampai di SK Kuala Telang murid-murid bukan main lagi melaram dengan baju raya masing-masing.

Kalau nak diikutkan memang tak sempat nak menghadiri sambutan hari raya di SK Relong yang diadakan pada 14 September yang lalu. Selepas out station dua hari, memang bertimbunlah surat atas meja. Namun setelah ada sedikit ruang selepas menyiapkan surat-surat berkaitan ujian saringan SISP, dapat jugalah saya berkejar ke SK Relong.

Monday, September 3

Ziarah Cakna UPSR 2012

Pagi tadi saya meluangkan masa menyertai En. Azlan Abd Rahman (Penyelia Sukan) dan En. Hasrulhisyam Ismail (Fasi Linus) mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah sekitar Merapoh bagi Program Cakna UPSR 2012. Kumpulan kami telah ditugaskan mengadakan lawatan ziarah cakna UPSR ini di empat buah sekolah iaitu SK Chegar Perah, SK (LKTP) Chegar Perah, SK Teluk Gunung dan SK Merapoh. Kami bertolak dari Pejabat Pelajaran Daerah Lipis pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke destinasi pertama iaitu SK Chegar Perah pada pukul 9.15 pagi. Kami mengambil sedikit masa memberi kata-kata perangsang serta panduan persediaan akhir kepada calon-calon UPSR di sekolah tersebut.

Turut bersama kumpulan kami ialah En. Hamdan Harun, Timbalan PPD Lipis. Kami sungguh berbesar hati kerana Tuan Timbalan sudi ikut bersama.

Selain memberi kata-kata motivasi kepada calon-calon UPSR 2012, kami juga mengambil kesempatan mengedarkan kad Jawab Sampai Betul (JSB) yang dibekalkan oleh Pengarah Pelajaran kepada semua calon UPSR di negeri Pahang. Kad JSB ini mengandungi kata-kata semangat agar dapat mendorong calon-calon UPSR menjawab dengan sebaik mungkin.

Calon-calon UPSR 2012 SK Chegar Perah

Calon-calon UPSR 2012 SK (LKTP) Chegar Perah

Calon-calon UPSR 2012 SK Teluk Gunung

Calon-calon UPSR 2012 SK Merapoh

Bersama Guru Besar serta GPK SK Merapoh
Harapan kita, dengan usaha kuat guru-guru serta semua murid, pencapaian UPSR tahun ini akan  jauh lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga hasrat Tuan PPD untuk melihat Lipis muncul sebagai yang terbaik di kawasan Pahang Barat ini akan tercapai. Sama-samalah kita berdoa dan berharap.

Sunday, September 2

Bertamu ke Lipat Kajang

Pada 1 September 2012 baru-baru ini, saya dan keluarga telah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya Hasly Khairol dengan pasangannya Azalina binti Haji Yahya di Kampung Lipat Kajang, Jasin Melaka. Kesempatan cuti Sambutan Kemerdekaan 31 Ogos membolehkan kami pergi awal sehari ke Melaka. Rombongan dari Kedah juga tiba awal sehari tetapi mereka tidak terus ke Jasin sebaliknya ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu rumah ibu bapa abang ipar saya Rosly (ayah kepada Khairol). Mereka bertolak pukul 8.00 pagi dari Kuala Pilah keesokannya dan sampai sekitar pukul 10.00 pagi di rumah pengantin perempuan. Majlis akad nikah bermula sekitar jam 10.30 pagi dan diteruskan dengan majlis persandingan pada jam 12.30 tengah hari. Selesai majlis persandingan, saya dan keluarga mohon untuk pulang ke Lipis.

Tahniah kepada Khairol dan Azalina kerana telah disatukan sebagai suami isteri. Semoga perkahwinan kalian berdua kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sebahagian saudara mara dari Kedah yang turut hadir di majlis perkahwinan tersebut. Tiga orang yang memakai tudung coklat itu adalah kakak-kakak saya, Rohimin, Noor Khalbi dan Hasharoh.

Di Jasin kami menginap di sebuah homestay kepunyaan En. Azman bin Md Safiee.
Homestay ini merupakan rumah kedai 3 bilik yang terletak di Taman Asia Selatan Jasin. Dengan kadar sewaannya RM100 semalam, saya rasa sangat berpatutan dengan keluasan dan kemudahan yang ada. Bagi yang ingin melihat homestay ini boleh klik pada url di bawah.

Selepas check in di homestay sekitar jam 2.30 petang, kami terus ke Zoo Melaka. Maklumlah dah lama tidak pergi. Kali terakhir kami ke Zoo Melaka ialah pada tahun 2007. Emm...dah hampir 5 tahun, mungkin banyak perubahan yang berlaku.

Nampaknya tak banyak sangat perubahan yang berlaku...cuma sekarang ini gerai souvenirs di hadapan zoo sedang diperbaharui. Dua tiga haiwan nampaknya sudah hilang pasangan. Mungkin sudah tua ataupun dah mati. Elok juga jika pihak zoo menambah bilangan haiwan di Zoo Melaka bagi menarik lebih ramai pelancong.

Selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nie banyak restoran atau gerai makanan belum dibuka sepenuhnya. Susah juga nak cari tempat untuk bersarapan pagi. Kalau nak diikutkan di bawah homestay kami tu ada tak kurang 3 buah restoran tapi satu pun tak buka. Alhamdulillah, selepas merayau sekitar bandar maka berjumpalah sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan Pejabat Pekida Daerah Jasin. Ok...jugalah makanan kat situ.