Hai, mengantuk betul mata ni, baru pukul 10.00 malam. Emm...beginilah keadaannya bila badan terlalu letih. Biasanya saya mampu bersengkang mata hingga pukul 2.00 pagi. Cuma sehari dua ni, tak mampu nak sampai pukul 12.00 malam pun. Seminggu yang lepas sibuk dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Lipis, minggu ni pula sibuk dengan persiapan menyambut kunjungan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin ke SK Betau. Kalau sambutan Hari Guru, saya cuma setiausaha sahaja tetapi untuk lawatan TPM ni saya terpaksa bertindak sebagai event manager pula. Letih tu memang letih, namun suatu kepuasan bila melihat majlis yang kita menjadi peneraju utamanya berjalan dengan lancar. Menguruskan sambutan Hari Guru lebih mudah kerana kita hanya berurusan dengan golongan pendidik daerah Lipis sahaja tetapi bagi lawatan TPM ini saya terpaksa berurusan dengan banyak pihak. Memang agak sukar untuk mengarah orang yang datang dari jabatan lain, silap cakap kang ada pula yang berasa hati. Nak tak nak kena suruh orang pendidikan jugalah. Guru Besar dan guru-guru SK Betau lah mangsanya. Kesian dia orang, terpaksa buat banyak perkara.
Saya tidak suka membuat kerja last minute tetapi dalam majlis seumpama ini, changes in the last minute memang tak dapat dielak. So...kena terima sahajalah. Cuma yang saya kurang gemar apabila terlalu banyak arahan sampai dan kita tak tahu who is authoritative untuk membuat keputusan terhadap sebarang perubahan atur cara ? Pada pandangan saya, untuk mengelak sebarang ketidaklancaran majlis adalah lebih baik semua pihak yang berkepentingan duduk bermesyuarat untuk mencapai kata putus sehari sebelum majlis bermula. Pandangan seelok-eloknya diberi ketika rehearsal diadakan. Mana-mana yang rasa kurang kemas boleh dibetulkan terus. Jadi tak perlulah juruacara menconteng-conteng skrip pengacaraannya berulang kali. Sorry la...ini cuma pandangan saya sahaja.
YAB Timbalan Perdana Menteri sedang menyampaikan sumbangan khas persekolahan kepada murid-murid orang asli SK Betau.
Sebahagian tetamu yang hadir. Nampaknya sasaran untuk mendapat crowd seramai 3000 orang tercapai.
Tarian Sewang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar asli SMK Sungai Koyan
YAB Timbalan Perdana Menteri dan tetatmu-tetamu kehormat yang lain mengunjungi gerai-gerai pameran. Terima kasih kepada En. Rokeman, Ketua Unit Pengurusan Akademik kerana menjayakan pameran PPD Lipis.