Pages

Thursday, February 16

A busy week

Minggu ni saya paling sibuk. 13 Februari saya terpaksa ke Hotel Megaview, Kuantan untuk Mesyuarat ABM Perjawatan. Pagi itu saya sempat ke pejabat sekejap untuk mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Maulidur Rasul Warga Pelajaran Daerah Lipis 2012 yang akan diadakan pada 18 Februari ini. Selesai mesyuarat sekitar jam 9.30 pagi, saya segera bertolak ke Kuantan. Terpaksalah pandu laju sikit sebab mesyuarat akan bermula tepat jam 2.00 petang. Alhamdulillah, saya sampai tepat pada masanya. Selepas check in, saya terus ke bilik mesyuarat.

Pada sebelah malamnya telah diadakan majlis untuk meraikan Tuan Haji Razali bin Mustafar yang telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Pahang. Turut hadir pada malam tersebut ialah En. Wan Abdul Hamid, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Apa tunggu lagi. Makanan dah terhidang, doa pun dah dibaca...makan je la.

Tuan KS Pengurusan Sekolah, Wan Abdul Hamid sedang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Tuan Haji Razali.

Keesokan harinya (14 Februari), saya menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di Dewan Jublee Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Penolong PPD Menengah telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu. Hem...kena la berdiri terpacak kat depan pintu dewan. Ok la tu, boleh bersalam dengan tetamu-tetamu dari seluruh negara.

Tetamu VIP yang dijemput untuk merasmikan sambutan tersebut ialah Yang Berbahagia Dr. Rusli bin Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Dr. Rusli diiringi oleh En. Rosdi Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang bergerak masuk ke dalam dewan.

Selesai di Kuantan, saya terpaksa pula ke Hotel Green Park, Temerloh untuk menghadiri Mesyuarat Post Mortem PMR Sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua Pengetua dan GPK Hem sekolah SRK ini berlangsung dari 15 hingga 17 Februari. Hai, tak sabar nak balik rumah esok...dah lama tak jumpa anak-anak (mak anak-anak pun nak jumpa juga la..)

No comments: