Terima kasih semua. Itulah yang saya ingin ucapkan kepada semua yang telah membantu bagi menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Kenduri Kesyukuran PPD Lipis yang telah diadakan pada 18 Februari yang lalu. Walaupun majlis ini dirancang dalam masa yang singkat dan dibuat secara sederhana, namun ia sungguh bermakna sekali. Selaku orang yang dipertanggungjawabkan menyelaraskan majlis ini, saya sungguh terharu dengan sokongan dan sumbangan tenaga yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Walaupun kita semua agak sibuk dengan tugasan masing-masing, namun atas semangat 'kebersamaan' yang kita miliki, alhamdulillah...majlis ini telah dapat dilaksanakan dengan baik sekali.
Terima kasih kepada semua staf sokongan sekolah-sekolah berdekatan yang telah hadir untuk sama-sama bergotong-royong menyediakan masakan.
Terima kasih kepada semua staf sokongan PPD Lipis yang ringan tulang membantu penyediaan bahan-bahan masakan sejak petang jumaat lagi. Anda semua telah membuktikan bahawa jika ditentukan tugasan, anda dapat lakukan dengan sebaik mungkin.
Special thanks untuk En. Rosli Nabor, En. Ab Yazi dan Abang Lan Keledek yang menjadi tonggak utama menyediakan masakan.
Kepada yang telah memberi sumbangan tetapi tidak sempat saya bertemu untuk mengucapkan terima kasih, semoga Allah sahaja membalas jasa baik anda itu.
Kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang hadir, setinggi-setinggi terima kasih kami ucapkan. Sesungguhnya kehadiran anda semua menjadi tanda sokongan kepada keutuhan organisasi kita. Kita tidak dapat mengharapkan orang lain untuk menyokong organisasi kita...melainkan kitalah sendiri. Sayang sekali, tak ramai yang dapat hadir pada hari tersebut. Hari di mana kita seharusnya melahirkan sokongan padu kepada pucuk pimpinan kita yang baru. Semoga dengan sokongan itu nanti, beliau akan lebih bersemangat dalam memimpin pendidikan daerah Lipis ini. Kepada sahabat-sahabat yang kecewa dengan situasi ini, lantaran itu terungkaplah kata-kata 'inilah Lipis'...bersabarlah. Marilah kita bersangka baik dengan semua orang. Kemungkinan saudara-saudara kita ini ada kepentingan lain, lantaran itulah mereka tidak dapat hadir dalam majlis kita ini. Barangkali di majlis yang lain nanti, mereka dapat menghadirkan diri. (hem...sedih la pulak)
Dalam ceramah Tuan Khadi tadi, beliau suruh kita semua jaga makan supaya sentiasa sihat. Kalau dah mengadap makanan ni, memang tak dapat nak jaga la. Tengok daging masak lemak yang mengancam tu, lupa yang kita ahli persatuan high blood pressure.
Semoga majlis yang dianjur ini, dapat menyatukan hati kita semua ke arah berjuang bersama-sama demi kecemerlangan pendidikan daerah Lipis.
( teringat cogan kata Puan Samsiah Suradin, mantan PPD Lipis ' give me five' )
( teringat cogan kata Puan Samsiah Suradin, mantan PPD Lipis ' give me five' )
Sekali lagi...untuk semua...TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment