Pages

Tuesday, January 31

What's the real problem?

Pada 7 Februari baru-baru ini, Dato' Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah Lipis. Beliau telah ditemani oleh Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Lokasi-lokasi lawatan beliau ialah Kampus IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, SMK Clifford dan SMK Panglima Garang Abdul Samad. Di PPD Lipis, beliau telah diberi taklimat berkaitan KPI Pejabat Pelajaran Daerah Lipis yang disampaikan oleh Tuan Haji Misnan bin Hj. Mohd Damin (Pegawai Pelajaran Daerah Lipis). Selepas mendengar taklimat, Dato' Sri Abd Ghafar telah memberi kata-kata peransang dan nasihat kepada seluruh warga PPD Lipis. Antara nasihat dan kata-kata beliau yang perlu diberi perhatian serius ialah 'Jangan fikir apa yang kita tiada, fikirlah apa yang kita ada' dan pertanyaan besar yang beliau lontarkan kepada kita ialah 'What's the real problem?' (Apa masalah sebenar yang daerah Lipis hadapi...sehingga kita ketinggalan di belakang dari segi LINUS dan keputusan peperiksaan awam yang lain). Sahabatku dan seluruh warga pendidikan daerah Lipis, marilah sama-sama kita mencari jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh Dato' Sri KPPM ini. Guru-guru serta pentadbir-pentadbir di daerah Lipis tidak kurang hebatnya berbanding dengan daerah-daerah lain, so what is the main obstacle yang menyebabkan kita sukar mencapai kejayaan.

Dato' Sri Abd Ghafar telah sudi untuk menanam sepohon pokok ciku di perkarangan Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Semoga pokok yang ditanam ini akan tumbuh subur dan kekal lama untuk menjadi ingatan kepada seluruh warga PPD Lipis tentang nasihat dan teguran yang diberikan oleh Dato' Sri KPPM kepada kita semua.

Dato' Haji Mazlan juga turut menanam sepohon pokok ciku sebagai kenang-kenangan sempena lawatan kerja sehari beliau bersama Dato' Sri KPPM ke daerah Lipis.

Turut hadir ketika debriefing KPI PPD Lipis disampaikan kepada Dato' Sri KPPM ialah En. Jaafar ( Pengarah Kampus IPGM TAA Kuala Lipis), Haji Jailani (KS Pengurusan Akademik), Wan Hamid (KS Pengurusan Sekolah) dan beberapa orang lagi pegawai JP Pahang.

Selepas selesai mengadakan lawatan ke IPGM Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis, Dato' Sri Abd Ghafar telah berkunjung ke SMK Clifford untuk berjumpa dengan guru-guru serta murid-murid sekolah tersebut. Beliau seterusnya diraikan dengan jamuan makan tengah hari. (En. Haidzir, Pengetua SMK Clifford sedang menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Dato' Sri KPPM)

Sambil Dato' Sri Abd Ghafar menikmati jamuan, beliau dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh dua orang pelajar SMK Clifford yang berbakat. (Yang lelaki tu nyanyi selamba je dan yang pompuan tu pula...emm ada gaya Siti Norhaliza la)

Tuan Haji Misnan (PPD Lipis) dibantu oleh En. Hamdan (Timbalan PPD), En. Khairul Azli (Pegawai ICT) dan Pn. Zarina Manja (Penolong PPD Kualiti) sedang tekun menyiapkan bahan presentation untuk dipersembahkan kepada Dato' Sri KPPM. Kesian Tuan Haji Misnan terpaksa bersengkang mata hingga larut malam untuk memastikan bahan presentation tersebut siap dan fakta yang dikemukakan adalah tepat.

No comments: