Pages

Monday, May 30

Your Service Will Be Remembered

Inilah kereta lama saya Daihatsu Charade G10 (1979) dengan nombor pendaftaran WX4352. Kereta second-hand ni saya beli daripada seorang kawan pada tahun 2001 dengan harga RM4500. Kereta ini sebenarnya untuk kegunaan isteri saya berulang ke tempat kerjanya. Pada tahun 2003, apabila saya telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UPSI, saya terpaksa menjual kereta Iswara saya untuk mengurang beban bayaran bulanan ( maklumlah gaji separuh ) dan membeli sebuah kereta kancil untuk isteri saya. Kereta Charade ini saya gunakan untuk berulang alik ke Tanjung Malim selama 2 tahun setengah. Alhamdulillah selama berulang-alik itu, tiada sebarang kerosakan dialami oleh kereta ini. Cuma di hari terakhir kuliah, dalam perjalanan balik ke Kuala Lipis saya terbabas di jambatan besi berdekatan Gap Bukit Fraser. Nasib baik ada divider, kalau tidak mahu terhumban saya ke dalam gaung di bawahnya. Kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang bulan Ramadan tahun 2005. Nyaris saya terpaksa berbuka puasa di dalam hutan, nasib baik ada insan berhati mulia yang sanggup menumpangkan saya ke Raub. Kereta Charade tu, saya tinggalkan di tempat kejadian sehingga keesokannya. Kereta itu mengalami kerosakan yang agak teruk di kedua-dua pintu kirinya mungkin kerana impak hentaman pada divider besi. Saya tidak berhajat untuk membaiki kereta tersebut, lalu kereta tersebut diberikan kepada biras saya di Raub. Kereta itu telah dibaiki dan digunakan sehinggalah tahun 2008. Kereta lama ni memang susah sikit nak cari spare part, so...apabila kerosakan semakin ketara maka terbiarlah ditepi jalan. Baru-baru ini, biras saya menelefon memaklumkan bahawa kereta itu hendak dijual sebagai besi buruk sahaja dengan harga RM350. Hem...tamatlah riwayat Charade G10 ( 1st generation ) saya.

..........Your service will be remembered.

Wednesday, May 25

My Wedding Anniversary

Esok 28 Mei adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan saya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, sedar tak sedar dah hampir 17 tahun kami mendirikan rumah tangga. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kami kesabaran dalam menempuhi dugaan hidup bersuami isteri. Adatlah kehidupan ini, bagai pantai dan laut ada pasang dan surutnya. Gigi dan lidah lagikan tergigit inikan pula kita manusia. Semoga kasih sayang dan tolak ansur akan terus mekar dalam hubungan ini.

Saat penaku menyentuh dada kartu ini,
pastinya mimpi pertamamu baru sahaja berakhir.
Sedangkan, di dangau lusuh ini,
imaginatifku kalut menyeludup pigura wajahmu.
Lalu, pada dinding-dinding bisu mampir sekujur tubuhmu
dibaluti besuta biru muda, persis Dalila dengan Busana Sita.
Sepantas Samsoon, aku terpegun akan keayuan wajahmu.
Namun, itu sekadar ilusi minda sahaja.

Adiratnaku,
Tiada apa yang dapat kurasakan, melainkan cintaku padamu
Dahaga kasihku, penaka tiada batasannya
Di tengah kepungan sepi dinihari, dari celahan bima sakti yang redup,
aku cuba menggapai tanganmu.
Hulurlah jari jemarimu dan kita genggam cinta ini bersama.
Sesungguhnya saat ini, tiada wadah untuk retorika cintaku
bisa merempuh gegendang telingamu.
Sedangkan obsesi ini kian sering mengocak ketenangan emosiku.
Rindu padamu yang terlalu sarat dan rasa kasihku
yang tiada penghujungnya.
Percayalah, cintaku padamu akan hidup selama-lamanya.

11 Februari 1994

malam penuh gelisah
[ four months before getting married ]

Tuesday, May 24

Majlis Anugerah Seri Bestari 2011

Tengah hari tadi (24 Mei) bertempat di Hotel Lipis Centrepoint telah berlangsung Majlis Anugerah Seri Bestari 2011 Peringkat Daerah Lipis. Majlis ini dirasmikan oleh En. Hamdan bin Harun, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Beliau menggantikan En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebanyak 6 anugerah telah disampaikan dalam majlis ini iaitu Anugerah Tokoh Nilam, Anugerah Pusat Sumber Sekolah, Anugerah Makmal Komputer, Anugerah Pusat Akses, Anugerah GPM & GPB Daerah Lipis dan Anugerah Khas Juri. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah.

Sebahagian Pengetua dan Guru Besar yang hadir. ( hai...beriya betul En. Burhan Musa mengurut misai tu...)

En. Hamdan bin Harun menyampaikan hadiah dan sijil kepada penerima anugerah. Kepada sekolah dan individu yang berjaya menerima anugerah tahniah diucapkan dan diharapkan kecemerlangan ini dapat dipertahankan pada tahun-tahun mendatang.

En. Zainal Abidin (Guru Besar SK Benta) antara yang berjaya mendapat hadiah cabutan nombor bertuah.

( Hai...kenapalah teman tak pernah menang kalau ada cabutan nombor bertuah. Nombor Wayne Rooney tuu...Nampaknya kena mandi bungalah gayanya ni )

Sunday, May 22

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011

Pada hari Sabtu baru-baru ini, saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011 yang telah diadakan Dewan Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato' Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Nan menyarankan semua guru back to basics dalam melaksanakan tugas mereka. Guru harus melaksanakan 3 perkara iaitu, mengajar, mendidik dan membantu. Seandainya para guru melaksanakan ketiga-tiga tugas tersebut dengan sempurna, insyaallah...jasa dan pengorbanan guru itu akan sentiasa dikenang oleh anak-anak murid mereka. Anugerah Tokoh Guru Negeri Pahang 2011 disandang oleh Dato' Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib, bekas Pengarah Pelajaran Negeri Pahang (2004 hingga 2007)
.
Penganjuran Sambutan Hari Guru oleh daerah Bera pada tahun ini berjalan lancar. Konsep hiasan pentas dan persembahan yang bercirikan Satu Malaysia sungguh menarik. Cuma ada la satu dua kelemahan yang boleh dibaiki antaranya ialah sound system semasa tayangan multimedia Tokoh Guru (bunyi bising semasa penayangan klip video itu menjejaskan penghayatan audien). Selepas tetamu terhormat sudah masuk dan majlis telah dimulakan, seeloknya tidak ada lagi pergerakan di dewan yang mengganggu concentration hadirin. Bermakna siapa-siapa yang datang lambat, duduklah kat belakang atau jangan masuk langsung. Satu lagi kalu boleh...gunalah dua kamera, supaya pergerakan kamera mencari angle tidak terlihat di dalam skrin. He3x...banyak pula complaint.

Saya bersama Encik Shamsudin Basir, Penyelia Sekolah Rendah merangkap Setiausaha Hari Guru Daerah Lipis. Cikgu Din, tengok betul-betul...tahun depan silap-silap kita lak yang jadi tuan rumah.

Dato' Haji Mazlan bin Mohamad, Pengarah Pelajaran Pahang bersalam-salaman dengan para hadirin. Aik...bos teman pun ada kat belakang tu (Hj. Basirun). Boleh le balik lepas ni, bos dah tahu teman datang.


Mende topik yang Haji Suhaimi (GB SK Padang Tengku) duk citer tu, sampai khusyuk benar Encik Hasbi (GB SK Berchang) dan En. Shahrir ( GB SK Jenderak Selatan) mendengarnya.

Wednesday, May 18

Audit Dalam MS ISO 9001 : 2008

Hari ini bermulalah auditan MS ISO 9001 : 2008 bagi Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Tujuan auditan ialah untuk memastikan proses kerja yang dilakukan menepati kehendak pelanggan. Kali ini, auditor datang dari negeri Kelantan iaitu YM Tengku Aminuddin (Penolong PPD Menengah, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai), Encik Ibrahim (Penolong PPD Kurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok) dan Encik Mohamad Ruslam (Penolong PPD Kualiti, Pejabat Pelajaran Daerah Bachok). Auditan ini akan berlangsung selama dua hari yang akan menilai 14 bidang (PK01 hingga PK14). Diharapkan proses auditan akan berjalan dengan lancar memandangkan semua pegawai yang terlibat telah bertungkus-lumus menyiapkan dokumen masing-masing dengan selengkap mungkin. Namun, adatlah...akan ada juga yang terlepas pandang nanti. Jika ada ruang untuk dibaiki, sama-samalah kita baiki. Semoga tak adalah yang akan dikenakan NCR (Non-Comforming Record).


Pening gayanye auditor kita nie nak buat penilaian. Tengok kepada ketebalan fail boleh tahan juga tapi isinya belum tentu lagi. (Apa pula yang digebang oleh Puan Zarina nie, sampai Encik Ibrahim menongkat dagu mendengarnya)

Haji Man CC dah start berdiri tu, ai..macam ada benda tak beres je nie. Tak pe...slow-slow ye, ada dokumen tu...salah letak je kut.

UPDATES 19 Mei 2011

ISO : International Organization for Standardization

Majlis penutupan auditan MS ISO telah diadakan pada pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah...berdasarkan laporan ketua auditor YM Tengku Aminuddin, PPD Lipis tidak diberi NCR (Non-Comforming Record) bagi mana-mana PK. Cuma dua PK telah dikenakan OFI (Opportunities For Improvement) iaitu PK03 - Pemantauan (Kaunseling, Linus dan Swasta) serta PK06 - Pengurusan Latihan Personel.

Sunday, May 8

Pemantauan Tingkatan 6

Saya baru balik daripada SMK Clifford mengiringi Tuan Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Pahang yang mengadakan pemantauan kemasukan Tingkatan 6. Turut serta dalam pemantauan tersebut ialah Encik Saruchi Sawal, Ketua Unit Perhubungan. Pemantauan kemasukan ke Tingkatan 6 ini bertujuan melihat persediaan pihak sekolah untuk menerima pelajar-pelajar baru tingkatan 6.


Haji Tajuddin, KPP Unit Pengurusan Sekolah Menengah sedang menanya beberapa soalan kepada Puan Nilawati, GPK Tingkatan 6, SMK Clifford.

En. Saruchi Sawal, Ketua Unit Perhubungan, Jabatan Pelajaran Pahang sedang berbual dengan Puan Sarimah, Penyelaras SISP SMK Clifford.


Pelajar-pelajar baru Tingkatan 6 sedang tekun mengisi borang pendaftaran. Setakat pukul 9.30 pagi tadi baru 139 orang yang mendaftar. Jumlah yang ditawarkan ialah 400 orang. Mungkin yang lain belum sempat untuk datang mendaftar.

Wednesday, May 4

Meeting di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

Sekarang saya berada di Kuala Terengganu kerana menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data Operasi Menengah (OPMEN) April 2011 di Hotel Grand Continental. Mesyuarat ini bermula semalam dan akan berakhir esok. Sebenarnya saya menggantikan Encik Rahmin bin Mahasan, Penolong PPD Menengah yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan peribadi. Selain saya, turut hadir di mesyuarat ini ialah saudara Ariff bin Umar, guru SMK Seri Lipis yang bertindak sebagai Fasilitator OPMEN bagi daerah Lipis. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini data guru sekolah menengah sehingga bulan April.
.
Nasib baik la ada cikgu Ariff, kalau tidak kacau juga saya nak menyiapkan data OPMEN ni. Kalau Data Operasi Rendah (DOSR) tu boleh juga saya gagau-gagau, OPMEN ni memang blank betul.

Tah macam mana saya tak ada partner pula. Tidur seorang sahaja la kat bilik 809 nie. Meremang bulu tengkuk bila teringat cerita En. Rithuan, PPDR Cameron Hinghlands ketika bermalam di salah sebuah hotel di Kuantan. Nak tau citer, kena tanya dia la...Kalau citer sekarang, harus tak tidur saya malam nie.

Ini pemandangan daripada bilik penginapan saya. Baru sekejap tadi cikgu Ariff ketuk pintu nak ajak jalan-jalan kat Pasar Payang. Malas pula rasanya nak keluar...ingat nak lepak-lepak sahaja kat dalam bilik petang ni, boleh nonton Star Movie.