Acara pertama yang dijalankan ialah berlari berpasangan dengan kaki berikat. Susah juga berlari begini. Anak teman, Ruzaini Imran mengadu sakit kaki selepas itu.
Bowling buah kelapa. Nape satu pun tak kena nie Syahwal? Nampak mudah je, bila cuba baru tau susah.
Teman rasa game 'sambung straw' nie la yang paling ramai orang ngelat. Ada yang masih duk sambung walaupun wisel dah berbunyi. Pastu sambung 23, kabor 32. Teman jujur weh...
Ini acara baling belon berair. Yang pegang belon kuning tu, orang rumah teman. Dapat tempat kedua kita orang.
Acara berebut kerusi untuk anak-anak. Ruzaini Imran dapat tempat kelima. Dapat juga la hadiah.
Abang Lie kita dah menyandar, abang Bullah masih tak nampak garis penamatnya. Tengok ke menu, terutama daging kambing panggang tu memang boleh langgar pantang dibuatnya. Teman yang dah kena telan amlodipine setiap hari nie, terpaksa la bersabor...nengok je le.
Turut diambil kesempatan dalam program family day ini ialah untuk meraikan 3 orang staf yang akan meninggalkan PPD Lipis. Mereka ialah En. Ayub yang bersara, En. Ahmad Riduan yang bertukar ke SMK Clifford dan Puan Nora Ashikin yang akan bertukar ke PPD Jerantut. Kepada mereka semua, selamat menempuhi suasana baru dalam meneruskan perjalanan hidup masing-masing. (Gambar : Tuan Timbalan sedang menyampaikan hadiah persaraan kepada En. Ayub)
Lepas majlis makan malam diadakan pertandingan bowling di Berjaya Megamall. First throw teman dah dapat strike. Bila dapat strike tu, teman rasa malam nie teman la yang punya. Rupa-rupa meleset betul jangkaan teman. Teman dapat kedudukan terakhir dalam kumpulan...he3x (tabik kat ustaz Ismail, dapat 3 strike dalam frame kedua)
En. Hamdan, Timbalan PPD Lipis menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bowling. Teman dapat hadiah saguhati je, tak termasuk pun dalam top ten. Kepada yang dapat skor terendah, cuba lagi lain kali. Kali nie tak ada pula anugerah ratu longkang.
No comments:
Post a Comment