Pages

Saturday, July 16

Sambutan Hari Guru Daerah Lipis 2011

Pagi tadi telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis yang telah diadakan di dewan SMK Benta. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Benta. Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut ialah En. Jaafar, Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis dan wakil Pegawai Daerah Lipis. Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu dipenuhi dengan beberapa acara iaitu nyanyian lagu Negaraku, ucapan perasmian, koir, tayangan multimedia dan penyampaian anugerah-anugerah kecemerlangan. Tokoh Guru yang terpilih pada tahun ini ialah Tuan Haji Zahari bin Imam Uda, bekas Pegawai Pelajaran Daerah Lipis.


Menunggu ketibaan YB Dato' Haji Mohd Soffi. Dari kiri : En. Haidzir (Pengetua SMK Clifford), En. Shamsudin (Penyelia Sek Rendah), En. Mohd Rosmi (Guru Besar SK Penjom) dan En. Hamdan (Timbalan PPD Lipis)

Adik-adik daripada SMK Kerambit nie dah letih benor gayenya. Sepatutnya YB sampai pukul 9.00 pagi, rupa-rupanya terlewat setengah jam. Mau lari tempurung lutut berdiri hampir sejam kat situ. Make up pun dah cair...

Tuan Haji Zahari (Tokoh Guru) bergambar bersama En. Jaafar (Pengarah IPGM) serta krew persembahan gimik daripada SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis.

Sebahagian pesara yang hadir. Abang Long Ibrahim Aziz ada tu...lama betul tak jumpa dia selepas bersara ni. En. Mohd Kadir, Guru Besar SK Kuala Telang (depan sekali) belum bersara lagi, bulan Ogos nanti baru dia pencen. Hari ni dia datang mewakili isterinya yang telah bersara dahulu.

Majlis dah selesai, boleh le kita balik. Apa-apa pun, moh le kita makan dulu.
Dari kiri : Tuan Haji Ali (Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad), YM Raja Ibrahim (Pengetua SMK Benta - terima kasih kerana sudi menjadi tuan rumah), Tuan Syed Mohamad (Pengetua SMK Kerambit) dan En. Zulkifli (Pengetua SMK Sungai Koyan)


Dato' Mohd Soffi melawat khemah pameran. Terima kasih Dato' di atas sumbangan RM10 ribu kepada PPD Lipis. Patut la YB Dato' berucap panjang, rupa-rupanya ada benda nak bagi.

No comments: