Pages

Friday, February 5

Pemantauan Bersepadu SK Lanai

Pada 5 Februari 2010, seramai 8 orang pegawai dari PPD Lipis yang diketuai oleh En. Rahmin bin Mahasan, Ketua Unit Pengurusan Sekolah telah mengadakan pemantauan bersepadu ke SK Lanai. Pemantauan memberi fokus kepada P&P di dalam kelas dan beberapa aspek lain yang dianggap penting. Diharapkan pemantauan yang dilaksanakan ini dapat memberi sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mempertingkatkan lagi kualiti kerja masing-masing. Sememangnya tidak dapat dinafikan mengajar di sekolah asli memberi cabaran dan dugaan yang amat hebat kepada guru-guru. Namun seandainya guru-guru dapat membawa kejayaan kepada anak-anak murid asli ini, tentulah kejayaannya sangat bermakna dan menjadi kenangan manis untuk diingati oleh guru-guru apabila bertukar ke sekolah lain nanti. Bagi pihak PPD Lipis, kami sentiasa menyokong dan mendoakan agar guru-guru sentiasa bersabar dan tidak mudah berputus asa dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak pribumi kita ini. Selamat berjaya.

p&p sedang dilaksanakan di dalam kelas

En.Rahmin Mahasan sedang memberi laporan hasil pemantauan

Guru-guru SK Lanai



No comments: