Pages

Saturday, June 14

PD Ostrich Farm

Salam untuk semua...

Dah lama tak post cerita-cerita santai. Lari sedikit daripada entry berkaitan tugas-tugas profesional teman. So, kali ini teman nak berkongsi cerita percutian bersama keluarga di Port Dickson. Dua minggu ini teman memang terasa stress sedikit. Terutama apabila keputusan pertukaran guru sesi Jun diumumkan. Bagi yang tidak berpuashati mula menelefon, menghantar message dan ada yang datang ke office teman. Sebelum BP teman semakin naik, moleklah teman bercuti dan lari sekejap daripada semua ini.


PD menjadi pilihan kerana inilah tempat percutian tepi pantai yang agak dekat selain Kuantan. Lagipun, teman terpaksa mengambil anak teman yang sedang belajar di salah sebuah kolej di Kuala Lumpur untuk di bawa bersama. Musim cuti sekolah ni, bayaran hotel memanglah tinggi. Di Bayu Beach Resort, apartment 2 bilik dikenakan bayaran RM490. Nasib teman agak baik kerana ada private owner di situ yang menawarkan apartment yang sama pada kadar RM280. Cuma tak ada breakfast dan kereta kena parking kat tempat awam.

Nasib baik dibenarkan mandi kolam dan laut kat situ. Tak tercapai matlamat datang PD kalau tak dapat mandi kolam dan laut. Nak mandi laut kat Teluk Kemang boleh tetapi terlalu crowded dengan orang ramai. Nak tukar pakaian pun susah.

Teman sebenarnya tak berapa suka mandi laut kerana selain air masin yang memedihkan mata, pasir selalunya akan memenuhi poket seluar dan baju. Nak pakai swimming trunk, ngerilah pulak. Namun, demi melayan my youngest son ni, kenalah juga.

Masuk ini, dah tiga kali teman sekeluarga ke Port Dickson. Boleh dikatakan semua tempat menarik dah pergi. Cuma ke PD Ostrich Farm yang belum. So...kali ini teman bawalah dia orang ke ladang tersebut. Untuk masuk ke ladang ini dikenakan bayaran RM13 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.

Bagi pengunjung yang ingin memberi makan kepada burung unta bolehlah membeli dedak RM3 di kaunter tiket. Hai risau juga kalau-kalau dipatuk kepala anak teman ni.


Sakit juga tapak tangan kena hentak dengan paruh burung unta ni.


Menonton acara lumba burung unta. Laju juga larinya...mengikut petugas kat sini, kelajuan yang boleh dicapai oleh burung unta hampir 70km/h.

Telur burung unta dikatakan boleh menampung beban sehingga 120 kg. Setakat berat anak teman ni, tak terjejas langsung.


Untuk mengeluarkan telur burung unta ini terpaksa menggunakan drill dan hammer. Emm...tebal betul kulitnya.


Di dalam ladang ini terdapat cafe yang menyediakan menu berkaitan burung unta. Satey RM12 untuk 6 cucuk dan omelette RM15 untuk satu hidangan. Satey...teman rasa ok je sebab dah pernah makan, tetapi telur tu tak berapa lajulah.


My eldest son bergambar dengan albino burmese phython.


Adik dia pun nak bergambar juga. Teman tak sangguplah, jangan kata pegang tengok pun dah rasa geli-geleman.

Selain ostrich kat ladang ini juga terdapat haiwan-haiwan lain seperti kambing boer, unta, keldai, arnab, kuda dan lain-lain lagi.

Balik dari PD kami singgah di Kuala Lumpur, menginap di Maluri Hotel. Hotel ini berdekatan dengan kolej tempat my eldest son belajar. Lepas makan nanti nak hantar beliau balik ke rumah sewanya. Setiap kali turun KL untuk melawat beliau, biasanya di hotel inilah teman sekeluarga menginap. Government servant dapatlah less 20 percent.

Makan kat Raintree Cafe di hotel ni pun best juga. Harganya lebih kurang macam makan kat secret resipe. lmran suka sangat makan lamb chop kat sini tapi the price is quite expensive la...RM35.

Keesokan harinya, on the way balik Lipis singgah Wangsa Walk. My youngest son teringin nak menonton movie. Sebelum masuk panggung alas perut dulu kat food court.

Sekarang ni kat TGV Cinema sedang ditayangkan cerita How To Train Your Dragon 2. Cerita animasi kanak-kanak tapi best juga untuk ditonton. 

Tuesday, June 3

Cikgu Bob Aziz dalam kenangan

Salam untuk semua...

Sambutan Hari Guru peringkat PPD Lipis...sederhana tetapi bermakna. Bersemangat rasanya bila menyanyikan lagu 'Guru Malaysia'.

Emm...bab kena buat persembahan spontan camni yang teman lemah ni. Nasib baiklah ada juga sekali-sekala menonton rancangan 'superspontan' kat televisyen.

Ini gurindam ke...deklamasi sajak? Confused penonton.

Acara bertukar-tukar hadiah. Kalau kat sekolah dapat hadiah daripada murid-murid, kat PPD ni kita bertukar-tukar hadiah sesama kita jelah.

Kumpulan nasyid atau marhaban ni? Cantik staf sokongan kita berpakaian sedondon...awesome gitu.

Updated on May 28

Selamat bersara Tuan Haji Molok bin Derani, Guru Besar SK Kerambit mulai 10 Jun 2014. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

26 hingga 28 Mei 2014 bertempat di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur berlangsung Mesyuarat Pertukaran eGTukar Negeri Pahang Sesi Jun. Walaupun permohonan pertukaran sesi Jun ini tidak sebanyak sesi Januari, namun tekanan tetap ada. Banyak call dan message diterima untuk minta dipertimbangkan permohonan. Insyaallah, pertimbangan terbaik dengan mengambil kira semua faktor akan dibuat. Namun, percayalah...semua ini ketentuan Allah SWT. Terimalah keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka.

Dalam sibuk-sibuk menguruskan pertukaran guru, dapat jugalah beriadah di Ibowl Bowling Centre, Brem Mall Kepong. Bolehlah redakan stress sikit.

Selesai mesyuarat di Crystal Crown Kuala Lumpur, teman terus bergerak ke Kuantan kerana esoknya teman terpaksa menghadiri Program Sehari Bersama SPRM di Kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Insaf teman mendengar taklimat nie.

Cuti hujung minggu, tiada program rasmi. Bolehlah luangkan masa menghadiri program tak rasmi. Kenduri kahwin anak Ustaz Ismail bin Yahya, Penyelia Kanan Agama Islam PPD Lipis.

Tahniah kepada Tuan Haji Misnan (PPD Lipis), Ustaz Abd Kadir (Pengetua SMA Al-Ittihadiah Relai), Puan Devi Masran (Guru Besar SK Lubuk Kulit) dan Puan Norizan Yusuf (Guru Besar SK Tempoyang) di atas pemilihan sebagai pembentang kertas kerja Program Perkongsian Amalan Terbaik Kepimpinan Pendidikan hasil pengisian PrOD di IAB Genting Highlands. Sesungguhnya...Lipis itu hebat.

Updated on June 7

Tahniah kepada pasukan kriket SMK Clifford yang mewakili Pahang di atas kejayaan merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan mengalahkan wakil Johor, Parit Jawa. Semoga pasukan ini akan melangkah lebih jauh lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

Cuti sekolah ni banyaklah kenduri kahwin. Hari ni teman sekeluarga menghadiri kenduri kahwin anak Pn. Supiah Ramlan (PT PPD Lipis) di Taman Kenari, Kuala Lipis. Teman dan Ustaz Ismail Yahya, Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Lipis antara yang terawal sampai. Tahniah Kak Su...dapat menantu.

Updated on June 12

Mewakili PPD Lipis untuk Kursus Perkhidmatan Pembantu Operasi Bagi Daerah Lipis, Raub, Bentong dan Cameron Highlands di Dewan UMNO Kuala Lipis pada 10 Jun 2014. Walaupun Pembantu Operasi merupakan subordinate paling bawah dalam organisasi pendidikan, namun tidak bermakna tugas dan peranan mereka tidak penting. Selaku ahli dalam organisasi mereka juga tertakhluk dalam konsep kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan teras kejayaan...sebutir pasir tidak akan menjadi pantai dan setitik air tidak akan menjadi laut.

Pergi tak kembali...Allahyarham Abdul Aziz bin Mohd Zin (Cikgu Bob), Guru Besar SK Batu Yon menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 Jun 2014 di IJN Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tempoyang, Kuala Lipis. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Saturday, May 24

Sambutan Hari Guru Pahang 2014

Salam untuk semua...

Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2014 diadakan di Taman Tasik Raub. Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Rashidah binti Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang.

Sempena majlis pelancaran ini telah diadakan program senam seni. Dah berumur ni, banyaklah pergerakan yang teman tak dapat nak ikut.

Selain acara senam seni, turut juga diadakan ialah acara 'fun ride'. Teman tak menyertai acara ni...tak ada basikal.

Team memasak daerah Lipis yang disertai oleh Puan Saimah dan Puan Hapsah dari SMK Panglima Garang Abdul Samad telah berjaya mendapat tempat kedua, naib johanlah tu. Tahniah dan terima kasih kerana sudi mengambil bahagian.

Tahniah juga kepada team woodball...walaupun tak dapat johan atau naib johan, namun penyertaan kita dalam pertandingan ini adalah bukti sokongan kepada tuan rumah Hari Guru tahun ini.

Pertandingan golf di Kelab Golf Bentong...nampak ada penyertaan dari Lipis. Dalam gambar kelihatan En. Aziz, GPK Pentadbiran SMK Kuala Lanar je...En. Malik, Guru Besar SK Kuala Medang tak nampak pulak. Emm...mungkin tak menjadi sasaran jurukamera kut.

Pada 23 Mei telah diadakan Jamuan Makan Malam Simfoni Kasih di Dewan Jubli Perak Raub. Tetamu kehormat pada malam ini ialah YB Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, ADUN Batu Talam.

Bergambar dengan sahabat teman Haji Mie, Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah Rompin. Terima kasih Raub...makanan sedap, layanan istimewa.

24 Mei...hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2014 di Dewan SM Sains Tengku Abdullah, Raub. Setiap daerah menghantar 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengawai PPD, Pengetua, Guru Besar, guru senior dan guru muda. Terima kasih kepada semua yang hadir, especially dari Lipis.

Sebelum masuk ke dalam dewan, sempat jugalah teman meronda-ronda melihat pameran.

Bersama sahabat teman Tuan Haji Basri, Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah Jerantut.

Dato' Haji Shahiruddin bin Ab. Moin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (ADUN Dong) mewakili Dato' Seri Diraja Haji Adnan bin Yaakob, Menteri Besar Pahang diarak masuk untuk menyempurnakan majlis perasmian.

Tokoh Guru negeri Pahang 2014, Dato' Yahya Zainal Abidin, mantan Pengarah Pendidikan Pahang.

Tahniah kepada daerah Raub di atas penganjuran yang cemerlang. Walaupun terdapat beberapa kesilapan teknikal namun tidaklah sampai mencacatkan acara yang berlangsung. Teringat teman tahun 2012 sewaktu Lipis menjadi tuan rumah, segala-galanya nampak sempurna sehinggalah berlaku kesilapan memberi hadiah di saat majlis hampir berakhir. Tak guna menyalahkan sesiapa...yang penting post mortem perlu dibuat mengapa kesilapan itu berlaku. Apabila punca diketahui, maka dapatlah kita lebih berhati-hati pada masa hadapan. Tahun depan giliran daerah Bentong pula menjadi tuan rumah.


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis

Salam untuk semua...

21 hingga 23 Mei 2014 yang lalu, teman telah dipertanggungjawabkan mengurus mesyuarat Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah daerah Lipis. Mesyuarat tersebut diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.

Tuan PPD menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Zaberi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Pahang setelah beliau menyampaikan taklimat berkaitan SKPM dan GROW. 

Tuan PPD sedang mengalu-ngalukan kehadiran Puan Hajah Rashidah binti Md Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang. Terima kasih Puan Timbalan kerana sudi hadir ke mesyuarat ini.

Taklimat oleh Encik Amiruddin bin Sahudi, Yang DiPertua PIBG SK Setiawangsa. PIBG sekolah ini telah menerima Anugerah PIBG Cemerlang peringkat Kebangsaan. Emm...kalau semua YDP sekolah-sekolah di daerah Lipis boleh mencontohi beliau pastinya PIBG benar-benar dapat berperanan sebagai rakan kongsi yang sama-sama berganding bahu bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Selepas sehari suntuk berada di dewan mesyuarat, tibalah masanya untuk melegakan ketegangan. Bermain bowling di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square. 

Tak berapa menjadi malam ni, teman hanya dapat sekali je strike. Tuan Haji Azizan, Pengetua Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis nampak hebat...banyak strike dapat.

Slot terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lipis. Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis menyampaikan amanat dan halatuju pendidikan daerah Lipis. Teman harap mesyuarat selama 3 hari 2 malam ini dapat memberi manfaat kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang hadir. Sebarang kecacatan serta kekurangan sepanjang bermesyuarat di sini, teman memohon ribuan ampun dan maaf.

Terima kasih kepada Dr. Ting kerana sudi menyampaikan taklimat dan Puan Rosimawati di atas pertolongan menguruskan kehadiran Encik Amiruddin ke mesyuarat ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan organisasi yang turut membantu, Tuan Haji Zulfakhri, Puan Zarina Manja, Encik Shahrom, En. Shahwaluddin, Encik Ahmad Daniar dan Encik Hairul Nizam.

Selamat bersara Mr. Ong dan Datin Hajah Normahiyah

Pada 19 Mei yang lalu teman dijemput menghadiri mesyuarat MPSM daerah Lipis yang diadakan di Hotel Centrepoint Kuala Lipis.

Teman sampai lewat sikit sebab menghadiri Sambutan Hari Guru peringkat PPD Lipis.

Selepas mesyuarat telah diadakan majlis meraikan persaraan Datin Hajah Normahiyah (mantan Pengetua SMK Seri Lipis) dan Encik Ong Chye Beng (mantan Pengetua SMK Chung Hwa). Tuan Haji Misnan, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis turut dijemput untuk majlis ini. 

Tuan PPD menyampaikan hadiah persaraan kepada Datin Hajah Normahiyah.

Kepada Encik Ong Chye Beng dan Datin Hajah Normahiyah, selamat menempuhi alam persaraan. Beg besar tu...bolehlah pergi melancong keluar negara.