Pages

Wednesday, March 2

Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

Pagi tadi (3 Mac) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Orang Kaya Haji telah diadakan Taklimat Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pejabat Pelajaran Daerah Lipis 2011. Taklimat telah disampaikan oleh En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD Lipis. Seramai 6 orang Pengetua dan 7 orang Guru Besar telah terpilih untuk menghadiri taklimat tersebut. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada Pengetua dan Guru Besar berkaitan KIK. Diharapkan dengan pendedahan ini, mereka akan memberi sokongan kepada pembentukan kumpulan KIK di sekolah-sekolah. Peranan Pengetua dan Guru Besar selepas ini ialah menubuhkan kumpulan KIK yang terdiri daripada 4 hingga 10 orang kakitangan serta melantik seorang ketua pasukan. Satu taklimat yang lebih terperinci akan diberikan kepada ketua-ketua pasukan selepas ini. Diharapkan pada tahun ini PPD Lipis akan dapat menghantar peserta ke pertandingan KIK peringkat Jabatan Pelajaran Pahang.


Kumpulan KIK yang dibentuk nanti berperanan untuk mengenal pasti, memilih dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja. Mereka kemudian akan mengemukakan idea baru atau cadangan untuk menyelesaikan masalah kepada pihak pengurusan untuk dipertimbangkan. Apabila dipersetujui oleh pihak pengurusan, mereka akan melaksanakan projek KIK tersebut secara sukarela.

Falsafah KIK ialah memberi peluang kepada pekerja untuk membantu organisasi dalam menyelesaikan masalah kerja.

*Nota : Dulu KIK dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja)

Tuesday, March 1

Anugerah Tawaran Baru (NKRA) Pendidikan

Majlis penyampaian Anugerah Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan telah diadakan pada 28 Mac 2011 di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau, Melaka. Sebanyak 586 buah sekolah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Bagi daerah Lipis, kita sangat bersyukur kerana 6 buah sekolah telah berjaya menerima anugerah tersebut. Tahniah dan syabas buat SK Tempoyang, SK Relong, SK Berchang, SK Pagar Sasak, SK Batu 13 dan SJKT Ladang Benta. Semoga kemenangan 6 buah sekolah ini akan menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk berjaya pada masa hadapan.


En. Muhb Hasbi (SK Berchang), En. Ishak (SK Pagar Sasak), Pn. Rosniza (SK Batu 13) dan Pn. Devi Masran (SK Relong) merupakan penerima Anugerah New Deal selain Pn. Norizan (SK Tempoyang) serta Pn. Salama (SJKT Ladang Benta)


Dua orang kenalan lama saya suatu ketika dahulu, En. Wahiduddin bin Abdul Manaf (rakan serumah saya ketika sama-sama mengajar di SK Penjom dulu, kini bertugas sebagai Nazir Sekolah) dan Puan Zarina binti Jamil (Guru Besar saya ketika mengajar di SK Penjom, sekarang dia jadi Guru Besar di SK Bukit Damansara)

Weekend with Family

Sejak akhir-akhir ni keadaan agak sibuk sekali. Banyak masa terpaksa dihabiskan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan pejabat. Masa bersama keluarga menjadi semakin sedikit. Terasa rugi pula membiarkan anak-anak terus membesar sedang kita kehilangan saat-saat manis usia kanak-kanak mereka. Lantaran itu, bila ada peluang dan ruang saya ingin sangat sentiasa bersama mereka. Petang Sabtu yang lalu saya membawa mereka bermain woodball di SK Relong. Jelas terbayang kegembiraan di wajah mereka. Semoga saat seperti ini akan sentiasa ada.

Mesyuarat Hari Guru 2011

Semalam (1 Mac) saya menghadiri Mesyuarat Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011 yang diadakan di PPD Bera. Tahun ini, tibalah giliran PPD Bera menjadi tuan rumah sambutan Hari Guru peringkat negeri. Sambutan Hari Guru bagi tahun ini dicadangkan diadakan pada 21 Mei 2011 di Dewan Rakan Muda, Bera. Antara program-program yang akan dijalankan sempena sambutan Hari Guru tersebut ialah pertandingan woodball warga pendidik, pameran pendidikan, pertunjukan kebudayaan dan sembahyang hajat.
.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah.

Tn. Haji Jalani bin Hj Ludin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik turut hadir

Selamat Bersara Abang Long

Pada 25 Februari yang lalu merupakan hari terakhir Encik Ibrahim Aziz, Pengelola Cemerlang Pengurusan Sekolah Rendah bertugas di PPD Lipis. Beliau akan bersara wajib pada 28 Februari iaitu genap usia beliau 58 tahun. Majlis mengetip kad perakam waktu terakhir beliau telah diadakan bermula pukul 3.00 petang lagi. Ramai juga Pengetua dan Guru Besar hadir bagi meraikan persaraan Encik Ibrahim. Sesungguhnya PPD Lipis telah kehilangan seorang pegawai yang berkomitmen dan sentiasa 'consistent' dalam tindakan.
.
Encik Ibrahim bergambar bersama rakan-rakan setugas sejurus sebelum mengetip kad perakam waktu

Menerima hadiah daripada guru-guru SK Clifford

Encik Ibrahim bersalaman dengan Tuan PPD selepas mengetip kad perakam waktu untuk kali terakhir. (Entah mengapa, terasa sedih betul waktu bersalaman dengan Abang Long)

Bersalaman dengan Pengetua, Guru Besar dan guru-guru yang hadir

Nal, bawa kereta tu baik-baik sikit. Orang bersara ni darah manis juga tau...

Thursday, February 24

Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)

Hari ini (24 Febuari), Biro Pengaduan Awam telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) peringkat daerah Lipis. Program yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang itu telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis. Semua jabatan utama turut terlibat menghantar sekurang-kurang 2 orang pegawai untuk menjawab soalan-soalan berkaitan jabatan masing-masing yang akan dikemukakan oleh orang-ramai. Saya dan En. Jasmawari bin Majid, Pegawai Maklumat mewakili PPD Lipis.
.
Hujan yang turut agak lebat pagi ni mungkin menyebabkan sambutan orang ramai terhadap program ini sedikit hambar. Namun ada juga jabatan yang meriah dengan aduan, terutama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Pegawai KGSK dan Pegawai Maklumat PPD Lipis dah bersedia nak menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh para pelanggan. Kalau tak boleh jawab, kita calling la sape-sape.

Apahal ni Jasma, kaunter kita tak ada pelaris ke? Sunyi je...tak ada orang datang mengadu pun. 5 jam menunggu hanya satu aduan je ni. Kita ambil positif la...mungkin jabatan kita dah bagi servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kita sebab tu tak ada aduan.

Wednesday, February 23

Tugas Terakhir Abang Long

Minggu ini, merupakan minggu terakhir abang long, En. Ibrahim bin Aziz, Pengelola Cemerlang, Pengurusan Sekolah Rendah bertugas di PPD Lipis. Pada 28 Februari ini, beliau akan bersara wajib pada usia 58 tahun. Biasanya orang dah nak pencen ni, duduk berehat sambil mengemas meja je, tapi abang long kita terpaksa pula ke Cameroon Highland bermula pada 21 hingga 24 Februari untuk menyiapkan Anggaran Belanja Mengurus 2012 / 2013. Berat punya kerja tu, boleh gugur rambut memikirkan jumlah duit yang nak dipohon. Tak apalah Cikgu Brahim, anggaplah ini sebagai sumbangan terakhir penuh bermakna buat PPD Lipis. Saya pun seronok membantu cikgu, terutama bila tiba masa nak bagi angka 'sihir', kita buat dengan penuh keselambaan hingga Azmi Yusuf (fasilitator JPN) pun tak perasan...he..he

Hai pening betul buat ABM ni, terlebih buat anggaran kang kena kutuk dek member-member. Sabor Cikgu Brahim, 4 hari je lagi lepas tu tak payah nak fikir-fikir tentang abm ni lagi.
.
PPD Cameroon Hinghlands ( ke mana menghilangnya Puan Samsiah Ishak, Pegawai Pembangunan PPD Cameroon, bekas Pegawai ICT PPD Lipis - puas telefon tak jawab-jawab. Sibuk agaknya )

Kat sekolah lain, kawasan-kawasan kosong ditanam pokok bunga, tapi kat SMK Sultan Ahmad Shah Cameroon ni dia orang tanam sayur. (sesak-sesak tak ada sayur kat rumah bolehlah petik kat sekolah)

Sunday, January 23

Terima kasih

Terima kasih buat semua Ahli Jawatankuasa Kelab Staf PPD Lipis
sesi 2009 & 2010 di atas sumbangan ikhlas bagi menjayakan semua program yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2009 dan 2010.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi kalian jadi kenangan