Pages

Monday, May 30

Reunion NPQH (National Professional Qualification For Headship Programme) 2000

Salam untuk semua,

Pada 28 Mei 2016 (Sabtu) Kohort 2 NPQH 2000 telah mengadakan reunion di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland. Ini adalah perjumpaan pertama selepas 16 tahun menamatkan kursus NPQH di IAB. Terima kasih kepada sahabat-sahabat terutama Tuan Abidin (nombor 3 dari kanan - kini beliau adalah salah seorang pensyarah di IAB Genting) yang telah mengusahakan perjumpaan ini.

Sahabat rapat teman di IAB dan UPSI, saudara Zahar bin Senin (GPK Pentadbiran SK Pos Iskandar, Bera) dan Norhisham Shukur (Guru Besar SK Pendidikan Khas, Persekutuan Pulau Pinang)

Perjumpaan pertama ini berjaya mengumpul seramai 22 orang peserta kohort 2 kursus NPQH 2000. Semoga perjumpaan akan datang akan dihadiri lebih ramai lagi sahabat.

Salah satu acara reunion kali ini ialah solat Maqrib dan Isyak berjamaah serta bacaan Yassin yang disedekahkan kepada sahabat-sahabat yang terlebih dahulu pergi menemui maha Pencipta. Semoga tenanglah di sana sahabat kami Cikgu Rahman, Cikgu Dolhisham dan Cikgu Roslan.

Semoga perjumpaan ini mengeratkan lagi hubungan kita semua.

Bersama sahabatku Cikgu Sharifuddin (Guru Besar SK Kinchir) dan Cikgu Nasir (Guru Besar SK Shafiee, Bentong)

Dari kiri : Arzemi (Bahagian Pendidikan Swasta KPM), Sazali (Guru Besar SK Jalan Gurney 2), Rashid (SK Losong), Kamila (SK Parit Bakar Darat, Muar), Hendon (SK Paya Bungor) dan Siti Khajar (SK Tunku Bendahara)

Semoga ini bukan pertemuan terakhir kita...setinggi harapan agar Allah swt sentiasa menyediakan peluang dan ruang untuk kita bertemu lagi di masa-masa hadapan.

Seperti kata sahabat kita Cikgu Saloma dan Cikgu Hendon - Jawatan bukan segala-galanya. Seandainya kita belum dilantik memegang apa-apa jawatan pentadbiran, bukanlah bermakna kita tidak layak. Barangkali masanya belum tiba. Namun untuk menjadi pemimpin tidak semestinya kita perlu memegang jawatan kerana kepimpinan itu adalah berkaitan dengan karisma dan pembawaan diri. Di posisi manapun kita berada, seandainya ciri-ciri ini ada, in shaa Allah aura kepimpinan itu tetap dapat dilihat. Mengingatkan diri teman sendiri, tugas yang sedang dijawat sekarang ini adalah amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Menjayakan organisasi bukan kerja main-main. Tugas ini memerlukan kerja keras dan komitmen seratus peratus. Semoga kita graduan NPQH adalah pemberi contoh yang baik untuk generasi pemimpin akan datang.

Perjumpaan seterusnya, teman cadangkan di bandar nostalgia Tanjung Malim.

No comments: