Pages

Saturday, May 21

Sambutan Perayaan Hari Guru Daerah Lipis 2016

Salam untuk semua,


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Lipis diadakan pada 20 Mei 2016 (Jumaat) di Dewan SMK Setiawangsa.
Gambar dari kiri : En. Muhd Hasbi Ibrahim (GB SK Wan Ibrahim), En. Rani Akob (GB SK Penjom), En. Jasmawari Majid (GB SK Kuala Lanar), En. Borhan Long (GB SK Jeram Landak), teman dan En. Ab Yazi Juhat (GB SK Felda Kechau 1) - Mewakili MGB Lipis untuk acara membaca Ikrar Hari Guru

Sempat posing sebelum majlis bermula. Bersama En. Jasmawari Majid (Guru Besar SK Kuala Lanar) dan En. Borhan Long (Guru Besar SK Jeram Landak).

Persembahan tarian selamat datang oleh murid-murid sekolah rendah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.
Dari kiri : En. Zainal Abidin (Pengerusi MPSM Lipis), En. Ab Yazi (Pengerusi MGB Lipis), YB Dato' Hj. Abdul Rahman, En. Nor Ahmad (Ketua PPD Lipis) dan Tuan Haji Abdullah (Pengarah IPGMTAA).

Gimik perasmian

Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Guru dan Tokoh Guru 2016.

Setinggi tahniah kepada YH Dato' Wan Mustamam bin Wan Abd Hayat di atas pemilihan sebagai Tokoh Kepimpinan Guru dan Cikgu Habibah binti Mohd Amin kerana dinobatkan sebagai Tokoh Guru Daerah Lipis 2016.

Persembahan lagu 'Guru Malaysia' dan 'Guru Pembina Negara Bangsa' oleh pasukan koir yang terdiri daripada guru-guru daerah Lipis.

Bergambar bersama sahabat teman, Ramli bin Mokhtar (Guru Besar SK Aur Gading) sejurus selesai majlis.

Dikesempatan bertemu...dari kiri Cikgu Zakuan (SMKSW), En. Shukri (Pensyarah IPGMTAA), En. Hairunizam (Penyelia Hem PPDL), En. Aziz (Pengetua SMKPT) dan sahabat teman En. Shahnam Rashid (Pensyarah IPGMTAA)

Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Daerah Lipis 2016 pada 18 Mei 2016 di Dewan Dato' Haji Omar Osman Kuala Lipis.

Majlis dirasmikan oleh YH Dato' Hj. Ahmad bin Daud, Pegawai Daerah Lipis.
Dari kiri : En. Muzafar (GB SK Batu 9), En. Hairi (GB SK Merapoh), teman, En. Zainal (GB Lenjang) dan Tuan Haji Hamdan (Pengetua SMK Seri Lipis).


No comments: