Dah lama tak ke Bukit Fraser. Seingat teman kali terakhir pergi ke sini ialah pada tahun 2006. Emm...dah hampir 8 tahun tu. Barangkali banyak perubahan dah berlaku.
Haha...salah timing pulak. Pada hari Sabtu 14 Mac baru-baru ini, Bukit Fraser menjadi lokasi penamat Le Tour de Langkawi 2015 peringkat ketujuh dari Shah Alam ke Bukit Fraser. Sibuk sangat kat atas tu. Jalan utama di hadapan Hotel Puncak Inn ditutup. Semua kenderaan diminta belok kanan ke arah Hotel Shahzan Inn. Nak cari tempat untuk parking punyalah susah, so terpaksa terus hingga ke kawasan Paddock.
Namun hajat nak bergambar berlatarbelakangkan mercu tanda utama Fraser Hill iaitu menara jam tercapai juga. Cuma jauh berjalan kerana terpaksa parking kereta di kawasan Food Garden.
Cuaca agak panas mungkin fenomena ekuinoks kut. Kadang-kadang saja bila angin bukit bertiup terasa agak sejuk.
Bersama my youngest son, Ruzaini Imran dengan berlatarbelakangkan Glen Bungalow.
Waktu datang pada tahun 2006 dulu pun, di sekitar bungalow ini jugalah kami bergambar.
Susah pergi berjalan tak bawa jurufoto ni. Kenalah ambil gambar sendiri. Nak harapkan anak jantan sorang tu, tah ke mana perginya.
Bergambar di perkarangan Food Garden. Di bawah tu Masjid Sultan Mahmud.
Dah hilang pening memandu melalui jalan berliku-liku tu, bolehlah mengisi perut pula. Tak silap teman ada lebih kurang 6 restoran kat Food Garden ni. Ada masakan ala western dan ada masakan kampung. Bolehlah pilih ikut selera masing-masing. Cuma jangan terkejut, tak semua menu yang tertampal pada dinding restoran tu boleh dipesan. Alasan yang diberikan oleh pengusaha restoran ini ialah weekend ramai orang, tak sempat nak masak.
Kari kepala ikan, sotong dan kerabu pegaga...bolehlah.
Gambar lama...bersama anak sulung teman, Ikhwan Hariz di hadapan menara jam ketika berkunjung ke Bukit Fraser pada tahun 1999. Aduhai...slim sangat waktu ini.
Ini pula bersama anak bongsu teman, Ruzaini Imran sewaktu kunjungan pada tahun 2006. Dia tengah buat hal tu, asyik berdukung je ke sana ke mari.
Secara peribadi...walaupun dah 8 tahun berlalu sejak kali terakhir teman datang ke sini...kawasan percutian tanah tinggi yang ditemui oleh Louis James Fraser ini, tak banyak berubah. Rasanya Perbadanan Bukit Fraser perlu berbuat sesuatu untuk mempelbagaikan daya tarikan di sini.
Ok...Arigato gozaimasu
No comments:
Post a Comment