Pages

Friday, April 3

Kursus Perasa di AMSAS Kuantan

Salam buat semua...
31 Mac hingga 2 April baru-baru ni, teman dikehendaki menghadiri Kursus Perasa (Pembimbing Rakan Sekerja) Pengetua dan Guru Besar Baharu Peringkat Negeri Pahang 2015 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Kalau tak silap teman, jumlah peserta kursus lebih kurang 42 orang.

Bersama sahabat teman, En. Shawaluddin Abu, Guru Besar SK Kampung Raja, Cameroon Highlands. Dulu beliau sama-sama bertugas dengan teman di PPD Lipis.

Tugasan pertama kami dalam kursus ini ialah membina kumpulan. Cari nama, logo dan moto kumpulan. Sticker berwarna-warni kat tepi tu, kami terpaksa mencari di sekeliling tempat kursus ini...ada markah tu.

Ahli kumpulan SEMPOI...dari kiri, Rofizan (Pengetua SMK Shahbandar Raub), Rosli, Amir, Abu Kasim, Chang (Pengetua SMK Sungai Ruan), Juwita (Pengetua SMK Bageng), Munawarah dan teman.

Salah satu aktiviti sepanjang kursus ini ialah melaksanakan tugasan kebajikan.

Kumpulan kami memilih untuk menziarahi rumah warga emas yang miskin di Pantai Sepat, Kuantan. Kebetulan salah seorang daripada ahli kumpulan kami kenal warga emas ini.

Nama warga emas ini ialah Maimunah tetapi beliau lebih dikenali sebagai Tok Konek (haha..lain macam je). Umurnya sudah menjangkau 95 tahun. Namun kelihatan masih sihat dan daya ingatannya juga baik. Beliau tinggal seorang diri sahaja di rumah ini. Dianugerahkan 6 orang anak tetapi empat daripadanya telah meninggal dunia. Kami memberi sedikit keperluan dapur serta wang belanja kepada beliau.

Singgah warung GOPIS di Tanjung Lumpur pekena goreng pisang cheese.

Hari terakhir kursus...menerima sijil penyertaan daripada Tuan Haji Karim, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, JPN Pahang.

Ok...Arigato gozaimasu

No comments: