Tika ini, saya sedang menghadiri Mesyuarat Post Mortem Penempatan Tingkatan 1 dan Sekolah Rancangan Khas di Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands. Semua Penolong PPD Menengah Pahang terlibat. Mesyuarat ini bagi membincangkan isu-isu yang timbul semasa penempatan pelajar Tingkatan 1 dan Sekolah Rancangan Khas. Diharapkan mesyuarat ini dapat memantapkan proses penempatan pelajar-pelajar agar tiada lagi isu yang timbul. Setiap tahun penempatan pelajar ke Tingkatan 1 dan SRK sentiasa menimbulkan masalah kepada kami di PPD.
.
Pernah satu ketika saya dituduh sebagai zalim oleh seorang penjaga hanya kerana tidak membenarkan anak beliau memasuki Sekolah Rancangan Khas. Waktu itu saya betul-betul dalam dilema sama ada ingin memenuhi hasrat penjaga tersebut atau mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya memutuskan untuk berpegang kepada syarat-syarat yang telah digariskan kerana kalau saya langgar yang ini, maka saya terpaksa langgar yang lain-lain juga. Untuk berpegang kepada keputusan ini, maka terpaksalah saya bertegang urat dengan penjaga tersebut. Semuanya berakhir dengan beliau menyatakan hasrat untuk membawa kes tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya tidak menyalahkan penjaga tersebut. Ibu bapa mana tidak mahu melihat anak-anak berjaya. Hati siapa tidak tersentuh melihat seorang bapa dengan cucuran airmata cuba meyakinkan betapa anak beliau layak dan patut ditempatkan di sekolah terbaik dalam daerah. Namun, syarat-syarat yang kita cipta pula menjadi batu penghalang kepada hasrat murni tersebut. Waktu itu, saya sangat berharap agar syarat-syarat kemasukan ke SRK dapat dilonggarkan sedikit agar lebih ramai yang berpeluang. Harapan saya termakbul juga apabila pada tahun berikutnya, syarat taraf warganegara telah dilonggarkan. Kalau sebelum ini, syarat warganegara dikenakan ke atas pelajar dan kedua ibu bapa, namun mulai tahun 2010 hanya pelajar sahaja disyaratkan warganegara Malaysia. Kepada penjaga dan pelajar berkenaan, sesungguhnya tiada niat untuk menzalimi sesiapa...cuma saya terpaksa membuat pilihan antara amanah dan simpati.
Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah mempengerusikan mesyuarat. Semoga mesyuarat ini akan dapat menetapkan garis panduan yang jelas berkaitan penempatan pelajar-pelajar ke Tingkatan 1 dan SRK.
Sahabat-sahabat yang turut hadir. En. Bakri (Maran) dan En. Mahadzir (Temerloh).
Cantik juga landscape Hotel Heritage ini. Dua hari kat sini hujan tak henti-henti. Kalau tak lebat pun, pasti gerimis.
* Penjaga tersebut telah membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi dan telah berjaya. Kini anak beliau sedang belajar di salah sebuah SRK daerah ini. Saya tumpang gembira.
Yang Terbaik Seharusnya Berada di Tempat Yang Terbaik.
Yang Terbaik Seharusnya Berada di Tempat Yang Terbaik.
No comments:
Post a Comment