Pages

Friday, July 27

Majlis Berbuka Puasa Staf PPD Lipis

Petang semalam, bertempat di Asrama Pusat Sungai Kerpan telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Staf PPD Lipis. Alhamdulillah, ramai juga yang dapat hadir. Ada yang datang bersama keluarga dan ada juga yang solo. Solo pun sololah, asalkan dapat datang. Bukan apa, ini majlis kita, kalau kita sendiri tak sokong...siapa lagi? Bagi yang tidak dapat datang, barangkali mereka punya kepentingan lain. Jika umur panjang Ramadhan tahun depan, bolehlah kita sama-sama hadir. 
Sementara menunggu waktu berbuka tu, sempat jugalah buat tahlil ringkas. Juadah yang disediakan oleh 'abang Is' amat menyelerakan. Apa-apa pun tahniah kepada Pengerusi serta semua Ahli Jawatankuasa Kelab Staf di atas penganjuran majlis berbuka ini. Semoga dengan adanya majlis-majlis seumpama ini, ikatan ukhwah sesama kita selaku rakan organisasi akan lebih mantap.
.

"Separuh daripada kejayaan kita adalah sumbangan daripada orang lain. Oleh itu, hargailah mereka"

 Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Saifulzaman
.
Anak teman nie, dah lapar dah agaknya. Matapun tak berapa nak buka.
 .
 Ini gelas yang keberapa Encik Hassan?

Petang nie menu apa agaknya? Minggu lepas anak-anak nak bakar ayam. Ikut jugalah kehendak mereka maklumlah yang kecik tu dah 2 tahun puasa penuh. Harap-harap tahun nie pun begitulah. Hem...rasa-rasanya kena jenguk bazar Ramadhan nie.

Bior bebudak membakar ayam...ada la bahagian yang tak berapa masak. Nasib baik ada backup ikan pari bakar. Kalau tak...mau terkilan berbuka puasa hari pertama.

Friday, July 20

Ramadhan Al Mubarak


Kelaparan suatu manifestasi perjuangan untuk keutuhan iman,
terungkap jutaan kemaafan atas apa jua detik yang mengguris perasaan.

Buat semua penziarah dan perayau yang singgah ke laman blog ini, saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini memberi kita peluang serta ruang untuk beribadat seikhlas mungkin dalam mencari keredhaan Ilahi. 

Tuesday, July 17

Gerimis di Cameron


Tika ini, saya sedang menghadiri Mesyuarat Post Mortem Penempatan Tingkatan 1 dan Sekolah Rancangan Khas di Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands. Semua Penolong PPD Menengah Pahang terlibat. Mesyuarat ini bagi membincangkan isu-isu yang timbul semasa penempatan pelajar Tingkatan 1 dan Sekolah Rancangan Khas. Diharapkan mesyuarat ini dapat memantapkan proses penempatan pelajar-pelajar agar tiada lagi isu yang timbul. Setiap tahun penempatan pelajar ke Tingkatan 1 dan SRK sentiasa menimbulkan masalah kepada kami di PPD. 
.
Pernah satu ketika saya dituduh sebagai zalim oleh seorang penjaga hanya kerana tidak membenarkan anak beliau memasuki Sekolah Rancangan Khas. Waktu itu saya betul-betul dalam dilema sama ada ingin memenuhi hasrat penjaga tersebut atau mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Akhirnya, saya memutuskan untuk berpegang kepada syarat-syarat yang telah digariskan kerana kalau saya langgar yang ini, maka saya terpaksa langgar yang lain-lain juga. Untuk berpegang kepada keputusan ini, maka terpaksalah saya bertegang urat dengan penjaga tersebut. Semuanya berakhir dengan beliau menyatakan hasrat untuk membawa kes tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
.
Saya tidak menyalahkan penjaga tersebut. Ibu bapa mana tidak mahu melihat anak-anak berjaya. Hati siapa tidak tersentuh melihat seorang bapa dengan cucuran airmata cuba meyakinkan betapa anak beliau layak dan patut ditempatkan di sekolah terbaik dalam daerah. Namun, syarat-syarat yang kita cipta pula menjadi batu penghalang kepada hasrat murni tersebut. Waktu itu, saya sangat berharap agar syarat-syarat kemasukan ke SRK dapat dilonggarkan sedikit agar lebih ramai yang berpeluang. Harapan saya termakbul juga apabila pada tahun berikutnya, syarat taraf warganegara telah dilonggarkan. Kalau sebelum ini, syarat warganegara dikenakan ke atas pelajar dan kedua ibu bapa, namun mulai tahun 2010 hanya pelajar sahaja disyaratkan warganegara Malaysia. Kepada penjaga dan pelajar berkenaan, sesungguhnya tiada niat untuk menzalimi sesiapa...cuma saya terpaksa membuat pilihan antara amanah dan simpati

Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah mempengerusikan mesyuarat. Semoga mesyuarat ini akan dapat menetapkan garis panduan yang jelas berkaitan penempatan pelajar-pelajar ke Tingkatan 1 dan SRK.

Sahabat-sahabat yang turut hadir. En. Bakri (Maran) dan En. Mahadzir (Temerloh).

Cantik juga landscape Hotel Heritage ini. Dua hari kat sini hujan tak henti-henti. Kalau tak lebat pun, pasti gerimis.

* Penjaga tersebut telah membuat rayuan ke peringkat yang lebih tinggi dan telah berjaya. Kini anak beliau sedang belajar di salah sebuah SRK daerah ini. Saya tumpang gembira.
Yang Terbaik Seharusnya Berada di Tempat Yang Terbaik.

Thursday, July 12

Kem 1Murid 1Sukan di Kampung Lalang

Tengah hari tadi saya meluangkan masa menemani Tuan Timbalan PPD, En. Hamdan bin Harun ke Majlis Perasmian Penutupan Kem 1Murid 1Sukan yang diadakan di Pusat Kokurikulum Kampung Lalang. Kem 1Murid 1Sukan ini telah bermula pada hari Selasa, 10 Julai yang lalu dan berakhir pada hari ini. Seramai 78 orang murid daripada 20 buah sekolah rendah telah dipilih untuk menyertai kem ini. 28 orang guru turut terlibat sebagai guru pengiring dan fasilitator program. Program yang diterajui oleh En. Azlan bin Abd Rahman, Penyelia Sukan PPD Lipis ini diharapkan dapat menanam semangat berdikari dan kerjasama dalam kalangan murid-murid. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat bagi menjayakan program ini.

 Sedap makan ramai-ramai weh...(Macam berbuka puasa kat padang MPK Kuantan la pula)
.
 En. Hamdan Harun menyampaikan ucapan perasmian penutup. 
Bila beliau menyentuh tentang obesity, ramai dalam kalangan guru-guru yang mula meraba perut masing-masing. Hem...kalau agak-agak dah overweight tu, kena la bawa-bawa exercise. (Cikgu Lukman Hakim katanya beli basikal mahal tapi tak nampak pula menunggang. Tah, tah buah perhiasan kat rumah je nie)
.
Penyampaian sijil kepada para peserta.

Monday, July 9

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Pagi tadi, warga Pejabat Pelajaran Daerah Lipis telah menyertai acara Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan yang telah diadakan di Dewan SMK Setiawangsa. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu turut dihadiri wakil Jabatan Pelajaran Pahang, En. Halimi bin Ghazali , Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid SMK Setiawangsa di atas kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga dengan program seumpama ini, warga pendidikan daerah Lipis lebih sihat dan cergas bagi menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang.

 Sebahagian staf PPD Lipis yang mengambil bahagian dalam acara senamrobik ini.
(Senamrobik ke senamrobot nie...keras semacam je)

.
Murid-murid dan guru-guru SMK Setiawangsa memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan program sempena pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan ini.
(Hai...ustaz Am, orang semua ke kiri, nape ustaz ke kanan lak ni?)

Monday, July 2

my explanation


Minggu lepas, satu aduan telah dibuat ke atas diri saya selaku Ketua Unit Pengurusan Sekolah dan Encik Hussaini bin Haji Ibrahim iaitu pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengambilan guru ganti. Pengadu telah membuat aduan ke KPM mengatakan kami tidak membenarkan pengambilan guru ganti atas dasar peruntukan telah habis dan keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk kepada JPN. Kami diberi tempoh 7 hari untuk menjawab pertuduhan ini.
.
Sebelum saya menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengadu. Aduan pengadu itu menjadi titik tolak untuk saya melihat semula secara menyeluruh sistem pengurusan guru ganti yang kami praktikkan selama ini. Sistem ini telah digunapakai semenjak tahun 2008 lagi iaitu semasa saya memegang jawatan Pegawai Khas KGSK. Sebelum ini tiada masalah yang timbul. Namun setelah munculnya aduan ini, maka mahu tidak mahu sistem ini perlu disemak dan sebarang kelemahan perlu dibaiki. Insyaallah...dalam mesyuarat pengurusan yang akan datang, saya akan bentangkan perubahan-perubahan yang akan dilakukan terhadap sistem pengambilan guru ganti ini. Jika nanti perubahan-perubahan tersebut sedikit menyulitkan pihak sekolah, saya minta maaf. Bukan bermaksud saya ingin melepas geram tetapi itulah yang sepatutnya saya lakukan sejak dahulu lagi. Mungkin selama ini kita menggunakan kaedah 'anak beranak' di mana hanya dengan satu panggilan telefon sahaja guru ganti sudah boleh mengajar di sekolah.
.
Pernah suatu ketika, seorang Guru Besar menghubungi saya pada pukul 8.45 malam memaklumkan seorang guru beliau telah selamat bersalin anak kedua dan beliau bertanyakan kepada saya bolehkah guru ganti diambil? Saya minta lima minit kepada beliau untuk menyemak baki peruntukan (saya sentiasa membawa pulang laptop ke rumah). Lima minit kemudian saya menelefon Guru Besar tersebut dan memaklumkan bahawa peruntukan masih ada dan dia boleh mengambil guru ganti. Keesokan harinya, ketika saya menelefon semula Guru Besar tersebut untuk membuat conformation, Guru Besar tersebut memberitahu saya bahawa guru ganti itu sudah datang mengajar. Surat permohonan guru ganti, surat cuti bersalin dan resume guru ganti tersebut hanya sampai kepada saya dua minggu kemudian.
.
Pendekatan ini telah melompat beberapa prosidur yang sepatutnya dilakukan dahulu. Namun, atas kepercayaan dan keyakinan bahawa segala-galanya akan berjalan dengan baik, maka prosidur-prosidur wajib ini telah dikemudiankan. Hari ini, cara yang digunakan itu telah mendedahkan diri saya kepada kekhilafan. Sistem yang kelihatan cekap pada mulanya akan usang juga akhirnya. Oleh itu, cara baru perlu difikirkan agar relevan dengan situasi semasa.

Bagi memastikan urus tadbir yang berkredibiliti, maka dengan moto efisien dan dinamik (cekap dan pantas) kami telah membangunkan perisian SisGanti 1.0 menggunakan kemudahan Microsoft Excell.
.
Menjadi hasrat kami di Unit Pengurusan Sekolah untuk melihat daerah Lipis cemerlang dalam pencapaian akademik. Untuk cemerlang, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berjalan dengan baik iaitu guru mengajar dan murid belajar. Untuk itu, kami seboleh mungkin memastikan setiap kelas ada guru untuk mengajar. Atas sebab itulah maka kami 'merelakan' proses pengambilan guru ganti melompat beberapa prosidur bagi memastikan kekosongan guru di sekolah dapat diisi dengan seberapa segera yang boleh. Dan itulah yang kami lakukan selama ini. Pihak kami juga tiada pilih kasih dalam melayan semua permohonan guru ganti daripada sekolah-sekolah di bawah tanggungjawab kami. Semua adalah sama dan semua sekolah adalah penting.  Untuk memastikan keadilan berlaku maka kami terpaksa melaksanakan First-come, first-served. Bagi yang terkemudian hakikat perlu diterima bahawa ‘rezeki anda belum ada’.
.

Kami berpegang teguh bahawa peruntukan yang diturunkan kepada kami adalah punca kuasa untuk meluluskan pengambilan guru ganti. Atas sebab itulah maka pada bulan Januari 2012 tiada sekolah dibenarkan mengambil guru ganti kerana peruntukan hanya turun pada 1 Februari 2012. Kami juga akan menangguhkan pengambilan guru ganti apabila peruntukan yang diberi itu habis dibelanjakan. Walaupun kami ada memohon peruntukan tambahan daripada JPN, namun selagi peruntukan itu tidak diturunkan maka kami tidak 'berani' untuk meluluskan permohonan sekolah untuk mendapatkan guru ganti. Pendekatan ini diambil bagi memastikan kami tidak berbelanja melebihi peruntukan yang dibenarkan. Menyedari betapa pentingnya pengawalan kewangan guru ganti ini, maka semua urusan termasuk menyediakan surat lantikan, mendapatkan tanda tangan PPD serta membuat salinan photostat dilakukan sendiri oleh pegawai. Walaupun agak leceh, namun inilah kepuasan bekerja yang kami perolehi bagi menjamin proses p&p di sekolah berjalan lancar.
.

Ada yang berkata, eloklah aduan ini dibuat...biar menggelepar sikit orang PPD.
Orang PPD tu, siapa? Saya seorang sahaja. Pegawai-pegawai lain tidak akan rasa apa-apa kerana ini bukan bidang tugas mereka. Selepas saya benarkan urusan guru ganti ini berlanjutan sehingga di luar waktu pejabat hingga kadang-kadang mengganggu my personal life dan jika ini belum cukup memuaskan hati semua orang...sukar untuk dibayangkan 'pengorbanan' yang bagaimana lagi perlu dilakukan.

Bagi pasukan bola sepak yang salah seorang pemain dibuang padang kerana mendapat kad merah, mereka terpaksalah berjuang juga dengan jumlah pemain yang kurang daripada pihak lawan. Pemain yang tinggal terpaksa bekerja lebih sedikit bagi mengimbangi kekosongan yang ditinggalkan oleh rakan mereka itu. Namun kita sering melihat bagaimana pasukan yang kurang pemain ini akhirnya muncul sebagai pemenang. Segalanya bergantung kepada pengurus, jurulatih dan kapten pasukan. Kita boleh sentiasa mengeluh, guru tidak cukup, opsyen guru tidak betul, guru tidak pandai mengajar, bilik darjah uzur dan macam-macam lagi. Namun percayalah tiada apa-apa yang akan berubah dengan asyik mengeluh.
.

" Kebijaksanaan seseorang bukan ditentukan oleh gulungan ijazah yang diperolehinya, melainkan ditentukan oleh cara bagaimana dia berfikir "
...Dr. D.J. Schwartz (The Magic Of Thingking Big)