Pages

Sunday, April 17

Mesyuarat di City Villa Hotel

Pada 13 hingga 15 April 2011 yang lalu, saya telah menghadiri Mesyuarat Verifikasi Data Selepas Penempatan Guru Pahang di Hotel City Villa, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut sepatutnya dihadiri oleh En. Shamsudin Basir yang memangku tugas PPPDR selepas persaraan En. Ibrahim bin Aziz. Walau bagaimanapun pada tarikh tersebut beliau terpaksa ke Terengganu kerana menghadiri mesyuarat Pendidikan Swasta. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini Data Operasi Sekolah Rendah (DOSR) yang berakhir pada 21 Mac 2011. Ketika bermesyuarat di Kuala Lumpur ni, saya mendapat berita baik bahawa jawatan PPPDR yang kosong selepas persaraan En. Ibrahim Aziz telah diisi. Pegawai yang akan mengisi jawatan tersebut ialah En. Zakaria bin Samah, Penyelia Pengurusan Prasekolah / Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Raub. Beliau dinaikkan pangkat dari DGA32 ke DGA34. Alhamdulillah...selepas ni tak payahlah saya kena mengganti lagi.

Sebahagian PPPDR yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Dia orang ni, walaupun dah menghampiri usia bersara, namun masih cekap menguruskan data. Terutama En. Abidin, PPPDR Maran dan En. Ramlan, PPPDR Rompin yang begitu cekap menguruskan data access.


Mesyuarat di pengerusikan oleh Encik Wan Mohd Tarmizi bin Wan Hassan, Penolong Pengarah (Pengurusan Data). Turut bersama beliau ialah En. Mohamad Adnan bin Mohamed Nafis, Penolong Pengarah (Pengurusan Guru)


Kesempatan bermesyuarat di hotel City Villa ini juga digunakan untuk meraikan Encik Zainureen bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Pahang yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 1 April 2011.

No comments: