Bangunan baru PPD Lipis yang terletak di belakang SMK Setiawangsa dalam proses pembinaan. Mengikut jangkaan awalnya, bangunan ini akan diserahkan kepada PPD Lipis pada bulan September 2010, namun atas beberapa sebab tarikh penyerahan itu ditunda ke bulan Januari 2011. Kedudukan di atas bukit bakal menyerlahkan keindahan bangunan ini dan sesuai dengan fungsinya yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan pendidikan daerah ini. Semoga dengan terbinanya bangunan baru ini akan memberi lebih keselesaan kepada pegawai dan staf PPD Lipis dalam melaksanakan tugas masing-masing. Guru-guru dan masyarakat keseluruhannya akan lebih mudah berurusan tanpa perlu bersesak-sesak mencari parking.Wednesday, July 21
Bangunan Baru PPD Lipis
Bangunan baru PPD Lipis yang terletak di belakang SMK Setiawangsa dalam proses pembinaan. Mengikut jangkaan awalnya, bangunan ini akan diserahkan kepada PPD Lipis pada bulan September 2010, namun atas beberapa sebab tarikh penyerahan itu ditunda ke bulan Januari 2011. Kedudukan di atas bukit bakal menyerlahkan keindahan bangunan ini dan sesuai dengan fungsinya yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan pendidikan daerah ini. Semoga dengan terbinanya bangunan baru ini akan memberi lebih keselesaan kepada pegawai dan staf PPD Lipis dalam melaksanakan tugas masing-masing. Guru-guru dan masyarakat keseluruhannya akan lebih mudah berurusan tanpa perlu bersesak-sesak mencari parking.Sunday, July 18
Sambutan Hari Guru 2010
Pada 17 Julai 2010 (Sabtu) telah berlangsung sambutan Hari Guru peringkat Daerah Lipis di SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis. Sambutan kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sambutan kali ini yang bercorakkan 'telematch' bertujuan mengeratkan tali siraturrahim dalam kalangan guru-guru. Setiap sekolah diwakili oleh empat orang peserta iaitu Pengetua atau Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan dua orang guru. Para peserta telah dibahagikan kepada 30 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 7 orang ahli. Acara sambutan dimulakan dengan senamrobik dan diikuti dengan paluan gong oleh Tuan Haji Basirun, PPD Lipis sebagai tanda bermulanya pertandingan. Terdapat 10 stesen (game) yang mesti dilalui oleh semua peserta. Pemenang tempat pertama hingga ke empat telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Tuan PPD pada akhir pertandingan. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Lipis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Guru kali ini. Terima kasih cikgu.
Instructor senamrobik (lincah betul dia orang ni, tak mampu nak ikut..)
Bersedia untuk melakukan senamrobik (steady lagi la...)
keras betul pinggang ni...
Baru setengah jam senamrobik, penat macam lari 400 meter
Acara mengikat tali (wisel dah ditiup, ada kumpulan masih mengikat lagi ni...tak aci betul)
Kumpulan 11 memang tak pandai menyumpit. Dapat 22 mata je... (Respect la kumpulan Cikgu Shakban, GB Betau dapat 68 mata)
Masa dah tamat weh...sudah-sudah le ikat tu.
Acara bulu tangkis...ada kumpulan satu pun tak masukTuesday, July 13
Lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor
Semua Pengetua Kanan / Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis
Tuan,
PENCALONAN NAMA UNTUK LANTIKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET DAN STOR
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan bahawa setiap organisasi di bawah seliaannya melantik Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor.
3. Sehubungan itu, tuan adalah diingatkan supaya menghantar nama-nama untuk lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor kepada Pejabat Pelajaran Daerah Lipis sebelum 27 Julai 2010. Borang lantikan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.mediafire.com/?tzumyzdzmunjmjz
3. Sehubungan itu, tuan adalah diingatkan supaya menghantar nama-nama untuk lantikan Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Stor kepada Pejabat Pelajaran Daerah Lipis sebelum 27 Julai 2010. Borang lantikan boleh dimuat turun melalui laman sesawang http://www.mediafire.com/?tzumyzdzmunjmjz
5. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Nota : Surat asal telah diletakkan di dalam 'pigeon-hole' pada 14 Julai 2010.
Bercuti di Cameron Highlands
Sabtu lepas (10 Julai 2010), ingin lari dari tekanan tugas yang agak mencabar dua minggu kebelakangan ini, saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highlands. Melalui jalan Pos Betau - Bertam Valley, perjalanan menjadi singkat jika dibandingkan menggunakan jalan Gua Musang - Lojing. Dari Kuala Lipis ke Ringlet cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Jalan ini sudah hampir 90 peratus siap cuma ada tempat-tempat tertentu berlaku tanah runtuh.
Saya memilih untuk menyewa hotel di pekan Brinchang supaya mudah untuk ke pekan sehari yang diadakan pada setiap petang Sabtu. Sementara menunggu untuk 'check in' saya membawa keluarga ke Kia Farm untuk melihat sayuran-sayuran dan buah-buahan segar yang dijual di situ. Bau jagung bakar dan cendawan goreng tepung betul-betul menyelerakan. Kedua-dua anak saya sangat suka makan cendawan goreng tepung dan strawberry coklat. Untuk mengelakkan jem, tepat pukul 1.00 tengah hari saya bertolak balik ke Brinchang.
Cuaca di Cameron tidak lagi sesejuk dahulu. Mungkin disebabkan pembangunan yang terlalu pesat dan pokok-pokok banyak ditebang. Bilik-bilik hotel pula tidak dilengkapi pendingin hawa, terasa juga panasnya. Namun, masalah utama di Cameron Highlands ini ialah tempat letak kereta. Kadang-kadang sampai empat lima kali pusing baru dapat. Majlis Daerah Cameron Highlands perlu memikirkan masalah ini kerana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, masalah ini akan menjadi betul-betul kritikal.
Tuesday, June 29
Jamuan Perpisahan Staf PPD Lipis
Pada 29 Jun 2010 (Selasa) bertempat di dewan Susuran Rasa telah diadakan majlis perpisahan sempena pertukaran 3 orang staf PPD Lipis. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam itu, bertujuan meraikan En. Ab Karim bin Abdullah, En. Wan Zohairi bin Wan Abd Hamid dan Cik Rohaya binti Alias. En. Ab Karim bertukar ke IPGM Tengku Ampuan Afzan sebagai pensyarah, En. Wan Zohairi bertukar ke SK Relong sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Cik Rohaya mendapat tawaran menjadi guru di SK Penjom. Majlis pada malam itu juga mengambil kesempatan meraikan En. Fikri dan Cik Nik Syamsina yang telah tamat praktikal di PPD Lipis selama 6 bulan. AJK Kelab Staf mengucapkan selamat berjaya di tempat baru kepada mereka yang bertukar.
Monday, June 28
Laporan Aset Dan Stor Suku Tahun Kedua 2010
SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR
Tuan,
PENGHANTARAN LAPORAN DATA ASET DAN STOR SUKU TAHUN KEDUA (APRIL-JUN) 2010 KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH LIPIS
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa saya telah diarahkan merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama daripada pihak tuan untuk mengemukakan laporan data aset dan stor suku tahun kedua (April-Jun) 2010 bagi sekolah tuan sebelum 6 Jun 2010 untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) bil. 2/2010, Jabatan Pelajaran Pahang.
3. Format laporan adalah seperti dalam Lampiran atau boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.mediafire.com/?gdm0tdme4tz . Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Pegawai Aset Pejabat Pelajaran Daerah Lipis.
4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
* Surat asal telah diletakkan di dalam "pigeon-hole" PPD Lipis pada 29 Jun 2010 (Selasa)
Thursday, June 10
Perjumpaan Guru-Guru SK Senderut dengan PPD Lipis
Murid-murid asli SK Senderut : Mampukah pendidikan menjamin masa depan yang lebih baik kepada mereka?Satu siri perjumpaan dengan guru-guru SK Senderut telah diatur sebagai salah satu langkah untuk mempertingkatkan prestasi murid-murid asli di sekolah berkenaan. Program yang diilhamkan oleh Tuan Haji Basirun (PPD Lipis) ini telah dimulakan dengan kumpulan pertama pada 9 Jun yang lalu. Daripada 6 orang guru yang disenaraikan, hanya 3 orang guru sahaja yang dapat hadir. Mereka ialah En. Kamarul Bahari, En. Mahasan dan En, Wan Airil. Tiga orang guru lagi tidak dapat hadir kerana telah bertukar sekolah mulai 1 Jun dan seorang guru telah melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa program perjumpaan ini ialah Membaca Diri (En. Rahmin bin Mahasan, Penolong PPD Pengurusan Sekolah), Audit Akademik (En. Hazimin bin Nordin, Penolong PPD Bahasa), Konsultasi Aur (En. Rushdan bin Nordin, Kaunselor) dan Sesi Bersama Timbalan PPD Lipis (En. Hamdan bin Harun). Diharapkan program ini diterima baik oleh guru-guru SK Senderut dan menjadi penjana ke arah meningkatkan kecemerlangan di sekolah berkenaan. Semoga usaha kita ini diberkati Allah dan akhirnya kecemerlangan yang kita cari itu, akan muncul jua. Kepada wira pendidik di SK Senderut, titis keringat kalian yang tumpah dalam usaha menjayakan manusia ini akan sentiasa dihargai.
"Lakukanlah apa yang kita dibayar untuk melakukannya"

Monday, May 31
Program Peningkatan Kualiti Kepimpinan & Pengurusan
Pada 24 dan 25 Mei 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat SMV Sultan Haji Ahmad Shah Kuala Lipis telah berlangsung Program Peningkatan Kualiti Kepemimpinan dan Pengurusan Pengetua & Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Lipis. Program selama 2 hari itu turut dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JPP. Antara Ketua-Ketua Sektor yang turut hadir ialah En. Zainuren (KSPS), En. Jalani (KSPA), Tuan Haji Mohd Nor (KSPI), Pn. Hajah Zabedah (KSJK) dan En. Jamal Musa (KSP&K). Pada malam 24 Mei telah diadakan Jamuan Memaknakan Rasa sempena meraikan Tuan Haji Abdul Hamid (Timbalan Pengarah) yang akan bersara pada bulan Julai nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)








