Pages

Tuesday, July 13

Bercuti di Cameron Highlands

Sabtu lepas (10 Julai 2010), ingin lari dari tekanan tugas yang agak mencabar dua minggu kebelakangan ini, saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highlands. Melalui jalan Pos Betau - Bertam Valley, perjalanan menjadi singkat jika dibandingkan menggunakan jalan Gua Musang - Lojing. Dari Kuala Lipis ke Ringlet cuma mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja. Jalan ini sudah hampir 90 peratus siap cuma ada tempat-tempat tertentu berlaku tanah runtuh.
Saya memilih untuk menyewa hotel di pekan Brinchang supaya mudah untuk ke pekan sehari yang diadakan pada setiap petang Sabtu. Sementara menunggu untuk 'check in' saya membawa keluarga ke Kia Farm untuk melihat sayuran-sayuran dan buah-buahan segar yang dijual di situ. Bau jagung bakar dan cendawan goreng tepung betul-betul menyelerakan. Kedua-dua anak saya sangat suka makan cendawan goreng tepung dan strawberry coklat. Untuk mengelakkan jem, tepat pukul 1.00 tengah hari saya bertolak balik ke Brinchang.
Cuaca di Cameron tidak lagi sesejuk dahulu. Mungkin disebabkan pembangunan yang terlalu pesat dan pokok-pokok banyak ditebang. Bilik-bilik hotel pula tidak dilengkapi pendingin hawa, terasa juga panasnya. Namun, masalah utama di Cameron Highlands ini ialah tempat letak kereta. Kadang-kadang sampai empat lima kali pusing baru dapat. Majlis Daerah Cameron Highlands perlu memikirkan masalah ini kerana sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, masalah ini akan menjadi betul-betul kritikal.

No comments: