Salam untuk semua,
HARI PERTAMA
Sempena cuti labour day baru-baru ini, teman sekeluarga mengambil peluang bercuti ke negeri Terengganu Darul Iman. Bertolak dari Kuala Lipis pada hari Sabtu 30 April 2016, jam 8.00 pagi. Teman memilih perjalanan melalui Felda Aring, Tasik Kenyir dan Kuala Berang, sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 2.00 petang. Check in hotel dan berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti petang.
Pantai Teluk Ketapang
Destinasi pertama di bumi Darul Iman ini ialah Pantai Teluk Ketapang yang terletak berhampiran Airport Sultan Mahmud. Jarak dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 12 kilometer. Selepas cross Jambatan Sultan Mahmud exit kanan menuju ke Seberang Takir. Ketika melalui kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng yang terkenal tu, kami singgah sebentar untuk membuat tempahan. Kalau nak beli keropok lekor kat sini memang kena buat tempahan sehari sebelum, kalau terus nak beli memang tak dapatlah.
Sejurus sampai, terus ke kawasan food court Teluk Ketapang untuk alas perut dahulu. Pekena ikan celup tepung dan sotong goreng tepung. Banyak kedai makan kat sini tapi tak tau yang mana satu sedap. Kedai yang kita orang pilih tu ok juga...sotongnya crunchy dan tidak berminyak.
Dah kenyang tu, bolehlah beriadah di tepi pantai. Rasa free betul fikiran bila melihat pemandangan lautan yang luas saujana mata memandang, mendengar bunyi ombak serta tiupan angin yang kuat.
Di pantai ini, kita hanya boleh lepak-lepak dan bergambar sahaja. Aktiviti mandi-manda tidak dibenarkan kerana dasar laut yang tiba-tiba berubah menjadi dalam sangat berbahaya.
Pantai Teluk Ketapang sangat cantik terutama ketika matahari hampir tembenam apabila cahaya sekeliling menjadi kemerah-merahan. Namun yang tak cantiknya...terlalu banyak sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung yang tidak berdisiplin.
HARI KEDUA
Noor Arfa Craft
Pagi hari kedua di Kuala Terengganu, kami melawat Noor Arfa Craft. Banyak koleksi batik terdapat di sini. Ada yang murah dan ada yang mahal...ikut selera poketlah kalau nak bershoping kat sini.
Selain batik, terdapat juga barang-barang ukiran kayu dijual di sini.
Bagi yang berminat untuk melihat proses membuat batik boleh turun ke tingkat bawah komplek ini. Terdapat petugas-petugas yang akan menunjukkan kepada pengunjung cara-cara membuat corak batik sama ada teknik mengecap atau canting.
Taman Tamadun Islam River Cruise
Dari komplek Noor Arfa Craft kami terus ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Tujuan kali ini untuk menaiki TTI River Cruise. Kedatangan kali pertama dahulu, kami hanya sempat melawat monumen masjid sahaja.
Sabar menunggu giliran untuk membeli tiket. Harga bagi dewasa RM21.20 manakala untuk kanak-kanak RM15.90
Tepat jam 12.15 tengah hari, kami dibenarkan menaiki bot.
Bergambar dahulu sebelum memulakan pelayaran. Em...boleh jadi jurupandu bot ni...
Pelayaran di sepanjang muara sungai Terengganu ini mengambil masa hampir 45 minit. Banyak yang dapat dilihat sepanjang kiri dan kanan tebing sungai Terengganu ini. Bangunan-bangunan yang cantik, kapal-kapal dan bot-bot yang sedang berlabuh serta pulau-pulau kecil yang terdapat di tengah-tengah sungai.
Masjid Kristal dari dalam bot. Cuaca yang agak panas menyebabkan rasa kurang selesa berada lama dalam bot. Selesai menaiki TTI River Cruise ini, kami terus balik ke hotel untuk solat dan berehat sebelum menyambung aktiviti di sebelah petang nanti.
Keropok Losong
Sebelah petang ke Kampung Losong mencari keropok lekor. Petang-petang pekena keropok lekor dengan teh tarik memang terangkatlah.
Dahulu keropok lekor Losonglah yang terkenal. Kalau datang Terengganu mesti nak kena beli. Namun, sekarang Keropok Lekor Bukit Tok Beng yang mengungguli carta keropok lekor Terengganu.
Pantai Batu Buruk
Selesai menikmati keenakan keropok lekor Losong kami bersantai di Pantai Batu Buruk pula.
Ramai betul pengunjung kat pantai ini. Susah nak parking kereta. Ikut rezekilah, kebetulan lalu ada kereta keluar dapatlah parking. Pantai Batu Buruk pun sama dengan pantai Teluk Ketapang, tidak boleh mandi...bahaya.
HARI KETIGA
Mak Ngah Nasi Dagang
Hari terakhir di Kuala Terengganu, nak juga merasa nasi dagang Mak Ngah. Datang hari sebelum ni tak sempat nak merasa sebab dah habis. Maklumlah datang lewat hampir pukul 10.00 pagi. So kali ni datang awal sikit, pukul 8.00 pagi.
Alhamdulillah, ada rezeki hari ini. Pelangan pun belum ramai lagi...banyaklah meja yang masih kosong. Kedai Mak Ngah Nasi DÃ gang yang terletak selepas jambatan Sungai Ibai (dari bandar Kuala Terengganu) mula terkenal apabila keluar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Kalau nak makan kat sini mesti kena datang awallah, kalau lambat sama ada habis atau tak ada kerusi nak duduk.
Keropok Lekor Bukit Tok Beng
Sebelum bertolak balik, jangan lupa mengambil tempahan keropok lekor di Bukit Tok Beng.
Istimewa keropok lekor BTB ni ialah kita boleh minta supaya dikedap udarakan (kat sini dia orang panggil 'vacum' ). Namun charge tambahan sebanyak 50 sen dikenakan pada setiap pembungkusan. Teknik pembungkusan begini mengekalkan kualiti keropok lekor agar tidak mudah berair dalam perjalanan yang jauh.
Di belakang timbunan kayu api ini terdapat periuk-periuk besar yang digunakan untuk merebus keropok lekor.
Tasik Kenyir
On the way balik Lipis, singgah lunch kat Pengkalan Gawi, Kenyir Lake. Bila dah lapar ni, memang berseleralah makan.
Tak puas naik TTI River Cruise, naik Kenyir Lake Cruiselah pulak. Charge bergantung kepada jauh perjalanan dan lokasi yang akan dilawati. Kami memilih charge terendah iaitu RM150. Dua lokasi yang akan dilawati sepanjang pelayaran iaitu taman orkid dan taman rama-rama.
Destinasi pertama dah sampai...untuk masuk dikenakan bayaran RM5.
Terdapat pelbagai jenis spesis orkid di taman ini.
Selain spesis tempatan, terdapat juga spesis yang dibawa masuk daripada negara-negara Asean.
Dah siap melawat taman orkid, kami meneruskan pelayaran dengan bot ke destinasi kedua iaitu taman rama-rama.
Tiada charge dikenakan untuk masuk ke taman rama-rama.
Taman ini sangat sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak sekolah. Selain menimba ilmu menerusi info-info yang disediakan dalam taman ini, mereka juga boleh membuat kajian berkaitan pemakanan serta kitaran hidup rama-rama.
Selain rama-rama hidup, di taman ini juga terdapat rama-rama awet yang terdiri daripada pelbagai spesis.
Keindahan tasik Kenyir. Semoga pembangunan yang dirancang dan sedang dalam pembinaan diteruskan demi menjadikan tasik Kenyir sebagai salah satu lokasi pelancongan utama di negeri Terengganu.
Alhamdulillah...dah selesai xpdc tasik Kenyir. Kalau ada masa dan budget, bolehlah xplore lagi hingga ke santuary kelah.
...perjalanan pulang diteruskan.