Pages

Sunday, October 4

Mengail puyu

Salam untuk semua,


BENGKEL PRIME GURU BESAR BARU

Balik dari bercuti di kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, saya terpaksa mengikuti Bengkel PRIME untuk Guru Besar yang baru dilantik selama empat hari di Hotel Green Park, Temerloh.

Bengkel yang berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober 2015 ini memberi fokus kepada gaya kepimpinan dan pengurusan strategik sekolah. Semoga dengan ilmu yang ditimba sepanjang kursus ini, dapat memberi nilai tambah kepada strategi dan amalan pengurusan yang teman laksanakan di sekolah. In shaa Allah...setiap pengurus sekolah mengharapkan yang terbaik untuk sekolah masing-masing.

Haha...datang Temerloh ni memang tak dapat lari dari ikan patinlah. Em...di manakah hebatnya gulai masam tempoyak ikan patin Temerloh? Pada tempoyaknya kah atau pada ikan patinnya kah?

BALIK KAMPUNG CUTI RAYA HAJI

Cuti sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ni, saya sekeluarga mengambil peluang untuk pulang bercuti di kampung.

Bila balik kampung ni, mestilah nak kene pergi memancing. Haha...hobi setiap kali balik kampung.

Rezeki baik kali ni...banyak dapat ikan puyu. Padi baru lepas tuai, ikan puyu pakat lari masuk parit, senanglah nak memancing.

My mom...em, sedih tengok mak. Semenjak ayah meninggal tahun lepas, dia bagaikan keseorangan. Semoga kepulangan saya ini, mampu mengisi kekosongan hatinya.

DUA KENDURI KAHWIN

Menghadiri kenduri kahwin di rumah En. Hasraf, pegawai ronda Teras Padu Security Bhd. di Kampung Pagar Sasak pada 20 September 2015. Orang kat sini, daging tak masak kari, dia orang buat masak lemak serai...em, sedap juga weh.

Balik dari kenduri di Kampung Pagar Sasak, saya dan isteri singgah di SK Wan Ibrahim. Guru Besar, En. Hasami mengahwinkan anak. Bergambar dengan sahabat yang sama-sama mengajar di SK Penjom dulu, En. Muhammad Azmi bin Abdullah.

TAKLIMAT SKT & LNPT ONLINE (HRMIS)

Menghadiri taklimat SKT online di PPD Lipis. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari JPN Pahang. Che Lah Abu, sahabat teman semasa sama-sama menjawat jawatan Penolong PPD Menengah dulu sedang memberi taklimat.

Em...lepas ni semua penilaian LNPT akan dibuat secara atas talianlah pulak.
Perkembangan teknologi perlulah diikuti. Harap-harap minda teman ni, masih boleh terimalah perubahan-perubahan dalam ict ni.

PELANCARAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA MUKIM KECHAU

Pada 13 September telah berlangsung Majlis Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia Mukim Kechau di Kampung Pagar Sasak. Anak-anak SK Pagar Sasak turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan sempena majlis pelancaran ini.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku. Saya tunjuk muka je sekejap...pastu terpaksa berkejar untuk menghadiri mesyuarat di PPDLipis.

No comments: