Pages

Monday, October 26

Dari rakan sejawatan menjadi bos...

Salam untuk semua,


Majlis Meraikan Pertukaran Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Lipis

Pada malam 10 Oktober 2015, bertempat di Jeram Bechung, Kuala Medang telah diadakan majlis meraikan pertukaran Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis yang akan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah Bentong.


Teman bersama En. Muhd Hasbi Ibrahim (GB SK Berchang), En. Borhan Long (GB SK Jeram Landak), En. Rani (GB SK Kuala Telang) dan En. Jasmawari Idris (GB SK Kuala Lanar) antara yang turut hadir.   

Turut memeriahkan majlis ini ialah YB Dato' Seri Wan Rosdy, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Jelai, YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku, Tuan Kadi Daerah Lipis (tiada dalam gambar) dan En. Nor Ahmad bin Abd Rahim, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis yang baharu.

Kenangan akhir bermain bowling di Berjaya Megamall, Kuantan bersama Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin sebelum teman meninggalkan PPD Lipis untuk berkhidmat di SK Pagar Sasak. Kepada mantan bos teman ni, diucapkan selamat bertugas di tempat baharu. Semoga sukses selalu.

Program Perjumpaan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Bersama Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Lipis

Menghadiri perjumpaan pertama dengan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Lipis yang baharu, En. Nor Ahmad bin Abd Rahim pada 20 Oktober 2015 di Dewan Wacana Minda, PPD Lipis. Yang patah kan tumbuh, yang pergi kan berganti...

En. Nor (duduk nombor 4 dari kanan) adalah rakan sejawatan teman sewaktu bertugas sebagai Penolong PPD Pengurusan Sekolah Menengah dulu. Waktu itu beliau adalah Penolong PPD Menengah Pejabat Pendidikan Daerah Raub. Sebelum dilantik sebagai PPD Lipis beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan PPD Cameroon Highland dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Unit Pengurusan Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Pahang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...
(Info gambar : Mesyuarat Verifikasi Data Opmen di Hotel Felda Residensi Kuala Terengganu, Julai 2011)


Tahniah tuan di atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Lipis. Semoga semangat muafakat warga pendidikan Lipis yang tergambar waktu perjumpaan baru-baru ini, menjadi sokongan kuat kepada tuan untuk menerajui daerah bertuah ini ke arah kecemerlangan. Muafakat membawa berkat, berpecah membawa rebah.


Majlis Persaraan Guru Besar SK Penjom

Akan tiba masanya, bagi setiap penjawat awam untuk menamatkan khidmatnya apabila usia persaraan telah tiba.


Saya hadir ke SK Penjom pada 16 Oktober 2015 bersama beberapa orang Guru Besar lain untuk sama-sama meraikan majlis persaraan En. Rosmi bin Mohd Din yang akan bersara wajib mulai 18 Oktober ini. 

Kepada En. Rosmi, selamat menempuhi hari-hari persaraan. Semoga kejayaan yang telah dilakarkan di SK Penjom akan diteruskan oleh pengganti tuan nanti. Jasa bakti tuan akan sentiasa dikenang dan menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin akan datang.
(em...sebelah teman tu, bukan En. Rosmi ye, itu En. Hasbi, Guru Besar SK Berchang)

Sunday, October 11

Hari Sukan Negara 2015

Salam untuk semua,


Buat julung-julung kalinya Hari Sukan Negara telah diadakan di seluruh negara. Boleh dikatakan semua sekolah mengadakan program ini. Di sekolah teman, program ini diadakan dengan kerjasama JKKK mukim kechau. Terima kasih kepada Tn. Haji Mohd Sharif (Pengerusi JKKK Kg. Pagar Sasak), Tn. Haji Isa (Pengerusi JKKK Kg. Dada Kering), En. Zulkarnain (Pengerusi JKKK Kg. Sungai Mun), En. Ali Hanafiah (Pengerusi JKKK Kg. Melaka), En. Sayuti (wakil pondok polis Pagar Sasak), Cik Atiqah (Pegawai Pusat Internet 1Malaysia Mukim Kechau), semua penduduk mukim Kechau, AJK PIBG SK Pagar Sasak, guru-guru dan murid-murid di atas kerjasama yang telah diberi bagi menjayakan program ini.

Pendaftaran penyertaan ibu bapa serta masyarakat mukim Kechau. Alhamdulillah, ramai yang hadir untuk menyertai Hari Sukan Negara ni.

Hadiah untuk pemenang pertandingan dan cabutan nombor bertuah. Harap-harap bersemangatlah mengambil bahagian dalam acara yang diadakan.


Selepas aturcara perasmian diadakan acara senamrobik. Otai-otai kita ni bila dengar lagu 'aduh sakitnya tuh di sini'' terus buat gaya sendiri, tak ikut instruktur kat depan dah. Haha...I know what you did last summer.

Saya melepaskan golongan veteran untuk acara 1000 langkah. Cukup tak cukup 1000 langkah tak tau la...tak sempat nak kira.

Jalan je...tak payah nak lari-lari...nanti ada yang tak sampai check point.

Sambil berjalan tu bolehlah nikmati udara nyaman dan pemandangan yang menyejukkan mata.

Malu saya kat Tok Empat Kampung Pagar Sasak ni. Dia steady je berjalan...teman dah start nak mengah ni.

Selesai acara 1000 langkah diadakan pula acara perlawanan bola sepak bagi kaum lelaki dan sukaneka bagi kaum wanita. Bagi kedua-dua acara ini, para peserta dikehendaki memakai kain pelekat dan kain batik.

Saya menjadi penonton jelah...tak daya dah nak main. Penat berjalan pun tak habis lagi ni.

Gotong-royong guru-guru dan masyarakat kampung menyediakan juadah untuk makan tengah hari. Simple menu but delicious.

Menyampaikan hamper kepada semua kampung. Tok Empat Haji Isa..aok kenalah agih-agih kat anok-anok buah aok ye....

Terima kasih teman ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program HSN ini.

Sunday, October 4

Mengail puyu

Salam untuk semua,


BENGKEL PRIME GURU BESAR BARU

Balik dari bercuti di kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, saya terpaksa mengikuti Bengkel PRIME untuk Guru Besar yang baru dilantik selama empat hari di Hotel Green Park, Temerloh.

Bengkel yang berlangsung dari 28 September hingga 1 Oktober 2015 ini memberi fokus kepada gaya kepimpinan dan pengurusan strategik sekolah. Semoga dengan ilmu yang ditimba sepanjang kursus ini, dapat memberi nilai tambah kepada strategi dan amalan pengurusan yang teman laksanakan di sekolah. In shaa Allah...setiap pengurus sekolah mengharapkan yang terbaik untuk sekolah masing-masing.

Haha...datang Temerloh ni memang tak dapat lari dari ikan patinlah. Em...di manakah hebatnya gulai masam tempoyak ikan patin Temerloh? Pada tempoyaknya kah atau pada ikan patinnya kah?

BALIK KAMPUNG CUTI RAYA HAJI

Cuti sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ni, saya sekeluarga mengambil peluang untuk pulang bercuti di kampung.

Bila balik kampung ni, mestilah nak kene pergi memancing. Haha...hobi setiap kali balik kampung.

Rezeki baik kali ni...banyak dapat ikan puyu. Padi baru lepas tuai, ikan puyu pakat lari masuk parit, senanglah nak memancing.

My mom...em, sedih tengok mak. Semenjak ayah meninggal tahun lepas, dia bagaikan keseorangan. Semoga kepulangan saya ini, mampu mengisi kekosongan hatinya.

DUA KENDURI KAHWIN

Menghadiri kenduri kahwin di rumah En. Hasraf, pegawai ronda Teras Padu Security Bhd. di Kampung Pagar Sasak pada 20 September 2015. Orang kat sini, daging tak masak kari, dia orang buat masak lemak serai...em, sedap juga weh.

Balik dari kenduri di Kampung Pagar Sasak, saya dan isteri singgah di SK Wan Ibrahim. Guru Besar, En. Hasami mengahwinkan anak. Bergambar dengan sahabat yang sama-sama mengajar di SK Penjom dulu, En. Muhammad Azmi bin Abdullah.

TAKLIMAT SKT & LNPT ONLINE (HRMIS)

Menghadiri taklimat SKT online di PPD Lipis. Taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari JPN Pahang. Che Lah Abu, sahabat teman semasa sama-sama menjawat jawatan Penolong PPD Menengah dulu sedang memberi taklimat.

Em...lepas ni semua penilaian LNPT akan dibuat secara atas talianlah pulak.
Perkembangan teknologi perlulah diikuti. Harap-harap minda teman ni, masih boleh terimalah perubahan-perubahan dalam ict ni.

PELANCARAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA MUKIM KECHAU

Pada 13 September telah berlangsung Majlis Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia Mukim Kechau di Kampung Pagar Sasak. Anak-anak SK Pagar Sasak turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan sempena majlis pelancaran ini.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Mustafa Long, ADUN Padang Tengku. Saya tunjuk muka je sekejap...pastu terpaksa berkejar untuk menghadiri mesyuarat di PPDLipis.