Pages

Friday, July 31

Seronok d'kampung

Salam untuk semua,

Balik kampung kalau tak jalan-jalan bandar Alor Setar memang tak sah. Kebetulan orang umah ajak ke Pekan Rabu untuk beli ikan pekasam. Alang-alang dah ada kat Alor Setar tu, terus jelah ke Jalan Melayu, belakang Balai Polis untuk berselfie dengan mural Tun Dr. Mahathir Mohamad. Waktu teman sampai, ramai jugalah pengagum Tun M yang sedang mengambil gambar kat situ. Em...ingat nak bergambar juga dekat mural Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, puas pusing tak jumpa. Balik raya haji nantilah cari semula.

Berdekatan dengan mural Tun M itu, terletak Masjid Nagore Alor Setar. Sempat juga la teman bergambar kat pintu masuk masjid tu. Masjid ini terkenal sebagai masjid Mamak kerana dibina oleh orang-orang india muslim. Kalau pergi makan di restoran mamak sekitar kedah, perhatikan di kaunter bayaran mesti ternampak tabung mohon derma untuk masjid ini. Masjid ini bukanlah icon pelancongan seperti Masjid Zahir, namun tarikh pembinaannya iaitu pada 1881 menjadikannnya sebagai salah satu bangunan bersejarah di Alor Setar.


Tempat yang dituju, Pekan Rabu. Pekan Rabu telah berpindah buat sementara ke bangunan Ukir Mall di Jalan Sultan  Badlishah Alor Setar. Bangunan asal telah dirobohkan dan akan dibina bangunan yang lebih canggih untuk Komplek Pekan Rabu. Harap-harap tempat untuk parking kereta diperbanyakkan. Ruang jualan di Ukir Mall ini agak sempit sikit. Patut la hari tu ada peniaga yang protes tak nak pindah. Tak apa, sementara saja. Siap beli ikan pekasam kami pun bertolak balik ke rumah mak.

Kenduri Pelenggaq (pangkin)...setiap kali teman balik kampung mesti adik-beradik ajak buat makan-makan kat luar rumah, bawah pokok manggis.

Haha...berkelah beramai-ramai ni, membuka selera betul. Dua tiga kali jugalah teman menambah. Menu simple, kari ikan keli, ikan pekasam goreng, ikan kembong bakar dan sayur campur je.

Duduk makan macam ni, teringat kat arwah ayah teman. Sebelum-sebelum ni, dia pasti akan join bersama kami. Dengan tidak memakai baju dia akan duduk makan di hadapan teman. Em...semoga kau tenang di sana wahai ayah.

Lepas makan nasi, pekena durian pulak. Makan banyak durian kut, menyebabkan teman demam 3 hari waktu balik ke Lipis.

Permandangan sawah padi yang saujana mata memandang di belakang rumah mak teman. Kalau waktu matahari nak terbenam, lagi cantik permandangannya.

Pagi Selasa hari raya kelima, teman dan keluarga bertolak balik ke Lipis. Untuk mengelak jem, kami bertolak seawal pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar. Perjalanan balik hanya mengambil masa 9 jam saja berbanding 12 jam waktu teman balik ke Kedah hari tu. Cuma RnR saja yang agak crowded. Nasib baik ada bawa bekal...so makan bekal jelah kat bangku rehat yang disediakan.

Ok...arigato gozaimas


Friday, July 24

Hari Keluarga Ismail Hawa

As'salam buat semua,
Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin.


Petang Jumaat, selepas berhari raya di Lipis, teman dan keluarga bertolak balik ke Kedah. Walaupun hari raya, kereta tetap banyak di lebuhraya. Alhamdulillah selepas 11 jam memandu, teman dan keluarga selamat sampai sekitar pukul 12 tengah malam.
Keesokan harinya, teman menghadiri majlis hari keluarga Ismail Hawa (Tok dan Tok Wan sebelah ayah) yang diadakan di rumah mak teh teman.

Emm...post kali ni, teman nak kenalkan beberapa ahli keluarga teman. Berbaju Melayu hitam tu pak cik teman dan yang bersongkok pula ialah tuan rumah (Ani menantu mak teh)

Majlis dimulai dengan bacaan Yaasin dan tahlil.

Emm...dah boleh makan.

Hilang pantang...mee hoon sup gearbox. Haha...ubat kolestrol dah lama tak makan ni.

Abang arwah ayah teman...pak ngah.

Mak tam...baru sampai.

Mak jang dan pak jang teman...dua tahun lepas majlis hari keluarga ni buat kat rumah dia orang.

Berbaju putih tu abang teman, Abd Aziz dan yang baju kuning tu, abang ipar (orang nogori)

Baju coklat sedang pegang pinggan tu, kakak nombor tiga teman, Hasharoh. Isteri kepada abang ipar baju kuning di atas.

Ni adik teman, Roslan. Beza dua tahun je umur dia dengan teman. Dua perkara dia lebih daripada teman...anak dan uban. Berkupiah putih sebelah dia tu, pak su teman.

Dah nak balik...sempat anak-anak sedara ni berposing. Tudung purple kiri sekali tu, kakak sulung teman, Rohimin.

Friday, July 10

Iftar Ramadhan

Salam untuk semua,

Jamuan Iftar SJK (Tamil) Ladang Selborne

Pada 9 Julai baru-baru ini, teman telah menerima jemputan untuk majlis berbuka puasa yang dianjurkan olek SJK (Tamil) Ladang Selborne.

Iftar Ramadhan kali ini merupakan kali yang ke-6 dianjurkan oleh SJK (Tamil) Ladang Selborne. Setiap tahun, teman dijemput tetapi hanya tiga kali sahaja teman berkesempatan hadir.

Sesungguhnya teman merasa terharu di atas jemputan ini kerana walaupun tidak lagi bertugas di PPD Lipis tetapi tetap juga dipelawa hadir atas dasar sahabat.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada En. Kumarasamy (Guru Besar) serta semua staf SJKT Ladang Selborne kerana sudi menjemput teman. Sesungguhnya tiada kata yang dapat menggambarkan betapa tersentuh hati teman di atas keikhlasan sahabat nonmuslim menganjurkan majlis berbuka puasa untuk kami. Semoga persahabatan kita terus kukuh dalam membina negara Malaysia yang aman dan harmoni.

Iftar Ramadhan SK Pagar Sasak

Pada 6 Julai 2015, Kelab Staf SK Pagar Sasak telah menganjurkan majlis berbuka puasa di restoran Azmi Steam Fish, Kuala Lipis.

Hampir semua guru dan staf hadir memeriahkan majlis ini.

Setinggi penghargaan kepada AJK Kelab Staf di atas inisiatif yang diambil untuk mengadakan majlis ini. Semoga majlis seumpama ini dapat mengeratkan serta mengukuhkan ukhwah antara kita.

'Arigato gozaimasu'