Pages

Wednesday, March 18

Fraser's Hill

Dah lama tak ke Bukit Fraser. Seingat teman kali terakhir pergi ke sini ialah pada tahun 2006. Emm...dah hampir 8 tahun tu. Barangkali banyak perubahan dah berlaku.

Haha...salah timing pulak. Pada hari Sabtu 14 Mac baru-baru ini, Bukit Fraser menjadi lokasi penamat Le Tour de Langkawi 2015 peringkat ketujuh dari Shah Alam ke Bukit Fraser. Sibuk sangat kat atas tu. Jalan utama di hadapan Hotel Puncak Inn ditutup. Semua kenderaan diminta belok kanan ke arah Hotel Shahzan Inn. Nak cari tempat untuk parking punyalah susah, so terpaksa terus hingga ke kawasan Paddock.

Namun hajat nak bergambar berlatarbelakangkan mercu tanda utama Fraser Hill iaitu menara jam tercapai juga. Cuma jauh berjalan kerana terpaksa parking kereta di kawasan Food Garden.

Cuaca agak panas mungkin fenomena ekuinoks kut. Kadang-kadang saja bila angin bukit bertiup terasa agak sejuk.

Bersama my youngest son, Ruzaini Imran dengan berlatarbelakangkan Glen Bungalow.

Waktu datang pada tahun 2006 dulu pun, di sekitar bungalow ini jugalah kami bergambar.

Susah pergi berjalan tak bawa jurufoto ni. Kenalah ambil gambar sendiri. Nak harapkan anak jantan sorang tu, tah ke mana perginya.

Bergambar di perkarangan Food Garden. Di bawah tu Masjid Sultan Mahmud.

Dah hilang pening memandu melalui jalan berliku-liku tu, bolehlah mengisi perut pula. Tak silap teman ada lebih kurang 6 restoran kat Food Garden ni. Ada masakan ala western dan ada masakan kampung. Bolehlah pilih ikut selera masing-masing. Cuma jangan terkejut, tak semua menu yang tertampal pada dinding restoran tu boleh dipesan. Alasan yang diberikan oleh pengusaha restoran ini ialah weekend ramai orang, tak sempat nak masak.

Kari kepala ikan, sotong dan kerabu pegaga...bolehlah.

Gambar lama...bersama anak sulung teman, Ikhwan Hariz di hadapan menara jam ketika berkunjung ke Bukit Fraser pada tahun 1999. Aduhai...slim sangat waktu ini.

Ini pula bersama anak bongsu teman, Ruzaini Imran sewaktu kunjungan pada tahun 2006. Dia tengah buat hal tu, asyik berdukung je ke sana ke mari.

Secara peribadi...walaupun dah 8 tahun berlalu sejak kali terakhir teman datang ke sini...kawasan percutian tanah tinggi yang ditemui oleh Louis James Fraser ini, tak banyak berubah. Rasanya Perbadanan Bukit Fraser perlu berbuat sesuatu untuk mempelbagaikan daya tarikan di sini.

Ok...Arigato gozaimasu

Sunday, March 8

Cameron Lavender

Salam untuk semua,
Weekend baru-baru ni, teman sekeluarga merehat minda di Cameron Highlands. Selalu sangat datang ke Cameron ni, so kali ni, nak cuba cari lokasi yang belum pernah kami lawati. Waktu balik dari Kedah sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas, ketika menggunakan laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands teman ada terpandang satu tempat menarik selepas pekan Kuala Terla iaitu Lavender Garden. Nak cuba tengok, best tak tempat ni.

Kalau datang dari pekan Brinchang, Lavender Garden ini terletak selepas pekan kecil Tringkap. Untuk masuk ke tempat ini dikenakan bayaran iaitu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tempat parking di kiri dan kanan jalan serta kawasan lapang yang disediakan.

Walaupun tempat ini dinamakan Lavender Garden, bukanlah bermakna hanya bunga lavender je ada kat sini. Macam-macam jenis bunga ditanam di kawasan ini.

Bagi yang suka bergambar, inilah masanya...

Calourful view

Boleh self-picking bunga-bunga segar kat sini. Setiap bunga dikenakan bayaran RM2 sekuntum. Nak petik buah strawberries pun boleh, bayarannya RM10 untuk 200gm.

Kolam ikan kap...emm, besar-besar ikannya. Teringat ikan kap yang teman pelihara dalam aquarium di rumah suatu ketika dahulu.

Banyak permandangan menarik kat sini. Amboi, jauh benor berselfie.

Souviner Shops...bolehlah beli untuk buat kenang-kenangan.

Emm...dah letih berjalan, berehat sebentar. Kalau nak menjamu selera kat sini ada Lavender Cafe, cuma menunya teman tak berapa pasti kerana perut masih kenyang selepas pekena teh masala dengan roti sandwich di Restorant Bharat Tea Plantation waktu sampai tadi. Weekend macam ni, orang tak berapa ramai sangat tetapi kalau school holiday rasanya memang padat la tempat ni.

Ok...Arigato gozaimasu