Salam buat semua,
Program PPD yang pertama teman hadir sebagai Guru Besar. Taklimat Post Mortem UPSR 2014 dan Perancangan 2015 di Dewan SMK Seri Lipis. Target 2015 yang dicadangkan untuk SK Pagar Sasak ialah 2 orang 5A, 80.98% lulus dan GPS 2.12. Jika melihat kepada TOV 2015, gerun juga teman nak menghadapinya, tiada 5A, lulus cuma 23.8% dan GPS 3.4. Namun setelah berbincang dengan guru-guru dalam mesyuarat kecemerlangan baru-baru ni, teman rasa target PPD itu tidak mustahil untuk dicapaikan. Strategi perlu disusun dengan segera dan komitmen semua guru amat diharapkan. Insyaallah...PASAK mampu berjaya!
Pada tengah hari 21 Januari, telah diadakan majlis meraikan dua orang insan yang banyak berjasa kepada SKPS. Mereka ialah Tuan Haji Ishak bin Mohamad, mantan Guru Besar yang bertukar ke SK Relong dan Encik Zamree bin Mohd Noor, guru pemulihan yang dilantik sebagai GPK Pentadbiran SK Betau.
Lawati blog SKPS untuk melihat lebih banyak gambar
Majlis bagi meraikan pertukaran ini, sengaja teman cadangkan diadakan di sekolah SKPS sahaja. Tujuannya untuk memberi peluang kepada murid-murid serta barisan kepimpinan setempat untuk turut meraikan pertukaran Tuan Haji Ishak dan Cikgu Zamree. Terima kasih kepada Penghulu Mukim Kechau, Encik Azhar, Ketua-Ketua Kampung, Tuan Imam dan ahli jawatankuasa PIBG kerana sudi hadir.
Terima kasih Tuan Haji Ishak di atas peninggalan yang terbaik untuk teman. Keceriaan persekitaran, fasarana boleh guna dan budaya kerja terpimpin menyenangkan tugas teman seterusnya. Mungkin teman perlu memberi fokus kepada pencapaian akademik agar SKPS mampu merealisasikan visi untuk menjadi sekolah terbaik daerah Lipis 2015.
Kalau diikutkan hati, biarlah Cikgu Zamree terus kekal di SKPS. Seorang guru yang berkomitmen dan berkemahiran tinggi. Namun demi perjalanan kerjaya beliau, SKPS perlu merelakan beliau pergi. Selamat maju jaya di lokasi baharu.
Pada pagi 21 Januari, telah diadakan acara merentas desa. Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam acara ini. Terima kasih kepada semua guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan kedua-dua program ini.
Trek merentas desa agak becak kerana hujan turun malam semalam. Ini barulah mencabar, meredah hutan dan ladang kelapa sawit.
Majlis penyampaian hadiah kepada yang berjaya. Murid Tahap 1 je yang banyak menang ni. Murid-murid Tahap 2 dah tak ada stamina.
Pada 23 Januari pula telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul. Walaupun program ini dilaksanakan secara sederhana sahaja, diharapkan mampu menimbulkan rasa cinta terhadap Rasulullah dalam setiap jiwa anak-anak murid SK Pagar Sasak.
Terima kasih kepada Ustaz Sahar yang telah menyampaikan ceramah bertajuk 'Cintai Rasulullah dan Cintai Al-Quran'. Teknik penyampaian ustaz sangat sesuai untuk anak-anak sekolah, semua dapat memberi perhatian walaupun ceramah beliau hampir 1 jam.
Idea untuk mengadakan program ini timbul setelah teman terbaca cerita ini dalam FB seorang rakan :
Suatu hari
Rasulullah saw bertanya : "siapakah hamba Allah swt yang mulia?"
sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah " sahabat menjawab :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia" Rasulullah saw tersenyum
lalu berkata: "ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia" para
sahabat terdiam lalu berkata : "adakah kami yang mulia itu ya
Rasulullah?" Rasulullah saw berkata ; " tentulah kalian mulia, kalian
dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku
maksudkan.. Rasulullah saw menundukkan wajahnya, baginda saw menitiskan air mata
sehingga membasahi pipi dan janggutnya yang mulia lalu berkata… "wahai
sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku,
mereka terlalu mencintai Allah swt Dan Rasulnya tahukah kalian… mereka tidak
pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi
mereka sangat rindu kepadaku ; saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT
RINDU PADA MEREKA… MEREKALAH UMATKU!