Pages

Friday, October 19

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis

Pada 16 hingga 18 Oktober 2012 yang lalu, bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis Bilangan 3/2012.
Mende agaknya dalam beg selepang En. Hamid, Pengetua Merapoh nie ye?

En. Mohd Khairil Heng Abdullah, Penyelia Cemerlang Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Pahang sedang menyampaikan ceramah berkaitan New Deal. Kelako juga orangnya En. Khairil nie...ramai juga Pengetua dan Guru Besar yang jadi sasaran sindiran beliau.

Minum pagi selepas hampir 2 jam mendengar ceramah.

Melepas tension...riadah ukhwah bermain bowling di ibowl Hotel Crystal Crown Kepong. Tahniah kepada En. Haidzir masih mengekalkan keunggulan selepas menjadi juara di Megalink Berjaya Megamall, Kuantan tahun lalu. Syabas buat Pengetua SMKA Al-Ittihadiah dan Pengetua SMK Kerambit kerana berjaya membuat penampilan untuk pertama kalinya.

Baling betul-betul Haji...malu kita kalau kalah dengan Ina. Habis satu pejabat tahu nanti.

Guru Interim

Pagi 16 Oktober 2012, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, saya dan En. Zakaria terlebih dahulu menghadiri taklimat dan majlis penyerahan surat lantikan Guru Interim yang diadakan di PPD Kuantan. Sekolah menengah Lipis dapat 5 orang. Seorang opsyen fizik, manakala yang lainnya Bahasa Inggeris.

Inilah wajah-wajah guru muda yang berkhidmat sebagai Guru Interim di negeri Pahang. Semoga mereka akan memberi komitmen tinggi kepada tugas-tugas mendidik di sekolah nanti.

Majlis Jasamu Dikenang & Lambaian Kasih
buat En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang

11 Oktober 2012 merupakan hari terakhir En. Yahya Zainal Abidin bertugas sebagai Pengarah Pelajaran Pahang. Beliau akan bercuti untuk ke tanah suci Mekah dan seterusnya bersara wajib. En. Rosdi, Timbalan Pengarah sedang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada En. Yahya.

Majlis bagi meraikan persaraan beliau telah diadakan di perkarangan Jabatan Pelajaran Pahang.

Mesyuarat Sekolah Orang Asli Pahang

Pada 9 Oktober 2012, PPD Lipis telah dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Sekolah-Sekolah Orang Asli Pahang bagi membincangkan isu mengapa murid-murid asli tidak menduduki peperiksaan UPSR. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Rosdi, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.

No comments: