Pages

Wednesday, December 28

Monologue from room 306

Disember 28, Room 306, Carnation Hotel Kuantan
Tomorrow i will meet the director of education. A problem has occurred and someone to become anggry. He said i did not act professionally. I feel a bit disturbed by the words. I hope to meet the director tomorrow and this problem can be resolved quickly. Sometimes good intentions lead to bad situations.

Selamat datang Tuan Haji Misnan bin Mohd Damin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis yang baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Basirun bin Abdulah Hasim. Tuan Haji Misnan sebelum ini ialah Timbalan PPD Bentong. Semoga di bawah kepimpinan tuan haji nanti, daerah Lipis akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan mampu bersaing dengan daerah-daerah lain di negeri Pahang ini.

Sesi bersama Pegawai Pelajaran Daerah Lipis yang baru telah diadakan pada 27 Disember 2011.

Tuan Haji Misnan mengambil kesempatan bertemu buat kali pertama dengan semua Pengetua dan Guru Besar untuk menetapkan halatuju serta visi beliau terhadap masa depan PPD Lipis. Semoga seluruh warga pendidikan daerah Lipis akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada tuan haji bagi menjamin kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

Pada 23 Disember yang lalu, saya bersama keluarga sempat juga pulang menjenguk keluarga di kampung (Jitra, Kedah). Kalau nak diikutkan sibuk, memang tak merasalah saya nak bercuti. Namun mengenangkan sudah lama tak pulang melawat mak dan ayah, maka kesempatan cuti Krismas baru-baru nie saya baliklah juga. Tapi memang tak tenteram nak bercuti, telefon saya sentiasa saja berdering. Nak tak jawab, bimbang juga kalau-kalau panggilan penting. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lipis ke Kedah pun fikiran saya tidak dapat lari daripada memikirkan beberapa masalah yang timbul di pejabat. Semua ini, begitu mencabar daya tahan mental dan fizikal saya. Saya diasak betul-betul ke sempadan. Hanya keyakinan bahawa apa yang berlaku ini adalah dugaan Allah semata-mata maka, saya masih mampu bertahan ( gambar : anak bongsu saya di salah sebuah gerai makanan berhadapan pasaraya Yawata, bandar Darulaman)

When The Light Are Closed

Dah hampir sebulan saya membuka dan menutup lampu pejabat. Apa maknanya tu? Hem...bukan kerana orang yang sepatutnya melakukan tugas itu tidak melaksanakan tugasnya. Tetapi itulah gambaran kesibukan yang saya alami sekarang. Semakin hampir sesi persekolahan 2012 hendak bermula, semakin sibuk saya dibuatnya. Masuk kerja pukul 7.15 pagi dan balik pukul 5.30 petang dah jadi kebiasaan pula, itupun rasanya masih tak cukup masa nak selesaikan semua perkara. Setiap hari ada je masalah baru muncul yang perlu diselesaikan. Bila berurusan dengan manusia, inilah situasi yang terpaksa dihadapi. Setiap petang ketika menutup lampu pejabat...terasa tak sabar nak datang semula esok. Kalau boleh nak pastikan semua keinginan serta harapan semua orang tercapai. Kepada yang masih kecewa dengan keputusan yang sudah dibuat setakat ini, percayalah bahawa kami di Unit Pengurusan Sekolah sedang melakukan yang terbaik untuk anda semua.

No comments: