Pages

Wednesday, December 28

Monologue from room 306

Disember 28, Room 306, Carnation Hotel Kuantan
Tomorrow i will meet the director of education. A problem has occurred and someone to become anggry. He said i did not act professionally. I feel a bit disturbed by the words. I hope to meet the director tomorrow and this problem can be resolved quickly. Sometimes good intentions lead to bad situations.

Selamat datang Tuan Haji Misnan bin Mohd Damin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis yang baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Basirun bin Abdulah Hasim. Tuan Haji Misnan sebelum ini ialah Timbalan PPD Bentong. Semoga di bawah kepimpinan tuan haji nanti, daerah Lipis akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan mampu bersaing dengan daerah-daerah lain di negeri Pahang ini.

Sesi bersama Pegawai Pelajaran Daerah Lipis yang baru telah diadakan pada 27 Disember 2011.

Tuan Haji Misnan mengambil kesempatan bertemu buat kali pertama dengan semua Pengetua dan Guru Besar untuk menetapkan halatuju serta visi beliau terhadap masa depan PPD Lipis. Semoga seluruh warga pendidikan daerah Lipis akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada tuan haji bagi menjamin kejayaan cemerlang pada masa hadapan.

Pada 23 Disember yang lalu, saya bersama keluarga sempat juga pulang menjenguk keluarga di kampung (Jitra, Kedah). Kalau nak diikutkan sibuk, memang tak merasalah saya nak bercuti. Namun mengenangkan sudah lama tak pulang melawat mak dan ayah, maka kesempatan cuti Krismas baru-baru nie saya baliklah juga. Tapi memang tak tenteram nak bercuti, telefon saya sentiasa saja berdering. Nak tak jawab, bimbang juga kalau-kalau panggilan penting. Sepanjang perjalanan dari Kuala Lipis ke Kedah pun fikiran saya tidak dapat lari daripada memikirkan beberapa masalah yang timbul di pejabat. Semua ini, begitu mencabar daya tahan mental dan fizikal saya. Saya diasak betul-betul ke sempadan. Hanya keyakinan bahawa apa yang berlaku ini adalah dugaan Allah semata-mata maka, saya masih mampu bertahan ( gambar : anak bongsu saya di salah sebuah gerai makanan berhadapan pasaraya Yawata, bandar Darulaman)

When The Light Are Closed

Dah hampir sebulan saya membuka dan menutup lampu pejabat. Apa maknanya tu? Hem...bukan kerana orang yang sepatutnya melakukan tugas itu tidak melaksanakan tugasnya. Tetapi itulah gambaran kesibukan yang saya alami sekarang. Semakin hampir sesi persekolahan 2012 hendak bermula, semakin sibuk saya dibuatnya. Masuk kerja pukul 7.15 pagi dan balik pukul 5.30 petang dah jadi kebiasaan pula, itupun rasanya masih tak cukup masa nak selesaikan semua perkara. Setiap hari ada je masalah baru muncul yang perlu diselesaikan. Bila berurusan dengan manusia, inilah situasi yang terpaksa dihadapi. Setiap petang ketika menutup lampu pejabat...terasa tak sabar nak datang semula esok. Kalau boleh nak pastikan semua keinginan serta harapan semua orang tercapai. Kepada yang masih kecewa dengan keputusan yang sudah dibuat setakat ini, percayalah bahawa kami di Unit Pengurusan Sekolah sedang melakukan yang terbaik untuk anda semua.

Monday, December 19

Majlis Selaut Budi Segunung Intan

Petang tadi berlangsunglah Majlis Selaut Budi Segunung Intan yang bertujuan meraikan guru-guru yang telah bertungkus lumus dalam meningkatkan kecemerlangan UPSR 2011 daerah Lipis. Majlis ini merupakan kerjasama antara Jabatan Pelajaran Pahang dengan JASA negeri Pahang. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang dan En. Rosdi, Timbalan Pengarah. Majlis yang bermula jam 3.00 petang ini telah diadakan di Hotel Lipis Centrepoint.


En. Yahya sedang menyampaikan ucapan. Bangga betul melihat Pengarah kita menggunakan kemahiran it untuk menambah nilai ucapan beliau. Kalau guru-guru di sekolah juga mengambil langkah yang sama semasa mengajar di dalam kelas, sudah tentulah murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar.

di meja utama


Sebahagian Guru Besar dan guru-guru yang hadir. Semoga ucapan yang disampaikan oleh Pengarah dan Pegawai JASA negeri akan dapat membuka mata kita semua. Semoga pada tahun 2012 ini kita akan dapat bersama-sama menggembling tenaga dan usaha agar UPSR Lipis tidak lagi di tangga tercorot.

Thursday, December 15

Penempatan Murid ke Sekolah Rancangan Khas

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford

SMK Seri Lipis


Alhamdulillah...penempatan murid ke Sekolah Rancangan Khas (SRK) di daerah Lipis telah selesai dijalankan pada 5 hingga 8 Disember yang lalu. Insyaallah keputusan penempatan akan dapat diketahui pada 19 Disember ini menerusi laman sesawang www.moe.gov.my/esemak . Pihak sekolah rendah telah diminta menyemak keputusan permohonan semua murid sekolah masing-masing dan mencetak surat tawaran penempatan. Surat tawaran penempatan itu, hendaklah disampaikan kepada semua murid supaya mereka dapat mendaftar di sekolah berkenaan pada 3 Januari nanti. Bagi daerah Lipis, seramai 185 orang pelajar telah ditempatkan di SMK Clifford dan 105 orang di SMK Seri Lipis. Bagi yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan secara online menerusi e-Rayu.

Monday, December 5

Rekreasi Ukhwah

Pada 29 November hingga 1 Disember baru-baru ini telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Pengetua-Pengetua Daerah Lipis di Hotel Megaview, Kuantan. Sebagai riadah, pihak urusetia telah menganjurkan pertandingan bowling yang melibatkan semua Pengetua dan Pegawai-Pegawai PPD Lipis. Ada dalam kalangan Pengetua yang tidak pernah bermain bowling tetapi mereka tetap sporting untuk mencuba buat kali pertama. Berbagai aksi lucu dapat dilihat, ada yang baling asyik masuk longkang saja. Nasib baik kali ni tak ada hadiah untuk ratu atau raja longkang, kalau tidak pastilah dia yang menang. Hem...dalam bergembira bermain tu, yang pentingnya matlamat merapat ukhwah antara Pengetua-Pengetua dan Pegawai-Pegawai PPD Lipis tercapai. Semoga dengan hubungan baik yang terbina ini, banyaklah urusan kita yang dapat dibereskan dengan sebaik mungkin.

Siapa agaknya yang menang nie?

Tak sangka no...Haji Harun (Pengetua SMV SHAS) pun boleh dapat tempat keempat.

Juara kita...En. Haidzir (Pengetua SMK Clifford).