Pages

Sunday, August 17

Karnival Sekolah Rancangan Khas Pahang 2008

Pada 15 hingga 17 Ogos yang lalu telah berlangsung Karnival Sekolah Rancangan Negeri Pahang 2008 di Sekolah Menengah Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin. Saya hadir mewakili Unit Pengurusan Sekolah PPD Lipis yang dilantik sebagai urus setia karnival tersebut. Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini telah disertai oleh 22 buah Sekolah Rancangan Khas di seluruh Pahang. Beberapa aktiviti telah dijalan sepanjang kernival ini. Antaranya ialah, perlawanan bola baling, woodball, petange, pidato, public speaking, puisidra, luqbah, tulisan jawi, hafazan dan buletin ict.

Sempena karnival ini, pihak Jabatan Pelajaran Pahang juga mengambil kesempatan melancarkan Bulan Sambutan Merdeka yang diadakan pada malam 16 Ogos. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang selaku mewakili Dato' Pengarah yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu. Antara atur cara pada malam tersebut ialah ucapan Pengerusi Pengelola Karnival, Penolong PPD Rompin, ucapan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, nyanyian lagu-lagu asli, syair, sajak dan puisidra.

Majlis Penutupan rasmi telah diadakan pada pagi Ahad, 17 Ogos. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JP Pahang. Beliau seterusnya sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan. Selesai majlis penutupan, semua peserta karnival telah dijamu dengan kenduri yang telah dilaksanakan secara gotong-royong.

Berikut adalah Johan pertandingan yang diadakan :

1. Bola Baling (Lelaki) : SMK Muadzam Shah, Rompin
2. Bola Baling (Perempuan) : SMK Alor Akar, Kuantan
3. Woodball : SMK Seri Bera, Bera
4. Petange (lelaki) : SMK Jengka Pusat, Maran
5. Petange (Perempuan) : SMK Seri Bentong, Bentong
6. Pidato (Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
7. Pidato (Perempuan) : SMK Seri Bentong, Bentong
8. Public Speaking (Lelaki) : SMK Muadzam Shah, Rompin
9. Public Speaking (Perempuan) : SMK Alor Akar, Kuantan
10. Puisidra : SMK Muadzam Shah, Rompin
11. Luqbah : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
12. Tulisan Jawi (Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
13. Tulisan Jawi (Perempuan) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
14. Hafazan(Lelaki) : SMK Agama Pahang Muadzam Shah, Rompin
15. Hafazan (Perempuan) : SMKPPP Tun Razak, Jerantut
16. Buletin ICT : SMK Muadzam Shah, Rompin

Pasukan-pasukan dari Lipis hanya memenangi tempat kedua dalam acara woodball lelaki, ketiga dalam public speaking Lelaki dan tempat kedua dalam acara buletin ict. Tahniah kepada yang telah berjaya. Berjumpa lagi dalam Karnival SRK Pahang 2009.

No comments: