Pages

Tuesday, July 8

Taklimat KGSK

Semalam, 7 Julai 2008 satu taklimat tentang KGSK telah diadakan di dewan mesyuarat Wacana Minda, PPD Lipis pada pukul 2.30 petang. Taklimat ini diadakan sempena Mesyuarat Penetapan Kelayakan Guru Sekolah-Sekolah Menengah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengetua-Pengetua dan Penolong Kanan-Penolong sekolah-sekolah menengah daerah Lipis.
Taklimat ini bertujuan memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah tentang latar belakang KGSK dan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah. Dalam taklimat ini juga, dibincangkan beberapa isu yang timbul sepanjang pelaksanaan program KGSK di daerah ini. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah :

i) Gaji lewat diterima oleh ahli-ahli KGSK
ii) Tiada opsyen yang sesuai dengan permintaan
iii) Ahli KGSK enggan bertugas di sekolah-sekolah yang memerlukan.
iv) Pihak sekolah lebih suka kepada guru-guru bukan pesara
v) Guru KGSK berhenti menjadi ahli.

Isu-isu ini dibincangkan bagi mencari langkah-langkah penyelesaian agar program KGSK ini dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah turut disarankan mengambil beberapa tindakan bagi menambah ahli KGSK di kawasan berhampiran dengan sekolah. Ini memandangkan ada sekolah yang tidak berpeluang mendapatkan khidmat guru KGSK kerana tiada ahli KGSK yang sanggup pergi ke sekolah tersebut kerana jauh. Setakat ini, ahli KGSK lebih tertumpu di kawasan bandar Kuala Lipis sahaja. Oleh itu, hanya sekolah-sekolah di kawasan bandar sahaja yang mendapat nikmat pelaksanaan program ini. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ialah :

i) Menyebarluas iklan keahlian KGSK di tempat awam
ii) Menyalurkan maklumat KGSK kepada pesara guru
iii) Menghubungi guru-guru bersara
iv) Menolong guru-guru bersara mengisi borang keahlian dan menghantar borang tersebut ke PPD.

Diharapkan, program KGSK di daerah ini dapat dimantabkan lagi pada masa-masa akan datang.

No comments: