Pages

Thursday, July 10

Surat Permohonan Guru Ganti

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua Pembantu Tadbir Sekolah atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyediakan surat permohonan guru ganti diharapkan dapat menyertakan maklumat lengkap tentang guru yang diganti di dalam surat tersebut. Antara maklumat-maklumat yang perlu ada ialah :

(contoh)

Nama Pegawai Yang Diganti : Rohaya binti Ahmad
No. Kad Pengenalan : 670428-06-6533
Jawatan : PPPLD
Skel Gaji : DGA32
Sebab Penggantian : Cuti Bersalin Anak Pertama
Tarikh Cuti : 11.06.2008 hingga 09.08.2008

Jika pihak sekolah sudah mempunyai calon pengganti guru berkenaan, sila nyatakan maklumat tentang guru ganti tersebut :

( Contoh )

Nama : Mohd Ali bin Sulaiman
No. Kad Pengenalan : 850403-06-5410
Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia
Tarikh Melapor Diri : 12.06.2008

Bersama surat permohonan tersebut hendaklah disertakan sekali dengan salinan Surat Akuan Tarikh Bersalin dan (jika sekolah mengemukakan calon pengganti) salinan kad pengenalan serta sijil-sijil berkaitan yang disahkan. Bagi guru ganti lepasan ijazah, sekiranya mereka belum menghadiri Majlis Konvokesyen, Surat Perakuan Senat boleh diterima sebagai syarat untuk pelantikan mereka.

* sila catatkan " U. P. : Mohd Fazli bin Abd Hamid, Pegawai Khas KGSK" pada surat dan sampul supaya surat tersebut terus sampai di atas meja saya. Kerjasama tuan / puan sesungguhnya amat dihargai.

No comments: