Pages

Monday, December 12

Percutian Keluarga di Negeri Sabah

Salam untuk semua,


Pada 6 hingga 9 Disember yang lalu, teman sekeluarga telah pergi bercuti di negeri Sabah. Dua lokasi yang menjadi pilihan ialah Kota Kinabalu dan Ranau.

KLIA 2 (Kuala Lumpur International Airport 2 )

Berlepas ke Kota Kinabalu dengan penerbangan Airasia menerusi terminal KLIA 2 pada pagi 9 Disember 2016.

Bergambar sejurus sebelum berlepas pada jam 7.30 pagi.

Kota Kinabalu

Alhamdulillah...selamat sampai di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) selepas mengharungi perjalanan hampir 2 jam lebih.

Destinasi pertama setelah menjejak kaki di KK ialah makan tengah hari di D' Malindo Restoran.

Kena seleralah masakan di restoran ni. Semangkuk sup percuma kepada setiap pelanggan merupakan amalan restoran-restoran di Sabah.

Check in di Marina Court Resort & Condominium

Pasar Kota Kinabalu...barang-barang yang dijual macam kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Filipino Market...lokasi wajib bila melawat KK.

Bolehlah beli butang baju melayu dan kerongsang mutiara sebagai souviner kepada sedara mara dan sahabat handai.

Petang di Tanjung Aru untuk melihat matahari jatuh. Malang sekali, awan agak tebal, jadi tak ada rezekilah nak tengok.

Fresh from the sea...em, besar betul udang-udang kat sini...mau kene go out ni.

Rezeki...ada orang belanja makan seafood malam pertama di KK.

Em...sungguh menyelerakan. Terima kasih kepada insan yang berhati mulia.


The Upside Down House of Borneo, Tamparuli

Hari pertama di KK bawa kereta pandu sendiri. Susah dan buang masa memandu di lokasi yang kita tidak mahir. Hari kedua terpaksa dapatkan van dan pemandunya sekali. Terima kasih Zul (kanan sekali) yang tahan dengan kerenah ahli rombongan. Puashati dengan pemandu ni, semua tempat sanggup pergi.

Destinasi lawatan pertama pada hari kedua di Sabah ialah Upside Down House in Borneo di Tamparuli.

Haha...bukan rumah je yang terbalik, kereta pun terbalik juga.

Bersama my wife and youngest son, Imran. Jangan pasu bunga tu jatuh atas kepala dahlah.


Jambatan Gantung Tamparuli

On the way to Ranau, singgah untuk melihat Jambatan Gantung Tamparuli.

Gayat juga weh...bergegar bila berjalan.

Kalau baca sejarah jambatan ni, ngeri juga ye. Seorang gadis cantik telah ditanam hidup-hidup dalam lubang pertama untuk mendirikan tiang jambatan ini. Ritual ini katanya untuk menenangkan penunggu sungai.

Sungai Moroli Fish Massage

Selepas makan tengah hari di bandar Ranau, terus ke Sungai Moroli di Kampung Luanti untuk melihat ikan-ikan jinak.

Em...ini bukan massage, ini menggigit namanya. Kalau yang tak tahan atau geli dengan gigitan ikan ni, memang tak berani turunlah.

Ikan jinak ini dari jenis ikan pelian dan kelah.

Makanan untuk diberi kepada ikan-ikan ini boleh dibeli di kaunter sebelum masuk ke kawasan sungai.


Air Panas Poring, Ranau

Selesai massage di Kampung Luanti, bolehlah berendam air panas di Poring.

Teman tengok-tengok je...malas pulak nak tukar pakaian.

Persekitaran alam semulajadi yang menarik di Poring.

Dream World Resort, Kundasang

Cantik sungguh pemandangan di kaki Gunung Kinabalu.

Sejuk macam kat Cameroon Highlands
Pagi yang ceria

Dari Dream World Resort ni dapatlah memerhati keseluruhan pekan Kundasang dan Gunung Kinabalu.

Bagi yang ingin melawat Kundasang, eloklah bermalam di sini. Saat paling mengagumkan ialah waktu bangun pagi melihat gunung Kinabalu tersergam indah.

Desa Dairy Farm, Kundasang

Sebelum balik semula ke bandar KK, melawat dulu Desa Dairy Farm, Kundasang.

Cool and green...macam pemandangan kat Holland ada lembu tampuk hitam putih.

Sampai sini, jangan lupa merasa aiscream yogurt.


Nexus Resort & Spa Karambunai

Balik dari Ranau terus ke Nexus Resort & Spa, Karambunai.

Halus betul pasir-pasir kat pantai Karambunai ni.


Hari Terakhir di Kota Kinabalu


Check out hotel Promenade Kota Kinabalu.

Selesailah percutian 4 hari 3 malam di Sabah...ready to go home.

Menunggu pesawat di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) untuk pulang ke semenanjung.

Ku tinggal Sabah Negeri Di Bawah Bayu dengan seribu kenangan...entah bila akan ke sini lagi.

Thursday, December 8

Langkawi

Pada 28 November yang lalu, mengikuti rombongan Prasekolah Daerah ke Langkawi. Menunggu feri di Kuala Perlis.

Bersama rakan setugas sewaktu di PPD Lipis dahulu, En. Saipuddin menunggu untuk menaiki bot di Kilim Geoforest Park.

Bersedia untuk menjelajah khazanah alam di Kilim Geoforest Park.

Menunggu untuk menaiki Langkawi Cable Car.

Sebelum menaiki kereta kabel, masuk ke 3D Skyrex dulu.

Amboi cikgu Azam siap berdoa tu.

Di puncak Gunung Mat Cincang bersama sahabatku Saipuddin Zainuddin (mantan Penyelia Pendidikan Khas & Prasekolah) dan Mat Busu (Guru Besar SK Budu).

Majlis Meraikan Persaraan En. Saipuddin bin Zainuddin, mantan Penyelia Pendidikan Khas & Prasekolah PPD Lipis. En. Nor Ahmad bin Abd Rahim, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis menyampaikan cenderamata penghargaan.

Bergambar beramai-ramai sebelum majlis bersurai.

Selamat tinggal Langkawi (1 Disember 2016)

Wednesday, August 10

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Salam untuk semua,


Jamuan Hari Raya Peringkat Mukim Kechau dan SK Pagar Sasak. Terima kasih tidak terhingga kepada YB Dato' Haji Abdul Rahman Mohamad (Ahli Parlimen Lipis), YB Dato' Mustafa Long (Adun Padang Tengku), En. Nor Ahmad Abd Rahim (KPPD Lipis), En. Hassan Basri Shamsudin (Timbalan KPPD Lipis), En. Azhar Ahmad (Pegawai Jasa Lipis), Tn. Haji Abdul Shukur Jamaludin (Penghulu Mukim Kechau), pegawai-pegawai PPD Lipis, rakan-rakan Guru Besar dan sekalian hadirin yang sudi bertandang kasih ke sk pagar sasak bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari raya ini.

Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2016 DUN Padang Tengku di Dataran Tok Linggi, Kampung Relong. Terima kasih YB Dato' Mustapa Long di atas jemputan.

Memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri SK Kuala Telang. Terima kasih En Zulkurnain Abdul Samah (Guru Besar), guru-guru, staf sokongan serta JKKK Kampung Kuala Telang di atas juadah yang disediakan.

Berkesempatan semeja bersama YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad (Ahli Parlimen Lipis), YB Dato' Mustapa bin Long (Adun Padang Tengku) dan YH Dato Abu Jimi bin Samad di Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2016 Kampung Relong. Terima kasih tidak terhingga kepada Tn. Haji Ishak bin Mohamad (Pengerusi JKKK Kampung Relong), Tn. Haji Suhaimi bin Mohamad dan ahli-ahli JKKK Kampung Relong di atas layanan mesra serta juadah yang enak.

Menghadiri Jamuan hari raya Parlimen Lipis di hadapan Komplek Ixora, Kuala Lipis. Terima kasih YB Dato' Haji Abdul Rahman bin Hj. Mohamad di atas jemputan.

Wednesday, July 20

The weekend after celebrating Eid al-Fitr

Salam untuk semua,


Hujung minggu lepas naik Cameron Highlands nak celebrate my wife birthday. Dah lama tak pekena steamboat, teringinlah pulak.

Di Cameron ni my favorite place untuk makan steamboat biasanya di Rosa Passadena. Tak taulah kalau ada tempat lain yang lebih sedap. Pernah cuba di Star Regency dan Heritage tapi macam kurang sikitlah.

Ingat lepas sambut hari raya tak ramai orang berkunjung ke Cameron, maklumlah baru balik kampung. Namun sangkaan teman tu jauh meleset. Orang tetap ramai semacam juga. Parking susah, jalan jem dan hotel penuh. Nasib baik booking hotel awal melalui Agoda. Kalau walk-in rasa-rasanya susah nak dapat bilik.

Keesokannya, waktu turun dari Brinchang on the way nak balik Lipis singgah lunch kat Restoran Ar-Raudah Tanah Rata.

Restoran ni hanya menyediakan satu menu sahaja iaitu nasi arab. Memang niat nak pekena nasi arab pun.

Rasanya ini second time pekena nasi arab. First time dulu makan kat Jerantut. Actually nasi arab kat Restoran Al-Raudah ni memang sedap. But my wife complain tak pedas. Em, nasi arab memang tak pedaskan. Haha...malay typical, memang tak sah kalau makanan tak pedas.

Dalam perjalanan balik melalui Bertam Valley terpandang signboard ni. Dah musim anggur berbuah ni. Biasanya bila musim berbuah je owner ladang akan naikkan signboard ni.

Parking kereta kat jalan utama dan mulalah menapak mendaki bukit. Bolehlah sekali penat. Namun, dalam kepenatan tu rasa terhibur melihat buah-buah anggur yang fresh and ripe ni.

Takkan nak bergambar je kan. Paling tidak belilah sekilo dua. Tak berbaloi mendaki bukit kalau setakat nak bergambar. Sekilo anggur manis ni dijual dengan harga RM20.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

Saturday, July 9

Aidil Fitri 2016

salam untuk semua,


Isnin, 4 Julai teman bersama keluarga bertolak balik ke Kedah untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tahun ini merupakan tahun pertama teman dan adik-beradik beraya tanpa emak dan ayah. Walaupun kedua-dua mereka sudah tiada, namun tarikan untuk balik beraya di kampung tetap ada. Kami bertolak sekitar jam 12.30 tengah hari.

Iftar di Hentian Sebelah Taiping. Nak harap berbuka kat RNR memang tak merasalah. Ramai sangat orang...nak cari parking pun dah masalah besar. Orang rumah teman faham dah situasi ini, sebab tu dia packing siap-siap makanan untuk berbuka. Cari kawasan lapang, bentang tikar dan tunggu je waktu berbuka. Sebelum meneruskan perjalanan, solat jamak Maqrib dan Isyak dulu. Nanti tak payah nak berhenti lagi. Sampai di rumah arwah mak sekitar jam 12 malam.

Keesokkan harinya, awal-awal pagi dah ke Pasar Jitra untuk membeli bahan-bahan juadah hari raya. Gerai menjual daging, ayam dan santan memang menjadi tumpuan. Banyak masa habis beratur kat situ je. Malam raya saja-saja keluar nak merasa tersekat dalam jem. Alhamdulillah, dalam kalut-kalut tu dapat jugalah parking. Pasaraya Yawata memang terkenallah di sekitar kawasan Kubang Pasu ni. Kalau balik Kedah, memang tak sahlah kalau tak ke pasaraya ni. Di hadapan pasaraya tersebut terdapat banyak gerai-gerai sementara yang dibina khas untuk menjual kelengkapan hari raya.

1 Syawal menjelang tiba. Selamat hari raya Aidil Fitri teman ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi singgah di laman blog teman ini. Pagi hari raya ni, tak dapat berjalan sangat kerana hujan rahmat turun membasahi bumi Kedah yang kering ini.
Gambar : Bersama isteri dan anak-anak teman sejurus balik dari sembahyang sunat hari raya.

Hari raya kedua teman dan isteri menghadiri hari terbuka Keluarga Ismail Hawa iaitu keluarga sebelah ayah teman. Hari terbuka ini diadakan secara bergilir-gilir dalam kalangan keluarga ayah teman. Tahun ini giliran Mak Tam teman yang tinggal di Kampung Pokok Sena. Alhamdulillah, ramai juga ahli keluarga yang datang. 

Pagi-pagi hari raya ketiga dah ada tetamu yang datang ke rumah. Sepupu teman dan keluarganya. Teman tak sempat nak bersiap lagi, sempat sambar sport jacket je.

Berkelah di atas 'pelenggaq' sejurus balik sembahyang Jumaat. Menu simple tetapi menyelerakan...maklumlah makan beramai-ramai, di bawah pokok manggis pulak tu. Bila mak dan ayah dah tak ada ni, adik-beradiklah tempat kita melepas kerinduan. Teman berharap sangat agar hubungan teman dengan adik, abang serta kakak-kakak teman akan kekal terpelihara dan sentiasa dibajai kasih sayang.  Sesungguhnya, kasih sayang itulah yang menarik teman untuk pulang beraya di kampung.

"Selamat hari raya semua"