Pages

Saturday, July 9

Aidil Fitri 2016

salam untuk semua,


Isnin, 4 Julai teman bersama keluarga bertolak balik ke Kedah untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tahun ini merupakan tahun pertama teman dan adik-beradik beraya tanpa emak dan ayah. Walaupun kedua-dua mereka sudah tiada, namun tarikan untuk balik beraya di kampung tetap ada. Kami bertolak sekitar jam 12.30 tengah hari.

Iftar di Hentian Sebelah Taiping. Nak harap berbuka kat RNR memang tak merasalah. Ramai sangat orang...nak cari parking pun dah masalah besar. Orang rumah teman faham dah situasi ini, sebab tu dia packing siap-siap makanan untuk berbuka. Cari kawasan lapang, bentang tikar dan tunggu je waktu berbuka. Sebelum meneruskan perjalanan, solat jamak Maqrib dan Isyak dulu. Nanti tak payah nak berhenti lagi. Sampai di rumah arwah mak sekitar jam 12 malam.

Keesokkan harinya, awal-awal pagi dah ke Pasar Jitra untuk membeli bahan-bahan juadah hari raya. Gerai menjual daging, ayam dan santan memang menjadi tumpuan. Banyak masa habis beratur kat situ je. Malam raya saja-saja keluar nak merasa tersekat dalam jem. Alhamdulillah, dalam kalut-kalut tu dapat jugalah parking. Pasaraya Yawata memang terkenallah di sekitar kawasan Kubang Pasu ni. Kalau balik Kedah, memang tak sahlah kalau tak ke pasaraya ni. Di hadapan pasaraya tersebut terdapat banyak gerai-gerai sementara yang dibina khas untuk menjual kelengkapan hari raya.

1 Syawal menjelang tiba. Selamat hari raya Aidil Fitri teman ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi singgah di laman blog teman ini. Pagi hari raya ni, tak dapat berjalan sangat kerana hujan rahmat turun membasahi bumi Kedah yang kering ini.
Gambar : Bersama isteri dan anak-anak teman sejurus balik dari sembahyang sunat hari raya.

Hari raya kedua teman dan isteri menghadiri hari terbuka Keluarga Ismail Hawa iaitu keluarga sebelah ayah teman. Hari terbuka ini diadakan secara bergilir-gilir dalam kalangan keluarga ayah teman. Tahun ini giliran Mak Tam teman yang tinggal di Kampung Pokok Sena. Alhamdulillah, ramai juga ahli keluarga yang datang. 

Pagi-pagi hari raya ketiga dah ada tetamu yang datang ke rumah. Sepupu teman dan keluarganya. Teman tak sempat nak bersiap lagi, sempat sambar sport jacket je.

Berkelah di atas 'pelenggaq' sejurus balik sembahyang Jumaat. Menu simple tetapi menyelerakan...maklumlah makan beramai-ramai, di bawah pokok manggis pulak tu. Bila mak dan ayah dah tak ada ni, adik-beradiklah tempat kita melepas kerinduan. Teman berharap sangat agar hubungan teman dengan adik, abang serta kakak-kakak teman akan kekal terpelihara dan sentiasa dibajai kasih sayang.  Sesungguhnya, kasih sayang itulah yang menarik teman untuk pulang beraya di kampung.

"Selamat hari raya semua"

No comments: