Pada 6 Februari 2010 (sabtu), semua staf PPD Lipis telah mengadakan gotong-royong 5S iaitu Budaya Kerja Orang Jepun ke arah persekitaran kerja yang berkualiti & kondusif. 5S berasal dari 5 huruf perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Dalam bahasa Melayu 5S ini boleh disebut sebagai Sisih, Susun, Suci, Standard dan Selia. Faedah pelaksanaan 5S ini nanti ialah persekitaran tempat kerja yang lebih baik, sesuai dan selamat. Oleh itu, pekerja akan lebih bermotivasi gembira, seronok, harmoni dan bangga.
Sunday, February 7
Friday, February 5
Pemantauan Bersepadu SK Lanai
Pada 5 Februari 2010, seramai 8 orang pegawai dari PPD Lipis yang diketuai oleh En. Rahmin bin Mahasan, Ketua Unit Pengurusan Sekolah telah mengadakan pemantauan bersepadu ke SK Lanai. Pemantauan memberi fokus kepada P&P di dalam kelas dan beberapa aspek lain yang dianggap penting. Diharapkan pemantauan yang dilaksanakan ini dapat memberi sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mempertingkatkan lagi kualiti kerja masing-masing. Sememangnya tidak dapat dinafikan mengajar di sekolah asli memberi cabaran dan dugaan yang amat hebat kepada guru-guru. Namun seandainya guru-guru dapat membawa kejayaan kepada anak-anak murid asli ini, tentulah kejayaannya sangat bermakna dan menjadi kenangan manis untuk diingati oleh guru-guru apabila bertukar ke sekolah lain nanti. Bagi pihak PPD Lipis, kami sentiasa menyokong dan mendoakan agar guru-guru sentiasa bersabar dan tidak mudah berputus asa dalam memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak pribumi kita ini. Selamat berjaya.
Sunday, January 31
Laporan Aset Alih Kerajaan
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis,
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak PPD Lipis telah diminta oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyediakan Laporan Harta Modal dan Inventori Kew.pa-8, Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Kew.pa-20 dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset Alih Kerajaan Kew.pa-32 tahun 2009 yang akan dikemukakan kepada perbendaharaan sebelum 15 Mac setiap tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan laporan tersebut di peringkat sekolah dan dikemukakan kepada Pegawai Aset, PPD Lipis sebelum atau pada 12 Februari 2010.
Borang-borang Kew.pa-8, Kew.pa-20 dan Kew.pa-32 boleh dimuat turun daripada laman blog ini.
Sekian, terima kasih.
Sekolah-Sekolah Daerah Lipis,
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pihak PPD Lipis telah diminta oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyediakan Laporan Harta Modal dan Inventori Kew.pa-8, Laporan Tahunan Pelupusan Aset Alih Kerajaan Kew.pa-20 dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib Aset Alih Kerajaan Kew.pa-32 tahun 2009 yang akan dikemukakan kepada perbendaharaan sebelum 15 Mac setiap tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan laporan tersebut di peringkat sekolah dan dikemukakan kepada Pegawai Aset, PPD Lipis sebelum atau pada 12 Februari 2010.
Borang-borang Kew.pa-8, Kew.pa-20 dan Kew.pa-32 boleh dimuat turun daripada laman blog ini.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, January 26
Pertukaran Pegawai Pelajaran Daerah Lipis
Pemantauan Bersepadu
Pemantauan Bersepadu PPD Lipis ke SMK Seri Lipis telah diadakan pada 12 Januari 2010. Pemantau sehari ini telah melibatkan 12 orang pegawai PPD Lipis. Selain memberi fokus kepada proses P&P (elemen 9), pemantauan juga dilakukan terhadap bidang-bidang lain seperti keceriaan, aset, kewangan, asrama, panitia dll. Pemantauan diakhiri dengan perjumpaan bersama semua guru. En. Hamdan bin Harun, Timbalan PPD telah melaporkan hasil pemantauan.
En. Hamdan b. Harun sedang melaporkan hasil pemantauan

Hari Keluarga PPD Lipis 2009
Hari Keluarga PPD Lipis telah diadakan di Berjaya Hill Resort, Bukit Tinggi, Bentong pada 27 Disember 2009. Hari keluarga ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan staf serta sesama keluarga. Program yang bermula dari pukul 10.00 pagi ini telah diisi dengan beberapa aktiviti antaranya ialah pertandingan bowling, mandi kolam dan sukaneka. Program ini turut dihadiri oleh Pn. Samsiah Hj. Suradin, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis. Program hari keluarga ini berakhir pada pukul 5.00 petang.
Wednesday, November 18
Subscribe to:
Posts (Atom)


