Pages

Monday, June 20

Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang

Salam untuk semua,

Berkunjung ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang setiap kali datangnya bulan Ramadhan sudah menjadi acara tetap teman. Bukan nak beli sangat pun, cuma sekadar ingin merasai kemeriahan warga kota membeli belah untuk berbuka dan persediaan hari raya.

Tahun ini, bazar Ramadhan Jalan Raja Alang berubah wajah sikit. Khemah besar marquee tent telah dipasang di atas jalan tersebut. Siap dengan hiasan kain berwarna-warni lagi.

Banyak juadah lauk-pauk...pelbagai rasa pelbagai rupa. Nak cari juadah yang lain sikit...kalau setakat nak beli murtabak, baik beli murtabak Syed kat Bazar Ramadhan Lipis.

Kalau ikut nafsu, macam-macam juadah nak beli. Cuma, takut membazirlah pulak.

Dah siap membeli bolehlah balik ke hotel menunggu waktu berbuka. Rasanya cara ini jauh lebih menjimatkan daripada tempah bufet Ramadhan kat hotel.

Bersahur jam 4.30 pagi di gerai Nasi Lemak Atan di Jalan Haji Hussein (sebelah City Villa Hotel).

Di hadapan Jakel Jalan Munsyi Abdullah...dah macam menunggu nak masuk stadium pulak. Ramainya orang...

Happy hour! jom serbu...em, senyum lebarlah bos Jakel kalau macam ni. Berapalah agaknya keuntungan dia orang sehari yer?

Nasib baik ada sofa menunggu di tingkat 4, boleh jugalah budak dua orang ni rehat-rehat sementara menunggu mak dan abah dia orang siap membeli. Ingat nak beli baju batik barang sehelai, saiz tak ngam pulak. Nampak gaya kena pergi Terengganu lagilah.

Selamat berpuasa warga siber sekalian...semoga kita sentiasa mendapat perlindungan serta rahmat Allah swt.

Monday, June 6

Weekend di Port Dickson

Salam untuk semua,

Pada 3 hingga 5 Jun yang lalu, teman sekeluarga menghabiskan percutian hujung minggu di Port Dickson. Ini bukan kali pertama kami bercuti di sini, namun magis keindahan pantai-pantai di sini tetap menarik minat untuk ke sini.

Menikmati minum petang di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort.

Menikmati saat-saat matahari terbenam di Pantai Tanjung Tuan.

Melawat PD Ostrich Farm

Selain burung unta, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang diternak di ladang ini.

Burung unta jinak

Posing di entrance hotel.

Pemandangan yang cantik dengan pohon kelapa serta lautan yang saujana mata memandang.

Selfie berlatar belakangkan Corus Paradise Resort.

Pemandangan lagoon dan laut yang cantik.

On the way balik singgah ke Muzium Kota Lukut.

Peminat sejarah mesti suka membaca kisah asal-usul Kota Lukut. Kisah perlombongan bijih timah dan Kesultanan Melayu Selangor yang menguasai pentadbiran Lukut suatu ketika dahulu.

Percutian 3 hari 2 malam di PD berakhir di sini. PD kekal dalam ingatan sebagai salah satu lokasi menarik untuk percutian keluarga.

Wednesday, June 1

Lawatan Benchmarking ke SK Sentosa dan SK Bukit Lada

Salam untuk semua,

Pejabat Pendidikan Daerah Lipis bersama Majlis Guru Besar Daerah Lipis telah menganjurkan lawatan benchmarking ke dua buah sekolah terbaik UPSR di daerah Maran pada 1 Jun 2016 yang lalu. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi MGB Daerah Lipis sendiri iaitu En. Ab Yazi bin Juhat (Guru Besar SK Felda Kechau 1) dan En. Ahmad Rosli bin Ismail (Penyelia Kanan Sekolah Rendah).

Destinasi pertama, SK Sentosa, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tahun lepas seramai 12 orang murid sekolah ini mendapat 5A dalam UPSR dan 100% lulus semua mata pelajaran.

Sebahagian Guru Besar Lipis yang turut mengikuti lawatan ini.

Menikmati jamuan minum pagi sejurus sampai.

Mendengar taklimat berkaitan SK Sentosa yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah tersebut, En. Fuzil bin Nawawi.

Bergambar bersama En. Shawaluddin bin Abu, Guru Besar SK Kuala Medang.

Pertemuan yang tidak disangka dengan Tuan Haji Al Shaari bin Ramli. Yang DiPertua PIBG SK Sentosa ini ialah orang Lipis, bekas pensyarah teman sewaktu mengikuti program NPQH di Institut Aminuddin Baki pada tahun 2000 dulu. 

Menunaikan solat jamak & qasar di Masjid Kampung Jengka Batu 13 dalam perjalanan ke destinasi kedua.

Sekolah kedua dalam rangka lawatan benchmarking kali ini ialah SK Bukit Lada (juga berada dalam daerah Maran)

Dari kiri : Hajah Rosniza (GB SK Tempoyang), Pn. Sarimah (GB SK Padang Tengku), En. Muzafa (GB SK Batu 9), En. Mohd Nor (GB SK Tanjung Gahai), En. Zulkarnain (GB SK Kuala Telang) dan En. Ramli Mokhtar (GB SK Aur Gading)

En. Ab Yazi (Pengerusi MGB Lipis) sedang menyampaikan ucapan bagi mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan warga SK Bukit Lada kerana menerima kehadiran rombongan dari Lipis.

En. Ab. Yazi bin Juhat (Pengerusi MGB Lipis) dan Pn. Radhiah binti Mohamad (Guru Besar SK Bukit Lada) bertukar-tukar dokumen MOU dengan disaksikan oleh En. Ahmad Rosli bin Ismail (Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Lipis).