Salam untuk semua,
Pada 7 hingga 9 April yang lalu teman telah mengikuti Kursus Protokol dan Etiket Sosial yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Lipis, Kursus ini dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki. Senarai 3 orang pensyarah IAB terlibat iaitu Puan Faridah binti Mohamed (Pengurus Kursus), En. Mat Zizi bin Ismail (Pengurus Bersama) dan Pn. Maznah bin Abdullah. Kalau tak silap teman, jumlah peserta lebih kurang 42 orang, terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan staf PPD Lipis.
Penceramah sedang mengendalikan sesi praktikal 'masuk dan turun kenderaan bagi tetamu VIP'. Baru tau, nak masuk kereta pun ada caranya, bukan main masuk je...
Sahabat-sahabat teman semasa bertugas di PPD Lipis, En. Hussaini, Pn. Farina dan Pn. Sabreena sedang membuat latihan praktikal 'Guru Penolong Kanan memperkenalkan guru baharu kepada Guru Besar'. Haha...pandai anda semua berlakon.
Latihan praktikal etiket di meja makan. Hai...kerap benor teman diminta menjadi model untuk kursus ni. Untuk etiket di meja makan ni, teman berlakon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, sebelah kanan tu Pengarah Pendidikan Negeri dan sebelah kiri pula Pegawai Pendidikan Daerah. Haha...merasa teman dilayan sebagai VVIP.
Menu untuk latihan etiket di meja makan ni, sedap-sedap belaka tetapi sayang, teman tak dapat makan dengan selesa. Semua nak kena control. Sudu tak boleh berbunyi, suap makanan mesti bersopan, ambil makanan di hadapan sahaja...aduhai seksanya. Sahabat teman 'Pengarah Pendidikan Negeri' dah fail awal-awal lagi...salah ambil air. Pastikan ambil air gelas sebelah kanan ye...Dato'.
En. Hazimin (Penolong PPD Bahasa) dan En. Aziz (Pengetua SMK Padang Tengku) sedang diberi tunjuk ajar oleh En. Mat Zizi cara-cara menjadi Pegawai Pengiring (Liaison Officer - LO). Mengikut penceramah, LO mesti sama tinggi dengan tetamu VIP. Sekiranya lebih tinggi daripada tetamu VIP, nanti nampak macam bodyguard...nampaknya teman (6'2") hanya boleh jadi LO untuk Presiden Barack Obama je (6'4").
Kursus 3 hari sudah berada di penghujungnya. Terima kasih kepada semua pensyarah daripada Institut Aminuddin Baki, Puan Faridah binti Mohamed, Encik Mat Zizi bin Ismail dan Puan Maznah binti Abdullah.
Terima kasih En. Mat Zizi, bekas GPK Pentadbiran SMK Padang Tengku. Dah 6 tahun bertugas di IAB.
Semoga masih sudi untuk datang ke Lipis pada masa-masa akan datang.
Selaku 'Penghulu Kursus' teman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus 3 hari ini. Terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah serta semua staf Pejabat Pendidikan Daerah Lipis di atas penganjuran kursus ini. Di sini juga teman nak ucapkan setinggi terima kasih kepada 'Penghuluwati' Puan Faridah binti Jamin (Pengetua SMK Panglima Garang Abdul Samad) kerana bersusah payah menyediakan cenderamata kepada semua penceramah, Puan Marziah binti Ali (GPK Pentadbiran SK Benta) yang dilantik menjadi bendahari, Cik Wan Fauzilah (GPK Pentadbiran SMK Clifford) yang terpaksa berdebar-debar menjadi juruacara bagi majlis penutup (sempat juga dia berpantun tu), En. Zamree (GPK Pentadbiran SK Betau) yang hampir tergamam bila diminta membaca doa dan semua peserta yang menerima arahan tanpa banyak bicara terutama apabila diminta mencatat buku log kursus..
Ok...Arigato gozaimasu