Pages

Friday, October 19

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis

Pada 16 hingga 18 Oktober 2012 yang lalu, bertempat di Hotel Regency Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Daerah Lipis Bilangan 3/2012.
Mende agaknya dalam beg selepang En. Hamid, Pengetua Merapoh nie ye?

En. Mohd Khairil Heng Abdullah, Penyelia Cemerlang Unit Kualiti Jabatan Pelajaran Pahang sedang menyampaikan ceramah berkaitan New Deal. Kelako juga orangnya En. Khairil nie...ramai juga Pengetua dan Guru Besar yang jadi sasaran sindiran beliau.

Minum pagi selepas hampir 2 jam mendengar ceramah.

Melepas tension...riadah ukhwah bermain bowling di ibowl Hotel Crystal Crown Kepong. Tahniah kepada En. Haidzir masih mengekalkan keunggulan selepas menjadi juara di Megalink Berjaya Megamall, Kuantan tahun lalu. Syabas buat Pengetua SMKA Al-Ittihadiah dan Pengetua SMK Kerambit kerana berjaya membuat penampilan untuk pertama kalinya.

Baling betul-betul Haji...malu kita kalau kalah dengan Ina. Habis satu pejabat tahu nanti.

Guru Interim

Pagi 16 Oktober 2012, sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, saya dan En. Zakaria terlebih dahulu menghadiri taklimat dan majlis penyerahan surat lantikan Guru Interim yang diadakan di PPD Kuantan. Sekolah menengah Lipis dapat 5 orang. Seorang opsyen fizik, manakala yang lainnya Bahasa Inggeris.

Inilah wajah-wajah guru muda yang berkhidmat sebagai Guru Interim di negeri Pahang. Semoga mereka akan memberi komitmen tinggi kepada tugas-tugas mendidik di sekolah nanti.

Majlis Jasamu Dikenang & Lambaian Kasih
buat En. Yahya Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang

11 Oktober 2012 merupakan hari terakhir En. Yahya Zainal Abidin bertugas sebagai Pengarah Pelajaran Pahang. Beliau akan bercuti untuk ke tanah suci Mekah dan seterusnya bersara wajib. En. Rosdi, Timbalan Pengarah sedang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada En. Yahya.

Majlis bagi meraikan persaraan beliau telah diadakan di perkarangan Jabatan Pelajaran Pahang.

Mesyuarat Sekolah Orang Asli Pahang

Pada 9 Oktober 2012, PPD Lipis telah dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Sekolah-Sekolah Orang Asli Pahang bagi membincangkan isu mengapa murid-murid asli tidak menduduki peperiksaan UPSR. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Rosdi, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.

Tuesday, October 2

Hari Keluarga SK Relong 2012

Pada hujung minggu yang lalu, saya menyertai program Hari Keluarga sekolah isteri saya yang diadakan di Pantai Indah Seaview Resort. Resort ini terletak di Jalan Kapar, Sungai Sembilang Selangor. Untuk sampai ke sini kami menggunakan lebuh raya Latar yang bermula di Templer Park hingga ke susur keluar Ijok sebelum menghala ke Kuala Selangor. Program dua hari satu malam ini dipenuhi aktiviti-aktiviti menarik yang bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan staf SK Relong dan keluarga masing-masing. Bila menghadiri hari keluarga sebegini, semua orang mestilah bersikap terbuka dan sporting. Turut sertalah dalam semua aktiviti yang dijalankan. Yang penting bukan menang atau kalah tetapi penyertaan. Tahniah kepada semua staf SK Relong terutama En. Zainal Kamarudin (Guru Besar) kerana berjaya menganjurkan Program Hari Keluarga ini.

Acara baling air kotak bersama pasangan masing-masing. Emm...ingatkan boleh jadi juara acara ini. Rupa-rupanya antara orang terawal yang terkeluar. Kempunan la teman nak dapat hadiah.

Hai, lama benor abang Hus kita nie nak buat pukulan. Letih dah kome menunggu. En. Zainal gaye nak marah tu.

Imran menyertai acara meniup belon. Walaupun dia tidak menang tetapi teman berbangga sungguh. Sekurang-kurangnya kembung juga la belon dia tu. Tiga tahun yang lalu, sewaktu Hari Keluarga PPD Lipis teman rasa sedih betul melihat anak teman menyertai acara ini. Berpeluh-peluh dahi dia meniup tetapi belon tu tak kembung-kembung juga. Emm...ada improvement la tu.

Ini pula acara menyambung tali. Kira betul-betul Abang Nal. Berbagai tipu muslihat dah kome buat...takkan tak menang kut. Ternyata kerja ikat-mengikat nie memang orang pompuanlah yang paling expert. Dalam duk tipu-tipu tu kalah juga kome.

En. Zainal Kamarudin, Guru Besar SK Relong sedang menyampaikan ucapan. Tabiklah kat GB kita nie. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan program ini berjaya dan menepati matlamat yang telah ditetapkan. Emm...banyak hadiah tu, tak ada ke hadiah untuk 'Penyertaan'?

Kesian abang nie, tak sempat nak berehat. sekali angkat habis...sekali angkat habis. Maklumlah semua orang lapar selepas letih menyertai acara telematch petang tadi.

Hai...lapar benor gayenya nie. Tak sempat menunggu orang lain dah. Emm...nak buat macam mana, makanan dah terhidang...terus jelah. (makan tengah hari sejurus sampai dari Lipis)

Anak teman nie bila dah start terjun dalam kolam, memang susahlah nak ajak naik. Akhirnya, bukan dia yang naik tetapi darah teman yang naik.

Sebelum pulang ke Lipis kami menjenguk sekejap ke Pantai Remis. Pantai nie tak boleh mandi kerana airnya agak kotor dan pantainya dipenuhi kulit kerang. Khusyuk betul Imran duduk memerhati abang apek nie mencari lala.