Pages

Thursday, February 24

Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)

Hari ini (24 Febuari), Biro Pengaduan Awam telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) peringkat daerah Lipis. Program yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang itu telah diadakan di Dewan Residen Kuala Lipis. Semua jabatan utama turut terlibat menghantar sekurang-kurang 2 orang pegawai untuk menjawab soalan-soalan berkaitan jabatan masing-masing yang akan dikemukakan oleh orang-ramai. Saya dan En. Jasmawari bin Majid, Pegawai Maklumat mewakili PPD Lipis.
.
Hujan yang turut agak lebat pagi ni mungkin menyebabkan sambutan orang ramai terhadap program ini sedikit hambar. Namun ada juga jabatan yang meriah dengan aduan, terutama Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Pegawai KGSK dan Pegawai Maklumat PPD Lipis dah bersedia nak menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh para pelanggan. Kalau tak boleh jawab, kita calling la sape-sape.

Apahal ni Jasma, kaunter kita tak ada pelaris ke? Sunyi je...tak ada orang datang mengadu pun. 5 jam menunggu hanya satu aduan je ni. Kita ambil positif la...mungkin jabatan kita dah bagi servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kita sebab tu tak ada aduan.

Wednesday, February 23

Tugas Terakhir Abang Long

Minggu ini, merupakan minggu terakhir abang long, En. Ibrahim bin Aziz, Pengelola Cemerlang, Pengurusan Sekolah Rendah bertugas di PPD Lipis. Pada 28 Februari ini, beliau akan bersara wajib pada usia 58 tahun. Biasanya orang dah nak pencen ni, duduk berehat sambil mengemas meja je, tapi abang long kita terpaksa pula ke Cameroon Highland bermula pada 21 hingga 24 Februari untuk menyiapkan Anggaran Belanja Mengurus 2012 / 2013. Berat punya kerja tu, boleh gugur rambut memikirkan jumlah duit yang nak dipohon. Tak apalah Cikgu Brahim, anggaplah ini sebagai sumbangan terakhir penuh bermakna buat PPD Lipis. Saya pun seronok membantu cikgu, terutama bila tiba masa nak bagi angka 'sihir', kita buat dengan penuh keselambaan hingga Azmi Yusuf (fasilitator JPN) pun tak perasan...he..he

Hai pening betul buat ABM ni, terlebih buat anggaran kang kena kutuk dek member-member. Sabor Cikgu Brahim, 4 hari je lagi lepas tu tak payah nak fikir-fikir tentang abm ni lagi.
.
PPD Cameroon Hinghlands ( ke mana menghilangnya Puan Samsiah Ishak, Pegawai Pembangunan PPD Cameroon, bekas Pegawai ICT PPD Lipis - puas telefon tak jawab-jawab. Sibuk agaknya )

Kat sekolah lain, kawasan-kawasan kosong ditanam pokok bunga, tapi kat SMK Sultan Ahmad Shah Cameroon ni dia orang tanam sayur. (sesak-sesak tak ada sayur kat rumah bolehlah petik kat sekolah)