Sunday, November 21
Pelancaran ISIS (Intergrated Student Information System)
Wednesday, November 17
Memancing di Tersang 3
Mengambil buah salak ni kena berhati-hati. Banyak sangat duri. Kalau yang dah masak tu rasa manis tetapi kalau yang masih muda tu...kelat la.
Memancing ni kena la bersabar. Tambah-tambah pula waktu tengah hari. Ikan biasanya makan waktu pagi dan petang sahaja.
Dah naik lenguh Ruzaini Imran memancing, tak dapat-dapat ikan.
Jaga-jaga Mamat, nanti kena sengat ikan keli tu.
Setelah puas mengeliling kolam, akhirnya dapat juga la si Mamat ni, seekor ikan keli.
Besar weh...ikan keli ni. Masak apa sedap? Kalau tanya saya tentulah goreng berlada.
Tuesday, November 9
Trip to Kuching
Berhenti makan di salah sebuah gerai di Pasar Satok. Menu yang lain sikit kat sini ialah Nasi Ayam Penyek. Best juga la...banyak ulam.

Bersantai di Waterfront sambil menonton seniman jalanan mengadakan persembahan. Mendengar bunyi flute dan kocakan air pendayung sampan serta sayup-sayup lagu sayang Sarawak dinyanyikan...betul-betul menyentuh perasaan.
Menaiki sampan untuk menyeberangi sungai Santubong. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian bila kaki melangkah masuk ke dalam sampan ini ialah jaket keselamatan.
Di Perkampungan Budaya Negeri Sarawak. Bergambar di pintu gerbang sahaja, tak masuk kerana harga tiket agak mahal RM60 seorang.
Dah letih berjalan kat Kuching, tiba la masa untuk mengucapkan selamat jalan. Waktu pergi tak sempat nak bergambar, waktu balik ambil peluang la bergambar puas-puas kat dalam kapal terbang. Bukan selalu dapat naik. Ketua rombongan kata 'the next trip' ke Kota Kinabalu...kena kumpul duit mulai sekarang la.Sunday, November 7
Bersantai di Kuala Terengganu
Semalaman di Kuala Terengganu kami memilih untuk tinggal di YT Midtown Hotel. Hotel ni tarafnya dua bintang je tapi kebersihan dan kelengkapannya kira ok la. Dulu saya pernah menghadiri kursus ICT anjuran Jabatan Pelajaran Pahang kat sini. Hotel ni tengah buat promosi, rate semalaman cuma RM88 sahaja berbanding harga biasa RM130.
Bergambar di hadapan replika Taj Mahal yang merupakan simbol kasih sayang Maharaja Mughal kelima, Shah Jehan kepada isterinya, Mumtaz Mahal.
Ruzaini Imran dan ibunya bergambar di hadapan replika Masjid Nabawi. Kawasan masjid ini merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam.
Ruzaini Imran bersama dengan ibu saudara ( Kak Yati ) dan neneknya ( Wan Esah )
Di hadapan Masjid Kristal
Selepas letih berjalan di Taman Tamadun Islam, kami mengunjungi Restoran Lempeng yang terletak di tepi pantai jalan menuju ke Marang. Bila dah datang Terengganu ni, menunya tentulah yang berkaitan dengan laut. Ikan, sotong dan udang goreng tepung menjadi pilihan kami sekeluarga. Harga makanan kat sini pun berpatutan, 5 orang makan tak sampai RM50.Wednesday, November 3
Mesyuarat Pertukaran Guru Pahang
Pada 1 hingga 3 November 2010, saya telah menghadiri Mesyuarat Pertukaran Guru-Guru Pahang di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Dari PPD Lipis, pegawai yang turut hadir ialah En. Rahmin bin Mahasan, Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan En. Ibrahim bin Aziz, Penyelia Kanan Sekolah Rendah. Mesyuarat tersebut bertujuan menyelaraskan pertukaran guru antara negeri dan daerah. Pegawai-Pegawai KGSK daerah diminta hadir bersama bagi membantu Penolong PPD Pengurusan Sekolah dan Penyelia Kanan Sekolah Rendah membuat penempatan guru yang bertukar masuk ke daerah masing-masing. Mesyuarat selama hampir 3 hari itu turut dihadiri oleh En. Yahya bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.







