Pages

Sunday, August 1

Majlis Memaknakan Aksara Kata

( muat turun gambar ini di http://www.mediafire.com/?8efvp29otblf8ji )
Pada 29 Julai 2010 (Khamis) mengambil kesempatan kehadiran Tuan Haji Murat bin Ab Jalil, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Pahang ke daerah Lipis, satu majlis bagi meraikan persaraan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Orang Kaya Haji. Majlis yang diberi nama Majlis Memaknakan Aksara Kata ini selain bertujuan untuk meraikan persaraan Tuan Haji Murat juga bertujuan memberi pendedahan kepada Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah murid asli tentang adat resam dan pantang larang orang asli. Untuk menyempurnakan tujuan tersebut, pihak PPD Lipis telah menjemput wakil JHEOA iaitu Encik Acong Goji untuk menyampaikan ceramah. Tuan Haji Murat dalam ucapan beliau berharap semua pentadbir sekolah-sekolah murid asli melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin. Dasar yang dibuat oleh kerajaan berkaitan masa depan orang asli sudah jelas dan sangat cantik, terpulanglah kepada guru-guru untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu. Walaupun majlis pada petang itu agak sederhana, namun cukup bermakna sekali. Semoga apa yang disampaikan oleh Encik Acong itu akan menjadi panduan guru-guru dalam melaksanakan tugas mereka di perkampungan orang asli. Kepada Tuan Haji Murat, kami di PPD Lipis mengucapkan selamat bersara.

No comments: